Thursday, June 18, 2009

Bina Peribadi Waktu Makan

Bina Peribadi Waktu Makan

Pakar motivasi bebas Ustaz Sobri Abd. Rani menyarankan agar ibu
bapa menjadikan waktu makan sekeluarga sebagai waktu untuk
membetulkan kehidupan atau membina peribadi anak-anak. Kerana waktu
makan adalah program bersahaja yang besar impaknya dalam hidup.
Antara didikan yang boleh diterapkan kepada anak-anak pada waktu
makan:

1. Tunggu orang yang paling tua


"Kalau ada ayah, suapan pertama hendaklah dimulakan oleh ayah. Kalau
tidak ada ayah, emak dulu. Rahsia di sebaliknya, bila dikekalkan
begitu selama tiga bulan, akan tumbuh di hati anak rasa hormat
kepada yang lebih tua walaupun di luar pandangan kita. Jadi kalau
kita hendak tahu macam mana anak kita di luar pandangan kita, tengok
waktu makan."


2. Baca bismalah dan guna tangan kanan


"Anak kita tidak akan sanggup untuk memasukkan makanan ke mulut atau
memegang sesuatu yang bukan haknya. Yang biasa dia ambil masuk ke
mulut dengan nama Allah dan biasa memegang yang halal dengan tangan
kanan. Melalui amalan yang mudah ini, roh kita dimonitor oleh
syariat. Amalan ini tak perlu pada tenaga dan wang ringgit yang
banyak tapi perlu pada kesabaran dan istiqamah."


3. Ambil lauk terdekat dulu


"Bagi cubitan lauk yang pertama, ambil yang paling dekat. Kenapa?
Melatih sabar. Kali kedua jika hendak ambil yang jauh tak mengapa,
itu dikira usaha ikhtiar untuk dapat yang lebih baik. Ia
mempengaruhi corak kehidupan dan corak kita bekerja.

"Kalau ayah atau ibu hendak membina sifat penyayang, ambil lauk yang
pertama letak di pinggan anak. Memang anak akan rasa lain. Kalau dia
tak mahu lauk itu tak mengapa tapi kita memberi tu yang mustahak.
Kalau kita buat macam itu, dia juga akan jadi macam itu pada orang
lain. Kita sudah bina masyarakat penyayang di dalam rumah kita.
Malah untuk latih anak cinta pada saudaranya yang lain, itulah
waktunya."


4. Kawal suapan


"Bila ambil makanan untuk suap ke mulut, jangan diangkat suapan
seterusnya selagi di dalam mulut itu belum ditelan. Sesudah ditelan,
baru angkat suapan seterusnya masuk ke mulut. Untuk apa? Melatih
jangan tamak dan bersifat qanaah ? mencukupi apa yang ada. Atau
lebih tepat, melatih syukur terhadap apa yang Allah kurniakan."
Ustaz Sobri berkata, "Perkara ini kalau dilatih betul-betul, ia
akan menumbuhkan sifat-sifat mulia di dalam diri. Sebab makan adalah
perkara yang kita benar-benar buat dengan hati, sebab itu ia
mempengaruhi roh."

BETAPA MEMALUKANNYA APABILA…

Bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita…
Baginda datang dengan tersenyum dan bermuka bersih di muka pintu rumah kita…
Apa yang kita lakukan???

Mestinya kita akan sangat bahagia, memeluk Baginda erat-erat dan lantas mempersilakan Baginda masuk ke ruang tamu kita.
Kemudian kita tentunya akan meminta sangat agar Rasulullah S.A.W. sudi menginap beberapa hari di rumah kita.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita meminta pula agar Rasulullah S.A.W. menunggu sebentar di depan pintu kerana kita teringatkan video, CD, DVD, movie ntah apa-apa yang ada di ruang tengah dan kita tergesa-gesa memindahkan dahulu semuanya ke dalam.
Baginda tentu tersenyum…

Atau barangkali kita teringat akan poster-poster artis pujaan yang kita pasang di suatu ruang di rumah kita, sehingga kita terpaksa juga memindahkannya ke belakang dengan tergesa-gesa.
Barangkali kita akan mengeluarkan lafaz Allah dan Muhammad yang tersimpan di dalam setor dan kita letakkannya di ruang tamu.
Baginda tentu tersenyum…

Bagaimana pula bila Rasulullah S.A.W. bersedia untuk menginap di rumah kita???
Barangkali kita teringat bahawa adik-adik kita lebih hafal lagu-lagu Barat daripada menghafal selawat kepada Junjungan Besar Rasulullah S.A.W.
Barangkali kita menjadi malu bahawa adik-adik kita tidak mengetahui sejarah hidup Rasulullah S.A.W. kerana kita lupa dan lalai mentarbiyah adik-adik kita sedangkan kita adalah pelajar sekolah agama.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu apabila kita tidak mengetahui dan mengingati nama-nama ahli keluarga Rasulullah dan sahabat-sahabatnya,
Tetapi yang hafal dalam kepala otak mengenai anggota Westlife, Spider, KRU, Ungu…
Barangkali kita terpaksa menukarkan satu kamar mandi menjadi ruang solat.
Barangkali kita teringat bahawa sebagai seorang muslim, kita tidak memiliki koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah S.A.W.
Baginda tentu tersenyum…

Belum lagi koleksi buku-buku dan majalah-majalah kita
Belum lagi koleksi cd-cd kita dan home theatre kita
Belum lagi koleksi karaoke kita dan play station kita
Kemana kita harus singkirkan semua koleksi tersebut demi menghormati Junjungan kita??
Barangkali kita malu diketahui Junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang melainkan pada hari Jumaat.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu kerana pada saat Maghrib kita masih sibuk di depan televisyen.
Barangkali kita menjadi malu kerana kita menghabiskan hampir seluruh waktu kita untuk mencari hiburan dan keseronokan duniawi
Barangkali kita menjadi malu kerana kita jarang menunaikan solat sunat dan membaca Al-Quran
Barangkali kita menjadi malu kerana kita tidak mengenali tetangga-tetangga kita.
Baginda tentu tersenyum…

Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lalu di hadapan rumah kita
Barangkali kita menjadi malu jika Rasulullah S.A.W. bertanya tentang nama dan alamat tukang penjaga masjid di kampung kita
Betapa senyum Baginda masih di situ…

Barangkali apabila Rasulullah S.A.W. tiba-tiba muncul di depan rumah kita…
Apa yang akan kita lakukan
Masihkah kita memeluk Junjungan dan mempersilakan Baginda masuk dan menginap di rumah kita??
Atau akhirnya dengan berat hati kita akan menolak baginda berkunjung ke rumah kerana hal-hal yang membuatkan kita kalut dan malu

Maafkan kami Ya Rasulullah……….
Masihkah Baginda tersenyum???
Senyum pilu, senyum sedih, senyum getir………
Oh! Betapa memalukan kehidupan kita saat ini
Di mata Rasulullah….

50 Langkah Menjadi Suami Mithali

Salam,

Berikut adalah langkah-langkah untuk menjadi suami mithali sebagaimana yang telah digariskan oleh Dato Dr Mohd Fadzilah Kamsah. Semoga bermanfaat:



Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan menbahagiakan pasangan anda.
Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan Penampilan diri sendiri. Mana adil?
Didik isteri dengan memberi nasihat dan perigatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri. Anda bagaimana ?
Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah. Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumah tangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia, penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras, bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga ?
Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlahilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum, lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah..
Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel untuk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melalui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yang isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, Pandangan dan pandapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, Rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas, lakukan riadah, berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.
Wallahu a’lam

Langkah Bestari Suami Mithali (Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah)

5 Cara Pilih Sahabat

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah
hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka
mencukupi keperluan.
Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai
keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu
daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu
dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu,
dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan
dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan
sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau
berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar
segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

RENUNG-RENUNGKANLAH ..

MENGAPA YAHUDI BIJAK??

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu Mengapa Yahudi Bijak? . Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat
ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah
manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang
setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan
kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, ya, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenuh
beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik
untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak
akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita
merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik
pengeluar rokok terbesar adalah……tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris
dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi. Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut
teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap
kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta
design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran
mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan
mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan
digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik
klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak
mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah
pulau sebesar Manhattan!!

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi?

Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya
kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja.

Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon,
California
-smoge bermanfaat-

Monday, June 8, 2009

Rebutlah Pangkat Isteri Solehah

Allah swt Maha Pemurah dan Penyayang ke atas hamba-hambanya. Bagi kaum wanita ada 4 tiket untuk mereka masuk ke syurga, iaitu apabila mereka berjaya menjaga sembahyang fardhu, puasanya di bulan Ramadhan, ketaaatan kepada suami dan kehormatannya. Melalui empat perkara ini juga menyebabkan seseorang wanita itu boleh mencapai taraf solehah dan bertaqwa.

Begitu Penyayangnya Allah kepada insan yang bergelar wanita. Tetapi cuba kita renungkan kembali sejauh manakah kita telah berjaya meraih keempat-empat perkara ini dengan sebaik-baiknya. Sembahyang fardhu kebanyakannya tidak khusyuk. Semasa bersembahyang sahaja aurat ditutup tetapi selepas itu kita kembali dengan pakaian yang mendedahkan aurat. Puasa kita sekadar menahan lapar dan dahaga tetapi mulut masih mengumpat. Ketaatan kepada suami dibuat sambil lewa malah suami kadangkala dijadikan seperti lembu yang diikat hidungnya dengan tali (disuruh membuat itu dan ini). Ada yang menjadi pelacur dan menjual maruahnya untuk mendapatkan wang.

Sepatutnya kita kena banyak menangisi diri yang gagal menunaikan amanah Allah itu. Rasulullah selepas di Isyrak Mikrajkan, baginda tidak henti-henti menangis kerana terlalu amat sedih dan sentiasa berdoa kepada Allah swt supaya kaum wanita dan umat-umat yang disayanginya diselamatkan dari azab api neraka. Bayangkanlah, baginda saksikan bahawa di dalam neraka itu 75% adalah terdiri dari kaum Hawa. Badan-badan kita akan disambar oleh api neraka dan terbakar rentung dan akan diperbaharui lagi daging-daging tubuh lalu dibakar lagi hingga mengikut sebanyak mana dosa yang telah kita lakukan itu. Beruntunglah bagi mereka-mereka yang beramal soleh. Wanita-wanita yang solehah akan disambut oleh 'wildan-wildan'nya (suami) diiringi dan serta diperelokkan kedudukannya di dalam syurga.

Bila diceritakan mengenai peribadi wanita bertaqwa dan solehah pastilah mereka-mereka ini mendapat pendidikan agama yang secukupnya. Bila ilmu telah dipelajari lantas terus diamalkannya. Maka jadilah mereka insan-insan yang terdidik untuk mentaati segala perintah Allah dan menjauhkan segala larangannya. Orang-orang yang banyak menangis kerana takutkan neraka Allah. Orang-orang yang sanggup berkorban apa saja demi kepentingan hari akhirat. Orang-orang yang sanggup hidup susah dengan berbagai ujian dan rintangan; tidak putus asa serta selalu ingat mati demi rindunya mereka untuk melihat wajah Allah swt dan Rasulullah.

Rebutlah pangkat wanita solehah yang bertaqwa kerana ianya tidak dapat dijual beli dengan dunia ini. Malahan tarafnya jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan apa jua pangkat nilaian di dunia ini. Semua kemegahan-kemegahan dunia ini tidak kekal lama dan biasanya kalau seseorang itu telah pencen ia akan kesepian dan dilupakan.

Seorang isteri yang solehah, dia akan melayani suaminya begitu baik sekali sebab itu merupakan tuntutan yang telah diwajibkan ke atasnya untuk dilaksanakan setelah diikat dengan ikatan ijab dan kabul. Inilah perbezaannya taraf seorang isteri dengan seorang pelacur di mana dia juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggannya. Tetapi layanannya itu atas dasar untuk mendapatkan wang. Manakala seorang isteri yang solehah setiap perkara yang dilakukan semata-mata untuk mentaati Allah, demi untuk mendapat keredhaan-Nya.

Bila suami berhajat, hendaklah segera mendapatkannya dan tinggalkan kerja-kerja yang sedang dilakukan. Hiasilah diri dengan pakaian yang menarik, bersolek dan memakai bau-bauan. Jangan bimbangkan anak-anak yang menangis ketika itu kerana para malaikat sentiasa menjaga mereka sehingga kita selesai menunaikan amanah Allah terhadap suami kita dan mereka mendoakan semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Generasi yang bakal mengamankan dunia!

Ramai juga kaum wanita hari ini berjaya melayani suaminya dengan baik tapi bila saja suami sebut hendak kahwin seorang lagi dia mula tarik muka empat belas, hempas itu, hempas ini malah boleh jadi perang besar. inilah yang dinamakan cinta nafsu. Dia mahu dia seorang sahaja menguasai kasih sayang suami. Padanya bermadu itu suatu yang hina dan tidak mengapa kalau si suami memiliki perempuan simpanan walau sebanyak manapun.

Seorang isteri yang bertaqwa, dia tidak peduli samada hidupnya terpaksa bermadu dua, tiga atau empat sekalipun sebab itu bukan urusannya malah sebuah ketentuan dari Tuhan untuk menguji sejauh mana keikhlasannya melayani suami. Dia tidak akan ambil kisah sekiranya suaminya mengecilkan hatinya malah di hati kecilnya akan sering berkata, "Ini tugas aku dengan Allah, aku mesti laksanakan". Akhirnya tidak timbul perkelahian bila bermadu bila setiap isteri telah faham dengan kedudukannya.

Hanya isteri solehah saja yang gembira bila dimadukan sebab suaminya telah menyelamatkan seorang lagi hamba Allah bila dikahwinkan. Bila seseorang itu telah berkahwin, InsyaAllah sembahyangnya akan lebih khusyuk kerana sebagagian dari agamanya telah diselamatkan. Di samping itu berkahwin juga boleh melembutkan hati dan menenangkan fikiran.

Untuk mencapai makam isteri yang solehah dan bertaqwa bukanlah semudah yang diucapkan. Kita mesti berusaha untuk mengikis sebanyak mungkin mazmumah yang terdapat dalam diri dan selalu berharap kepada Allah supaya dimasukkan sifat-sifat mahmudah dan dibantu ketika sedang bermujahadah di dalam menghadapi berbagai ujian.

Pecahkan hati dengan banyak menangis, bukan menangis kerana sayangkan harta dunia, takut dimadu dan sebagainya tetapi menangislah kerana takutkan azab Allah yang sangat pedih dan selalulah berindu-rindu untuk melihat wajah Allah. Sesiapa yang merindui Allah, Allah juga akan merinduinya dan Rasullah akan memberi syafaat kepada sesiapa yang merinduinya dan mereka akan bersama-samanya di dalam syurga kelak.

Banyakkan berselawat kepada baginda. Hanya baginda saja yang diberi keistimewaan untuk mengenali umat-umatnya sedangkan nabi-nabi lain gagal berbuat demikian. Berkat umat-umatnya yang bersungguh-sungguh menjaga tujuh anggota lahirnya (mata, telinga, perut, kemaluan, mulut, kaki dan tangan) dari berbuat maksiat dan mengamalkan sungguh-sungguh lima hukum (wajib, sunat, makruh, halal dan haram) yang telah Allah tetapkan. Hanya mereka-mereka ini sajalah yang akan bercahaya-cahaya di Padang Mahsyar kelak dan dipimpin oleh Rasulullah untuk menuju ke syurga.

SUNNAH BERKAHWIN

Kahwin adalah Sunnah Rasulullah s.a.w.
dan Sunnah para Nabi-nabi, dan fitrah
yang sesuai dengan naluri manusia.
Mereka yang tidak mahu berkahwin dan
enggan berkahwin adalah bermakna mereka
telah mensia-siakan hidupnya di dunia
yang telah disediakan Allah untuk
hambanya-Nya menikmati segala
pengurniaan-Nya.

Islam adalah melarang ummahnya hidup
membujang - tanpa berkahwin dengan
tujuan untuk menjauhkan diri dari
menikmati kesedapan berkelamin dan
kesenangan hidup didunia serta
mengelakkan diri dari menikmati
kegembiraan berkeluarga dan tidak mahu
mempunyai keturunan.

Dalam Islam berkahwin adalah merupakan
suatu perkara yang digalakkan, kerana
dengan perkahwinan itu akan berkembang
biak ummah Nabi Muhammad s.a.w., dimana
baginda adalah merasa bangga dan
bergembira dengan sebab banyak ummatnya.
Ini telah dinyatakan oleh Rasulullah
s.a.w dalam hadithnya yang diriwayatkan
daripada Sa'ad bin Abi Waqqas :

"Berkahwinlah kamu Maka sesungguhnya aku
dihari qiamat kelak akan bergembira
dengan sebab banyak ummahku. Dan
janganlah kamu menjadi seperti orang -
orang Nasrani bertapa - hidup membujang".

Mereka yang enggan berkahwin, Imam
Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan
hadith dari Anas bin Malik, katanya :
Tiga orang sahabat datang berkunjung ke
rumah isteri-isteri Rasulullah s.a.w.
menanyakan tentang 'ibadat yang
dikerjakan oleh Baginda. Setelah tiga
orang sahabat tadi mendapat jawapan dari
isteri-isteri Baginda, mereka merasa
bahawa 'ibadat mereka itu bila
dibandingkan dengan ibadat Rasullah
s.a.w. adalah terlalu sedikit dan
sangat-sangat "kurang."

Mereka berkata sesamanya: "Bagaimana
'ibadat kita? Padahal Baginda adalah
orang yang ma'shum - tidak sedikit pun
mempunyai dosa, dan Allah telah
mengampunkan dosanya yang telah lalu dan
akan datang?. "Maka salah seorang dari
mereka itu berkata: "Aku akan sembahyang
Tahajjud setiap malam." Dan seorang yang
lain akan berkata:"Aku akan berpuasa
sepanjang tahun, dan tidak akan
berbuka." Dan seorang yang lain lagi
berkata: "Aku akan mengasingkan diri
dari orang perempuan, dan aku tidak akan
berkahwin selama-lamanya (hidup
membujang)" Maka datang Rasulullah
s.a.w., lalu bersabda:

Kamu semua berkata begitu? Ingat dan
ketahuilah, demi Allah, aku adalah orang
yang sangat takut terhadap Allah, dan
sangat taqwa kepada-Nya, tetapi aku
berpuasa dan kadang-kadang aku (tidak
berpuasa), dan aku sembahyang, dan aku
tidur, dan aku juga berkahwin dengan
perempuan. Maka sesiapa yang tidak suka
dengan sunnahku, mereka itu bukanlah
pengikutku (bukan dari kalangan
ummahku). (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mereka yang enggan berkahwin (hidup
membujang) seumur hidupnya, padahal
mereka mampu menunaikan tanggungjawab
terhadap isterinya zahir dan batin, maka
bermakna mereka telah mengharamkan
sesuatu perkara yang halal ke atas diri
mereka, dan mereka itu adalah juga orang
yang menentang hukum Allah dari Sunnah
Rasul-Nya.

Dalam masalah ini, at-Tabari berkata:
"Sahabat Rasulullah s.a.w bernama
'Uthman bin Maz'un mengharamkan ke atas
dirinya seorang perempuan, benda-benda
yang baik dan semua benda yang sedap dan
lazat. Dengan pengharaman tersebut,
Allah Ta'ala menurunkan firman-Nya:

Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu haramkan benda-benda yang
baik yang telah dihalalkan oleh Allah
bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui
batas pada apa yang telah ditetapkan
halalnya itu, kerana sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang
melampaui batas. (Surah al- Ma'iddah:87)

Sehubungan dengan ini, diriwayatkan dari
Ibnu 'Abbas:

Seorang lelaki mengadu dan bertanya
kepada Rasulullah s.a.w. mengenai orang
yang membujang (tidak berkahwin)
selama-lamanya, katanya: " Bolehkah aku
berkasi?" Baginda menjawab dengan sabdanya:

Tidak ada dalam agama kita orang yang
berkasi. (Riwayat Tabrani)

Dalam masalah ini, Sa'ad bin Waqqas berkata:

Rasulullah s.a.w. telah melarang
sahabatnya 'Uthman bin Maz'un hidup
membujang (tanpa berkahwin). Andainya
Baginda mengizinkan 'Uthman bin Maz'un
membujang (tanpa berkahwin), tenteulah
kita "harus" berkasi. (Riwayat Bukhari)

APA YANG HAQ, ADALAH HAQ..
APA YANG BATIL, ADALAH BATIL..

SELAMAT BER'AMAAAAL..!!!

godaan syaitan

Saudara-saudari sekalian(sila baca),

Syaitan dalam menggoda
manusia memiliki berbagai cara strategi, dan yang sering dipakai adalah
dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan
mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan seakan
mengetahui kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia
keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan
hijab atau pakaian muslimah.



Berikut adalah cara bertahap:



I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian
apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama,
ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan bagi para wanita. Jadi tidak
ada pakaian syar'i, pakaian, dengan apa pun bentuk dan namanya tetap
pakaian.



Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia
telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga.
Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri
yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya,
apapun yang mereka pakai. Berbeza

halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian
syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar
gaya ( fesyen ). Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab
syar'i tetap dipertahankan.



Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?



Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah kebiasaannya terbuka, maka syaitan
membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni
membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa,
kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan.
Dan benar si wanita akhirnya memakai pakaian model baru yang
menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki melihatnya juga seperti
biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tu.. tidak apa-apa kan?



Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan
untuk membisikkan perkara baru lagi. "Kini buka tangan sudah menjadi
lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi,
yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai
pakaian terbuka, hanya sekadar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar
tidak panas. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya
sebahagian kecil sahaja yang terbuka.



Maka dipakailah pakaian fesyen terbaru yang terbuka bahagian leher dan
dadanya dari yang fesyen setengah lingkaran hingga yang fesyen bentuk
huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif
lagi dari dadanya.



Ketiga, Berpakaian Tapi Telanjang

Syaitan berbisik lagi, "Pakaian mu hanya gitu-gitu saja, yak "cool"
cari fesyen atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Si wanita
berfikir. "Banyak fesyen dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya
dibuat yang agak ketat biar lebih sedap/cantik dipandang," syaitan
memberi idea baru.



Maka tergodalah si wanita, di carilah fesyen pakaian yang ketat dan
kain yang tipis bahkan transparent. "Mungkin tak ada masalah, kan
potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan fesyennya saja yang
agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menokok-nambah.
Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita
muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparent, maka
jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita

kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).



Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan pakaian yang ketat, maka
syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru
yang sepertinya "cool" dan "vogue", yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian
seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, apa tak
sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu
akan lebih selesa, lebih kelihatan lincah dan energik." Lalu dicubalah
idea baru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai dari bahagian
bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih selesa
dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik kenderaan. "Yah....
tersingkap sedikit tak apa-apa lah, yang penting enjoy," katanya.



Inilah tahapan awal syaitan merosak kaum wanita, hingga tahap ini
pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya fesyen, corak, potongan dan
bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya.
Maka kini mulailah syaitan pada tahap berikutnya.



II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan tipu daya lain yang lebih "power",
tujuannya agar para wanita menampakkan bahagian aurat tubuhnya.



Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit

Syaitan Berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar tidak
selesa, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang
leluasa, lebih elok kalau dipotong sahaja hingga atas mata kaki." Ini
baru agak longgar. "Oh...... ada yang yang terlupa, kalau kamu pakai
baju sedemikian, maka jilbab yang besar tidak sepadan lagi, sekarang
kamu cari jilbab yang kecil agar lebih serasi dan sepadan, ala.......
orang tetap menamakannya dengan jilbab."



Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini terburu-buru
mencari fesyen pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan kasut tumit
tinggi, yang kalau untuk berjalan, dapat menarik perhatian orang.



Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang yang
melihat juga tidak begitu ambil peduli. Maka syaitan kembali berbisik,
"Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya
mereka tidak ada reaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau
langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari fesyen lain
yang lebih menarik, bukankah kini banyak skirt separuh betis dijual di
pasaran? Tidak usah terlalu terdedah, hanya terlihat kira-kira sepuluh
centimetre saja." Nanti kalau sudah biasa,

baru kamu cari fesyen baru yang terbuka hingga separuh betis."



Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat
peribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam
jiwanya dia turutkan. Maka terbiasalah dia memakai pakaian yang
terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.



Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah
berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang si wanita berfikir,
apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun
bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang
zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya
hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan
menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang
banyak lelaki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka
wanitanya harus menyelisihi mereka iaitu dengan mengangkatnya hingga
setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak
seluruh betisnya."



Tetapi? apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum lelaki," bersungut.
"Fitnah? Ah...... itu kan zaman dulu, di masa itu kaum lelaki tidak
suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka
lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang
sudah berbeza, kini kaum lelaki kalau melihat bahagian tubuh wanita
yang terbuka, malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini
bererti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama- sama suka? Lihat saja
fesyen pakaian di sana-sini, dari yang di pasar malam hingga yang
berjenama di pusat membeli belah, semuanya memperagakan fesyen yang
dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak
mengikutinya, akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."



Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis akhirnya
menjadi kebiasaan, apalagi ramai yang memakainya dan sedikit sekali
orang yang mempersoalkannya. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan
tahap terakhir dari tipu dayannya untuk melucuti hijab wanita.



III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampakkan betis menjadi pakaian sehari- harian
dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain.
"Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu-itu saja, sekarang ini
fesyen skirt mini, dan agar sepadan, rambut kepala harus terbuka,
sehingga benar-benar kelihatan indah."



Maka akhirnya skirt mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia
pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan,
terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggungnya dan berbagai
fesyen lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat
beraneka ragam, ada pakaian untuk berpesta, bersosial, pakaian kerja,
pakaian rasmi, pakaian malam, petang, musim panas, musim sejuk dan
lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki,
fesyen dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.
Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata
kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin
dan diterima oleh manusia.



Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka
atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian
paling ketara saja yang tersisa untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada.
Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini".
Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzubillah
bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum
Wanita."



Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di
hadapan lelaki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti
kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau
sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu"
Syaitan tak ingin ambil risiko.



Penutup

Demikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia
terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama
orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para
wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan
biarkan berlarut-larutan, kerana kalau dibiarkan dan telah menjadi
kebiasaan, maka sakan menjadi sukar bagi kita untuk mengatasinya.
Membiarkan mereka membuka aurat bererti merelakan mereka mendapatkan
laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah,
jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyengsarakan, baik
di dunia mahupun di akhirat.



Wallahu a'lam bisshawab.



Sumber idea dan buah fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Thursyah

BEBERAPA KESILAPAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK

Pengenalan

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t . dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba Nya. Firman ALLAH s.w.t . :

"Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar." (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :
"Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia eninggal dunia." (Maksud Al-Hadith )

Ini mungkin disebabkan beberapa kesilapan dalam mendidik anak-anak.

1. Kesilapan pertama : Kurang berdoa
1.1 Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah
* Saidul (penghulu) Istighfar
* Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9)
* Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38)
* Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

1.2 Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
* Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)
* Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25:74)
* Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua : Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti
* Menakutkan anak-anak dengan sekolah
* Menakutkan dengan tempat gelap
* Menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau
* Menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Kesilapan ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak
* Tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
* Terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat : Menegur anak secara negatif
* Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).
* Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani(physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual).
* Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak
Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka.
Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi." (Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas
* Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

8. Kesilapan kelapan : Susunan rumahtangga yang tidak kemas.
* Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan : Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama dan sebagainya .
* Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh :
* Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas : Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia.
* Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas : Bertengkar di depan anak-anak .
* Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas : Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita,
* Baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video.
* Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
* Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Kuliah Mingguan Surau An-Nur , 15 Safar 1419 bersamaan 10 Jun 1998
(Oleh Ustaz Khalid bin Haji Mohd Isa)

Apabila 3 Jenis Golongan Ditanya..Mereka Menjawab

Soalan1 : Adakah anda solat 5 waktu??
X : Sudah tentu… solat itu tiang agama dan berdosa jika kita meninggalkannya.
Y : Solat gak le.. itu pun kalau mak ayah suruh..atau join kawan.. tp ikot mood le..
Z : Kalau solat pun tak khusyuk.. baik tak payah…

Soalan2: Adakah anda berpuasa di bulan Ramadhan??
X : Itu juga kewajipan umat islam..maka wajib dilakukan kerana Allah..
Y : Ofcoz la posa… malu la kat orang kalau tak posa.. tak posa takleh raya.
Z : Aku solat pun tak.. posa wat pe??

Soalan3: Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung??
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku…

Soalan4 : Apakah aurat bagi lelaki??
X: Diantara pusat & lutut. Budak dejah 1 pun tau..
Y : Antara pusat n ketiak kot… tak pasti..
Z : ntah.. tak kesah le.. apa guna spender mahal n bulu peha panjang kalau tak tayang??

Soalan5 : Apa pndapat anda ttg wanita bpakaian seksi & fit??
X : Jelas dia tidak sayangkan agama & tidak ingin menjaga maruah diri & Islam.
Y : Tanya la dia.. mane tahu kain mahal n tak mampu beli banyak.so tpaksa pinjam baju adik
Z : Standard la tu. Takpe tak tutup aurat yang penting hati mesti baik..

Soalan6 : lelaki & wanita boleh bersentuhan tak??
X : Haram… batal wuduk.. bukan mahram so jangan le..
Y : Ala … stakat salam tu takpe lah
Z : Open la sket.. ape guna ade kapel kalau tak leh sentuh?? Stakat pegang tu takpe la.

Soalan7 : Kalau anda menerima mesej berbentuk dakwah dalam email, apa yg anda buat??
X : InsyaAllah saya akan forward kat teman2. sekurang2nya ade gak usaha dalam berdakwah.
Y : Bace pun tak.. forward ape hal..
Z : Delete terus!!

-Dalam golongan manakah kita tergolong?? X, Y atau Z?? tepuk dada, tanya Iman.. Kalau menjadi manusia, jgnlah jadi manusia biasa.. rapuh imannya, longgar jiwanya, sempit mindanya. Jadilah manusia LUAR BIASA.. kental imannya, gah jiwanya, tertib solatnya & Quran juadahnya. Wassalam..

pelik? ntahla..hehehe

Dunia ini penuh dengan keajaiban dan kepelikan yang dijadikan Tuhan Yang Maha Esa supaya umat manusia dapat memikir dan merendah diri keatas kekuasaan Nya. Tetapi ada jugak keajaiban dan kepelikan yang dijadikan oleh umat manusia yang agak susah untuk diterima akal yang amat menghairankan kita semua. Ambillah kenyataan tersebut dibawah dengan hati terbuka dan renungilah sejenak sambil kita mencari jawapannya bersama. Pada yang berkenaan, janganlah ambil personal, cuma sebagai iktibar dan teguran yang membina.

Hairan sungguh..........

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerajaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bila masa berurusan dengan orang ramai.

5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, masih ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

12. Bila masa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.

13. Bila masa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

14. Bila masa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

15. Bila masa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?

18. Bila masa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.

20. Bila masa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

21. Bila masa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

22. Bila masa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

23. Bila masa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan masih mengekal pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bila masa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bila masa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab "mamat@yahoo.com".

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesional boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan masih ditakuk lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok "chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun masih belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

45. Bilamana kita membayar RM2 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam "Guestbook" sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kasih serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam "chat room".

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.

50. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.

51. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita ni demam.

52. Apabila kita kekedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

53. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

54. Bilamana ada orang dapat menawarkan layanan seks dalam ruangan berkenalan sesuatu laman web.

55. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif masih memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

56. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.

57. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

58. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang.

59. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

60. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

61. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.

62. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tak bersalah dihukum

63. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

64. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje

65. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya dijalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma dilebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut.

66. Bilamana setiap kali rancangan WWE disiarkan, lebih ramai orang perempuan yang menunggu untuk menontonnya, tetapi tidak pula pada orang lelaki yang sentiasa tertidur .

67. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

68. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat.

69. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.

70. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada kebaikan yang ada.

71. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

72. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku ugama.

73. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin meningkat.

74. Bilamana orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tak pandai mengampu boss, gaji masih ditakuk lama.

75. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

76. Bilamana ada orang yang ilmu tak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi masih mampu nak berlagak sombong.

77. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi masih sedap dan enak didengar berbanding lagu sekarang.

78. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun tak pernah siap tepat pada masa.

79. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

80. Bilamana disetiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal

81. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati

82. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

83. Bilamana pokok nangka sudah boleh tumbuh diatas pokok pisang -kesahihan perlu dikaji

84. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha)

85. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC masih ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.

86. Bilamana ramai orang yang masih menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.

Ke manakah Majlis Fatwa Kebangsaan?

Oleh: Ustaz Maszlee Malik
Sumber: http://maszleemalik.blogspot.com

Ketika sekumpulan gadis-gadis bukan Muslim berarak membantah fatwa berkaitan 'pengkid' di ibu negara, ramai umat Islam merasakan tindakan kumpulan tersebut amat keterlaluan. Sikap tidak menghormati agama lain dan juga sentimen perkauman itu tidak dapat diterima oleh majoriti rakyat Malaysia. Walau bagaimanapun di satu sudut yang lain ramai yang berasa hairan apakah 'besar' dan 'penting'nya isu pengkid dan tomboi itu untuk dijadikan agenda perbincangan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan?

Isunya adalah keutamaan...fiqh awlawiyaat!

Pada tahun 2006 saya pernah mengkritik tentang kealpaan ramai pihak di Malaysia di dalam isu memahami keutamaan sesuatu perkara. Khazanah ilmu yang diajarkan oleh Islam dan kemudiannya diolahkan semula oleh al-Qaradawi itu bagaikan tiada nilainya di Malaysia oleh pihak autoriti agama. Fiqh Awlawiyaat bagaikan halimunan di dalam kamus pentadbiran mereka. Memahami kedudukan mereka sebagai penjawat awam kerajaan dan juga kotak pembesar suara kepada pihak majikan, ianya bagaikan norma biasa.

Di waktu ini, saya sudah kembali ke Durham setelah hampir seminggu menyertai demonstrasi besar-besaran di London di hadapan kedutaan besar Israel di High street Kensington. Semenjak hari Ahad yang lepas (28 Disember 2008), para demonstran yang terdiri dari semua lapisan dan kumpulan masyarakat telah mengadakan bantahan di hadapan kedutaan tersebut. Keadaan yang sama berlaku di ibu kota negara-negara Eropah yang lain. Masyarakat sivil yang sedar dan bertamadun membantah tindakan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis.

Di sini umat Islam, Arab, Pakistan, Asia, Kristian, kumpulan berhaluan kiri, golongan Yahudi anti-Zionis, Yahudi Orotodoks dan semua kumpulan berhimpun. Mereka semua bersama di atas satu niat suci, membantah tindakan kebinatangan rejim Zionis di Gaza. Agak pelik, di dalam hampir sedozen siri demonstrasi di kota London yang saya pernah sertai, demonstrasi kali ini agak berlainan. Pihak keselamatan bertindak luar biasa, alah beberapa orang pemuda telah ditangkap. Namun, alhamdulillah tiada air gas dan bom pemedih mata yang ditembak. Tiada juga aksi polis membelasah para demonstran. Kesimpulannya keganasan terhadap rakyat sendiri seperti di Kaherah dan Amman tidak berlaku...

Dengar khabarnya di Malaysia juga sudah dianjurkan beberapa demo...peliknya tidak disekalikan. PR buat PR punya, dan BN buat BN punya...tak macam di London, demo bukan untuk cari political miledge....di Malaysia lain ceritanya.

Tak kisahlah itu orang politik, tapi ke manakah golongan autoriti agama?

Takkanlah para mufti takut mencemarkan jubah untuk turun berdemo?

Setidak-tidak pun, buatlah majlis tergempar untuk mengeluarkan fatwa...

Tak pun keluarkan press statement...

Kemanakah pula JAKIM? YADIM? IKIM? Jabatan-jabatan agama negeri? Ketua-ketua agama negeri?

Terus terang ramai yang hilang kepercayaan terhadap golongan autoriti agama. Sikap jumud dan tidak pro-aktif mereka menyebabkan umat Islam menjadi keliru...agama hanya dijadikan alat untuk mencari makan dan publisiti. Agama difahami dengan kerangka yang begitu sempit. Isu Palestin merupakan isu yang mengundang sikap dan penglibatan mereka, tetapi ke manakah mereka?

Mungkin para siswa di Mesir kena bertindak berani. Buat resolusi bersama, jika kerajaan Mesir enggan membuka pintu sempadan Refah dan enggan membenarkan sukarelawan untuk membantu peperangan di Gaza, kesemua pelajar Malaysia akan pulang ke Malaysia dan mengosongkan univeriti al-Azhar! Bayangkan kerugian ekonomi yang akan kerajaan Mesir tanggung jika para pelajar dari dunia Islam meninggalkan bumi Kinanah.

Mungkin mereka mempunyai alasan yang tersendiri, namun sesuatu yang pro-aktif perlu diadakan. Rejim Mubarak perlu diajarkan...

Semalam, (2 Januari 2009) demonstrasi di hadapan kedutaan Mesir di London (Edgewear street) telah diadakan. Mesir merupakan dalang paling jahat di dalam isu pembunuhan rakyat Palestin. Kerajaan rejim Mubarak merupakan pembunuh utama rakyat Gaza.

Downdown Israel, down down Mubarak!

ISU PALESTINE : QUNUT NAZILAH ATAU SOLAT HAJAT?

Oleh: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus
Sumber: http://akob73.blogspot.com

Keganasan dan kerakusan rejim zionis di bumi Palestin amat menyedihkan hati seluruh umat Islam di seluruh dunia. Sehingga artikel ini ditulis 875 orang rakyat Palestin termasuk kanak-kanak kecil telah terkorban manakala lebih daripada 3,000 orang lagi telah tercedera akibat dari serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza. Entah mengapa agaknya penindasan terhadap rakyat Palestine seakan-akan tiada kesudahannya. Kita juga amat kesal dengan kebaculan pemimpin-pemimpin negara Arab yang gagal untuk bersatu tenaga bagi membantu umat Islam di Palestin memerangi tentera penceroboh Israel. Hal ini menyebabkan negara sekecil Israel boleh merampas tanah serta membunuh umat Islam di Palestin sesuka hati mereka di hadapan mata bangsa Arab tanpa mereka mampu untuk berbuat apa pun. Dalam usaha untuk membantu umat Islam di Palestine maka ramai dikalangan umat Islam di Malaysia menyeru untuk dilaksanakan solat hajat secara berjemaah di masjid-masjid demi memohon keselamatan sauadara-saudara kita di sana. Hanya sahaja apa sepatutnya yang lebih utama untuk dilaksanakan ketika musibah dan bencana sedang melanda umat Islam adalah mengerjakan qunut nazilah dalam solat-solat fardu. Namun sunnah Rasulullah s.a.w. mengerjakan qunut nazilah ini jarang-jarang dikerjakan walaupun keadaan umat Islam di seluruh dunia begitu terhimpit dan sewajarnya kita mendoakan keselamatan untuk mereka menurut tatacara yang diajar oleh Baginda. Dalil disyariatkan qunut nazilah ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah ibnu Abbas r.a, dia berkata:

“Rasulullah s.a.w. telah berqunut sebulan berturut-turut dalam solat Zuhur, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh iaitu dalam rakaat terakhir ketika iktidal sehabis mengucapkan ‘sami’allahuliman hamidah.’ Di situ baginda berdoa untuk kebinasaan Banu Sulaim, Ra’al, Dzakwan dan Ushaiyah, sedang makmum yang di belakangnya mengaminkan doa itu.” - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya. No: 1231

Anas bin Malik pula telah berkata: “Rasulullah s.a.w. tidaklah pernah berdoa selepas bangun daripada rukuk kecuali untuk memohon kebaikan kepada orang ramai atau mengutuk sesetengah kaum itu.” - Hadis riwayat Ibnu Khuzaimah dalam Sahih Ibnu Khuzaimah dan juga diriwayatkan oleh al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Bulughul Maram, no: 0242

Mengerjakan qunut nazilah ketika terjadinya bencana dalam kaum Muslimin merupakan pegangan mazhab Syafi’i, Hanafi dan juga Hambali. Berkaitan dengan perlaksanaan qunut nazilah ini Syaikh al-Mubarakfury telah berkata: Ini memang dikhususkan pada hari-hari genting dan ketika terjadinya peristiwa menakutkan atau bencana, kerana Nabi s.a.w. tidak pernah membaca qunut kecuali untuk mendoakan kebaikan bagi kaum muslimin atau memohonkan kebinasaan kaum kafir – Dinukil dari kitab Taudhih al-Ahkam Min Bulughul Maram karangan Abdullah bin Abdurrahaman al-Bassam, jilid 2, ms. 236.


Syaikh Abu Ubaidah pula telah menegaskan: Membaca doa qunut (nazilah) dalam keadaan-keadaan tertentu merupakan bantuan berupa doa kepada sesama umat Islam. Sedangkan mendoakan musuh kaum muslimin supaya hancur telah dicontohkan dari Rasulullah s.a.w. dengan cara berdoa (berqunut nazilah) ketika solat, tepatnya setelah membaca sami’allahu liman hamidah pada rakaat terakhir. - Syaikh Abu Ubaidah Mashur bin Hassan dalam kitab beliau Al-Qawl al-Mubiin fii Akhthaa’ al-Musholliin, ms. 136- 137.

Di antara lafaz-lafaz doa yang pernah Rasulullah s.a.w. ketika qunut nazilah adalah seperti berikut:

Ya Allah, Selamatkan al-Walid bin al-Walid, Salamah bin Hisyam, Ayyash bin Abi Rabi’ah serta orang-orang beriman yang tertindas. Ya Allah. Timpakanlah kecelakaan daripada Mu kepada penduduk Mudhar, jadikanlah mereka atas mereka seperti tahun-tahun Yusuf (masa kemarau). – Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 804

Ya Allah, Laknatlah fulan, fulan dan fulan - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya no: 4559

Untuk situasi sekarang ini maka di dalam lafaz doa qunut nazilah tersebut hendaklah kita mendoakan keselamatan bagi rakyat Palestine dan ditimpakan kecelakaan terhadap rejim Zionis dan penyokong-penyokong kekejaman mereka. Qunut nazilah ini dilaksanakan setelah mengucapkan ‘sami’allahuliman hamidah’ ketika bangun dari posisi rukuk. Hendaklah imam mengeraskan suaranya ketika berdoa dan makmun dibelakangnya mengaminkan doa tersebut. Inilah sunnah Rasulullah s.a.w. ketika terjadinya musibah yang melanda kaum Muslimin. Tidak ada sebarang riwayat yang menunjukkan Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkan solat hajat secara berjemaah dalam apa jua keadaan. Bahkan hadis-hadis tentang solat hajat itu sendiripun adalah berstatus lemah. Lazimnya, dalil yang digunakan untuk mensyari’atkan solat sunat hajat ini adalah hadis-hadis yang berikut.

Menurut Faaid bin Abdurrahman yang meriwayatkan daripada Abdullah bin Abi Aufa, Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada salah seorang bani Adam (manusia) hendaklah dia berwuduk serta membaguskan wuduknya kemudian solat dua rakaat. Terus (setelah selesai solat) hendaklah dia menyanjung Allah dan berselawat kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kemudian dia mengucapkan doa…… Menurut Abu ‘Isa ini adalah hadis Gharib dan dalam sanadnya terdapat Faaid bin ‘Abdurrahman yang dha’if (lemah) dalam hadis dan Faaid dia adalah Abu al-Waruqa’. - Hadis riwayat Imam al-Tirmizi dalam Sunannya Kitab al-Sholaah, no: 441.

Gharib bermaksud yang asing, jauh, aneh atau susah difahami. Hadis gharib bermaksud hadis yang diriwayatkan dengan satu sanad atau hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi. Hadis gharib ini ada yang sahih, hasan dan juga dha’if (lemah). Namun begitu hadis yang diperbincangkan ini statusnya dha’if dan tidak boleh dijadikan sebagai dalil dalam menetapkan sesuatu hukum. Ini diindikasikan sendiri oleh Imam al-Tirmizi r.h ketika meriwayatkan hadis ini. Hadis di atas ini berstatus dha’if jiddan (sangat lemah) kerana dalam sanadnya terdapat Faaid bin Abdurrahman Abu al-Waruqa’ dan beliau telah dilemahkan oleh ulamak hadis seperti Imam al-Tirmizi, Imam Abdullah bin Ahmad, Imam Ibn Ma’in, Imam Abu Daud, Imam al-Nasaai, Imam Abu Hatim, Imam al-Hakim, Imam Ibn Hibban dan Imam al-Bukhari. Oleh itu hadis di atas tidak boleh dijadikan dalil untuk mensyari’atkan solat Hajat.


Sebuah hadis berkaitan dengan solat hajat juga telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada Maimun Abu Muhammad al-Mura’i al-Tamimi. Dia berkata: Yahya bin Abi Kathir telah menceritakan daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam daripada Abu Darda’ radhiallahu’ anh katanya: Wahai sekalian manusia! Aku telah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa berwuduk dan menyempurnakannya, kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan sempurna, apa sahaja yang dimintanya akan diberi oleh Allah baik cepat mahupun lambat. - Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 26225.

Hadis ini juga tidak sahih kerana dalam sanadnya terdapat seorang perawi, iaitu Maimun Abu Muhammad al-Mura’i. Beliau seorang yang majhul (tidak dikenali) sebagaimana yang telah dinyatakan oleh ulamak hadis seperti Imam Ibn Ma’in, Imam Ibn ‘Adiy, Imam al-Zahabi dan Syeikh Nashiruddin al-Albani. Sanad hadis ini juga munqati’ (terputus) kerana Yahya bin Abi Kathir yang merupakan seorang tabi’ al-tabi’in telah meriwayatkan secara terus daripada Yusuf bin Abdullah bin Salam. Sedangkan Yusuf merupakan seorang sahabat Nabi s.a.w. Al-Tabi’in adalah seseorang yang di dalam hidupnya sempat berjumpa dengan sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam Manakala tabi’ al-Tabi’in adalah seseorang yang sempat berjumpa seorang tabi’in. Di dalam hadis ini, seorang tabi’ al-Tabi’in telah meriwayatkan hadis secara terus daripada seorang sahabat Nabi s.a.w tanpa perantaraan daripada seorang tabi’in di dalam sanadnya. Oleh itu, hadis ini dikategorikan sebagai munqati’, iaitu terputus sanadnya.

Oleh itu marilah kita menyuburkan semula sunnah Nabi shalallahu 'alaihi wasallam yang semakin jarang-jarang diamalkan di Malaysia iaitu membaca qunut nazilah ketika terjadi apa jua bentuk musibah sama ada di dalam negeri mahupun di luar negeri. Semoga doa-doa kita itu dimakbulkan Allah s.w.t. dan dapat membantu meringankan beban saudara-saudara seagama kita serta menghancurkan musuh-musuh Islam.

Jahil agama

Seorang pelajar di sekolah agama berasrama ditangkap ketika mencuri wang rakannya oleh seorang ustaz.

Ustaz : Kenapa kamu curi wang kawan kamu?Kamu kan sudah belajar yang di akhirat nanti anggota badan kamu akan menjadi saksi segala dosa kamu di dunia. Kamu tak takut buat dosa?

Pelajar : Sebab tu la saya curik duit member saya tu tak guna tangan. Saya ambik guna mulut saya ustaz. Nanti kat akhirat kan mulut saya tertutup rapat.

Ustaz : @%$&#???

Moral : Belajar ilmu agama habis2.

Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.


Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat..
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat..
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.


Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)

Macam Mana Nak Jadi Bijak?

Rasululllah adalah manusia paling pandai dan bijak dalam sejarah peradaban manusia. Kalau nak pandai dan bijak macam Rasulullah, kena ikut sunnah baginda.

- Kurma dan susu adalah makanan rutin Rasulullah.

- Rasulullah tidak menggalakkan makan makanan yang bercampur ikan dan daging/ayam.

- Sunnah ketika makan: makan buah dahulu (Rasulullah makan kurma dahulu sebelum makan benda lain. Kita hanya mengamalkan sunnah ini pada ketika bulan puasa sahaja sedangkan amalan sunnah patut diamalkan sampai bila2.)

- Merokok hukumnya HARAM. Sapa suruh merokok.

- Dua faktor yang menjadikan seseorang itu bijak. Pertama: Bahasa dan Kedua: Cuaca, bahasa terbaik dipelajari untuk nak jadi pandai ialah bahasa Arab.

- Sunnah Rasulullah dalam sukan ialah bermain pedang, menunggang kuda dan memanah.

- Nak jadi bijak, banyakkan solat. Pandai dan bijak itu adalah sifat Allah. Manusia tak pandai, manusia tak bijak. Allah yang pinjamkan kebijaksaanNya kepada manusia untuk manusia jadi bijak dan genius. Manusia yang paling genius dalam dunia hanya dipinjamkan oleh Allah tak sampai 0.1% daripada kebijaksaan Allah SWT.

- Untuk jadi mulia disisi Allah, untuk berjaya dunia dan akhirat, untuk tidak dizalimi oleh musuh... kuncinya hanyalah TAQWA dan IMAN.

- Nak jadi org bertaqwa dan nak dapat hidayah dan iman bukan hanya duduk kat rumah buat ibadah.

- Penternak ayam takkan tahu betapa busuknya reban ayamnya kerana setiap hari asyik duduk dalam reban ayam sehingga hidungnya sudah lali dengan bau busuk tersebut. Cuba keluar dari reban selama beberapa jam, kemudian masuk balik. Nescaya kebusukkannya akan menucuk hidung.

- Sama macam kita. Kalau tak keluar pergi buat dakwah kita takkan tahu alangkah nipisnya iman kita. “Alah... aku solat tak pernah tinggal, puasa tak pernah miss, zakat pon aku bayar, kira beriman lah tu...” Adakah itu yang anda fikirkan? Internet down atau server down setengah jam pon dah mula merah padam muka takut income tak masuk. Itulah betapa lemahnya iman kita.

- Rakyat palestin dibunuh bukan sebab Yahudi tuh jahat. Rakyat palestin dibunuh sebab kita tinggalkan kerja agama. Kerja yang Nabi bagi kat kita. Orang jahat dilahirkan dan diberi fitrah untuk berbuat jahat, maka mereka buat jahat. Kita ni... dilahirkan sebagai umat Nabi untuk fitrah buat kerja Nabi, adakah kita ikut buat kerja Nabi??? Tugas kita untuk dakwah org jahat supaya berubah dan membuat kebaikan. Adakah kita nak salahkan ibu mengandung kerana melahirkan orang2 yahudi yang jahat?

- Adakah semua yahudi itu jahat? Adakah yahudi itu kalau jahat, dia akan jahat selama-lamanya sampai dia mati?

- Kita ni, dilahirkan sebagai org Islam, adakah kita ni confirm akan mati sebagai Islam jugak dan masuk syurga? Adakah orang kafir akan mati sebagai kafir dan masuk neraka?

Atas maksud itu kita kena buat kerja, rakan2ku. Kerja agama. Kerja Nabi SAW. Yahudi kejam sebab kita tak buat kerja dakwah ke atas mereka.

sifat Calon Suami Yang Baik

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.

10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga

sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak

ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat

demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan

Cinta sebelum berkahwin

Cinta sebelum perkahwinan adalah cinta yang hadir daripada pergaulan harian dengan individu yang mempunyai kesamaan daripada segi cita rasa, peribadi, minat dan cara hidup. Ada kalanya cinta ini adalah cinta pandang pertama yang hadir secara mendadak, dan ia juga mungkin cinta yang dibina secara berperingkat melalui pertemuan dan pergaulan harian. Cinta sebelum perkahwinan biasanya tidak digalakkan dalam Islam, kerana dikhuatiri akan menjerumuskan pencinta itu ke kancah maksiat dan kelalaian dalam percintaan. Walau bagaimanapun, jika percintaan itu mempunyai matlamat suci, iaitu untuk membawa pencinta itu ke jinjing pelamin dan ikatan yang sah, maka sebagai pencinta yang beriman dan takutkan Allah, mereka haruslah menjaga dan memelihara perkara-perkara berikut:

1.Menjaga batas-batas pergaulan dengan tidak menyentuh sesama sendiri, tidak membuang masa berjam-jam dengan bertelefon atau berbual-bual, dan tidak menjadikan pergaulan mereka seperti suami isteri yang sudah sah dinikahkan. Mereka harus sedar dan berasa malu kerana mereka masih belum mempunyai sebarang hak ke atas satu sama lain.

2.Menghormati maruah dan harga diri masing-masing, dalam erti kata lain tidak membenarkan diri berdua-duaan dengan kekasih, kerana orang yang ketiga adalah syaitan. Di samping itu tidak berhias-hias atau menampakkan perhiasan di hadapan kekasih kerana dikhuatiri boleh menaikkan nafsu syahwat kekasih. Sebaik-baiknya sebarang pertemuan hendaklah melibatkan mahram atau ibu bapa yang mengawasi tingkah laku mereka.

3.Mendapat restu dan kebenaran dari ibu bapa adalah faktor kejayaan dalam percintaan sebelum perkahwinan. Restu daripada ibu bapa memudahkan proses pertunangan dan pernikahan yang akan berlangsung sebagai kelangsungan daripada cinta itu. Ibu bapa harus memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak melupakan tanggungjawab peribadi dan batasan akhlak dan ajaran agama semasa bercinta.

4.Berdoa dan menunaikan solat hajat supaya percintaan yang dimiliki akan diredai dan diberkati Allah. Bermohon kepada Allah supaya cinta itu dapat membawa kepada kesempurnaan peribadi dan kesempurnaan agama dengan mendirikan rumah tangga dan memelihara kelangsungan cinta itu.

5.Sentiasa melakukan solat Istikharah bagi meneguhkan hati supaya orang yang dicintai itu adalah yang terbaik untuk menjadi pasangan hidup sehingga ke akhir hayat. Janganlah mencintai seseorang kerana harta, rupa atau keturunannya, tetapi cintailah dia kerana agama dan kemuliaan akhlaknya. Solat istikharah membantu supaya individu yang bercinta itu tidak menyesal dengan pilihannya dan dia wajiblah menjuruskan percintaannya itu untuk mendirikan rumah tangga yang terpelihara. Sekiranya dia bercinta tanpa niat untuk berumah tangga tetapi sekadar ingin bermain-main dan bersuka ria, maka percintaan itu adalah penipuan dan setiap perbuatan ke arah itu mencetuskan dosa dan kemurkaan Allah.

Setiap perbuatan cinta seperti menyentuh kekasih, bersalaman, berdating, berpelukan dan bercanda adalah dilarang sebelum perkahwinan. Sebagai hamba Allah yang takut kepada kemaksiatan dan kehinaan hidup di dunia, pasangan kekasih hendaklah berasa malu untuk mempamerkan ?cinta terlarang? mereka kerana belum lagi diiktiraf oleh perkahwinan yang dituntut oleh syarak. Tetapi sebaliknya, apabila diikat dengan ikatan perkahwinan yang sah, perbuatan- perbuatan itu mendatangkan pahala dengan syarat suami isteri itu berusaha untuk menjaga batasan akhlak dan kesopanan tingkah laku apabila berada di khalayak ramai.

Cinta Selepas Bertunang

Kebanyakan orang yang bercinta menyimpan hasrat untuk mempertahankan cintanya hingga ke jinjang pelamin. Ber-tunang adalah cara yang dilakukan bagi menyempurnakan janji untuk berkahwin. Ia adalah tanda pengabadian cinta yang suci dan tulus. Cinta dalam pertunangan besar ujiannya kerana godaan dan cabaran yang datang dari pelbagai pihak mampu merubah hati dan pendirian pasangan. Orang yang bertunang dikatakan ?berdarah manis? kerana mudah terjebak kepada gangguan perasaan dan terdedah kepada pelbagai cabaran. Oleh sebab itu pertunangan tidak digalakkan untuk tempoh yang lama mengikut adat masyarakat Melayu. Malah ia tidak perlu dihebohkan kepada semua orang kerana dikhuatiri pasangan itu berubah hati dan tidak jadi melangsungkan perkahwinan.

Bertunang tidak sama dengan berkahwin. Bertunang adalah ikatan tetapi ia belum diteguhkan oleh akad yang menghalal-kan segala perhubungan antara lelaki dan perempuan. Bertunang adalah tempoh suai kenal bukan tempoh memadu asrama. Maka orang yang sedang bertunang tidak boleh melanggar batas- batas agama kerana mereka masih belum ?halal? untuk sentuh- bersentuhan, cium-berciuman dan sebagainya. Pihak lelaki perlu menyedari mereka belum lagi menjadi suami, begitu juga pihak perempuan belum bergelar isteri. Maka berhati- hatilah dalam pergaulan kerana syaitan sentiasa menjadi orang ketiga yang tidak jemu menggoda dan cuba merosakkan cinta yang terbina.

Cinta Selepas Kahwin

Allah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, ?Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri- isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran?.

Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak- hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah:

1.Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat.

2.Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif.

3.Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Seharusnya Cinta

Insan yang beriman sering kali meletakkan sandaran yang kuat dan kukuh kepada Allah. Maka, dalam soal percintaan, sering kali mereka bersikap tenang dan menyerah diri kepada ketentuan Allah. Ini adalah kerana mereka yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan- Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia.

Hanya segelintir sahaja yang memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah. Tidak kira apa bangsa ataupun agama sekalipun, hakikat cinta adalah kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Tuhan yang menciptakan segala cinta. Agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu serta lain-lain agama tetap mengupas persoalan cinta sebagai sumber kedamaian hati dan keamanan dunia.

Realiti cinta menuntut pengorbanan daripada setiap individu yang berani untuk melibatkan dirinya dalam percintaan. Cinta penuh dengan air mata, aliran perasaan yang amat deras dan getaran yang mengilukan hati. Cinta juga penuh dengan keindahan, keselesaan, kehalusan perasaan dan kenikmatan jasmani mahupun rohani. Ini adalah kerana, cinta tidak hanya melibatkan perasaan semula jadi antara lelaki dan perempuan sahaja tetapi juga melibatkan perhubungan antara manusia dan Tuhan, manusia dan alam, serta manusia dan perbuatan.

Oleh yang demikian, insan yang beriman dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesilapan dalam pergaulan, kekecewaan dalam percintaan, dan kehancuran dalam kehidupan. Mereka memahami hakikat cinta dan jenis-jenis cinta yang wujud dalam dunia ini, lantas menjadikan fikiran mereka lebih terbuka dan bijaksana dalam menangani soal percintaan. Penderitaan, penyesalan, dan kebencian tidak dijadikan sebagai sumber yang boleh memudaratkan diri dan hati, tetapi sebaliknya sebagai sumber yang memberi kesedaran dan keinsafan akan hakikat kehidupan yang sebenarnya.