Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak
perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?
1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda
Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang
kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani
ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari,
tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan
sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi
anda sudah terasa hendak makan.
Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat,
anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.
Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”,
“Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring.
Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung
dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja.
Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta
setiap apa yang berlaku pada diri kita.”
2) Berkomunikasi dengan minda ke minda
Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur,
ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda
sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu.
Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan.
Jika ingatan anda terhadapnya adalah yang baik-baik, dalam masa
yang sama insyaALLAH dia akan mengingat yang baik-baik juga
tentang anda. Maka kerana itulah sesekali pada saat-saat tertentu
anda terkenangkan seseorang yang telah lama anda tidak temui secara
tiba-tiba. Barangkali pada saat itu orang berkenaan sedang memikirkan
tentang anda dan gelombang mindanya telah mengembara dan akhirnya
sampai kepada anda.
Gelombang yang lemah akan tersasar atau tidak sampai ke matlamat
ataupun ghaib begitu sahaja ditelan gelombang-gelombang yang lebih
kuat yang sentiasa bersimpang siur. Gelombang minda akan lebih hebat
kesannya terhadap mereka yang mempunya jalinan emosi ataupun pertalian
darah yang rapat misalnya suami isteri, ibu dan anak, adik beradik
kembar dan rakan seiras.
3) Daya magnet dalam fikiran beremosi
Tahukah anda apabila anda membenci seseorang, anda sebenarnya telah
pun menarik kebencian orang itu terhadap anda. Fikiran yang beremosi
ada daya tarikan bagaikan magnet yang akan menarik sebarang
pemikiran yang sealiran.
Sebagaimana gelombang minda tadi, kebencian akan terhasil dalam
bentuk gelombang-gelombang negatif yang mengembara dan akhirnya
sampai kepada orang yang anda benci itu. Oleh itu, seseorang yang
menjadikan imaginasinya sebagai salah satu laluan untuk kejayaan
tidak boleh berfikiran negatif. Dia kena berfikiran positif supaya
pemikiran yang sama akan dipulangkan kepadanya.
4) Mengawal minda untuk lebih berjaya
Tiada siapapun yang boleh membuatkan anda marah jka anda sendiri
tidak ingin marah. Soal emosi yang tersentuh adalah perasaan yang
boleh dikawal jika anda mahu mengawalnya. Jika anda memang tidak
mahu marah anda tidak akan marah. Orang boleh menjadi terlalu sedih
kerana dia memberi laluan kepada dirinya untuk berasa sedih.
Kesedihan yang melampau-lampau pula bermula daripada emosi yang
ditarik-tarik, diiya-iyakan, diransang-ransang dan disungguh-sungguhkan,
ibarat api yang dicurahkan petrol ke atasnya. Api akan menyambar
hebat padahal jika dibiarkan sahaja, lambat laun ia akan padam sendiri.
Kejayaan pertama orang yang berjaya ialah dapat mengawal emosinya.
5) Dua pemikiran dalam masa yang sama
Anda mungkin pernah melihat seseorang yang beremosi pada satu masa
tetapi pada masa yang sama bercakap seolah-olah tidak menghadapi
sebarang masalah dan ingat, orang ini bukanlah seorang pelakon.
Seorang ayah memarahi anaknya dengan kemarahan yang beriya-iya tetapi
dalam masa yang sama dia menghadiahkan anda senyuman dan mula bercakap
lembut dengan anda. Itu tanda permulaan bagi seorang yang dapat mengawal
emosinya. Seorang yang ingin menggapai kejayaan melalui imaginasi perlu
lebih pandai mengawal emosi.
6) Minda teransang melalui solat dan doa
Solat itu doa dan doa itu perlu dalam proses kehidupan seseorang manusia.
Manusia perlu berdoa untuk menjalinkan hubungan yag erat antara dirinya
dengan alam ghaib dan yang terpenting dengan PENCIPTA-nya. Realitinya
orang yang sentiasa berdoa dan sentiasa menunaikan solat tepat pada waktunya
atau lebih baik pada awal waktu akan dapat membentuk dan meningkatkan kekuatan
minda melalui fikiran yang lebih terfokus.
Seorang yang berjaya adalah seorang yang tenang dan ketenangan mutlak
ataupun kemuncak bagi ketenangan adalah solat. Hakikat ketenangan tidak
ada dalam diri seseorang yang ingkar solat atau tidak pernah berdoa.
Sunday, September 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment