Wednesday, April 1, 2009

I'tibar.

Untuk suami.. renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah

Tidaklah setaqwa Aisyah pun

Tidak setabah Fatimah

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

· Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
· Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
· Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
· Isteri adalah murid kamu mursyidnya
· Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
· Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
· Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
· Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Rasulullah saw..

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri pula.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw..

Tidaklah setaqwa Ibrahim

Pun tidak setabah Ayyub atau pun

Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya

Cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

· Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
· Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
· Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
· Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
· Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
· Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt

Kerana memiliki suami yang tak segagah mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri. jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Suami & isteri ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat

Hajar dan Sarah..

No comments: