Sebenarnya ikhlas di dalam hati saya, kita tak boleh menghukum sesiapa yang kafir, kufur atau munafik kerana perbezaan dalam berpolitik. Saya melihat ada sesetengah penyokong dari parti PAS dengan taksub mengkafirkan ahli UMNO dengan pemikiran mereka yang sempit itu. Mengapa timbulnya isu ini ? Walaupun ada beberapa pemimpin UMNO yang lantang menolak hukum islam , kita tidak boleh menghukum bahawa semua ahli UMNO juga kafir. Saya rasa itu melampau.
Dalam kitab “Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah” karangan Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin Ali bin Muammad bin Abi Al-‘Iz Ad-Dimasyq ada menukilkan kata-kata Imam At-Tahawi yang menyebut;
وَلَا نُكَفِّرُ أَحَدًا مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ بِذَنْبٍ
Maksudnya;
“Tidak boleh mengkafirkan seseorang daripada Ahli Qiblat dengan dosa yang dilakukannya”
Dalam mensyarahkan kata-kata Imam Tahawi ini, Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali ada menukilkan kata-kata satu golongan ulama ‘Aqidah dengan kata mereka, “TIDAK BOLEH KITA MENGKAFIRKAN SEORANG PUN DARI KALANGAN AHLI QIBLAT, SAMADA IA ADALAH ORANG MUNAFIQ YANG MEREKA LEBIH MENGKUFURI TERHADAP AL-QURAN, AS-SUNNAH DAN AL-IJMAK BERBANDING YAHUDI DAN NASRANI. INI ADALAH KERANA, MEREKA MASIH MENZAHIRKAN DUA KALIMAH SYAHADAH”
Pun begitu, Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin ‘Ali menyatakan, “tidak ada khilaf diantara orang-orang islam, bahawa sekiranya seorang lelaki yang telah menzahirkan keingkarannya terhadap perkara wajib yang zahir dan mutawatir, dan perkara haram yang zahir dan mutawatir dan seumpama dengannya, maka hendaklah disuruh dia bertaubat. Jika dia bertaubat, (maka terimalah taubatnya), sekiranya mereka tidak (bertaubat), maka hendaklah dibunuh disebabkan mereka adalah KAFIR DAN MURTAD” (Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah : m.s 232)
Dalam isu kafir mengkafir, di dalam quran atau hadis, tiada pun sebut perkataan sokong pas masuk syurga dan sokong umno neraka .Begitu juga sokong umno jadi kafir, masuk neraka tiada dalam quran dan hadis.Tetapi pada zaman Nabi Muhammad s.a.w sudah ada puak yang membuat gerakan lain yang mahu mengasingkan islam dari iman iaitu Abdullah bin Ubay dan hendak berpada pada islam sahaja.Itu tidak boleh.Begitu juga puak yang hendak mempertahankan ideologi nasionalisme lebih tinggi daripada dasar islam.Kalaulah Nabi Muhammad memperjuangkan bangsa Arab, kita semua tiada peluang untuk masuk syurga kerana kita melayu bukan arab.Islam agama rahmat sekalian alam dan Islam melarang asabiyah..Sememangnya dasar Islam adalah lebih baik daripada dasar dan ideologi ciptaan manusia..Begitu juga kefahaman sekularisme (politik suku,agama suku) amat ditegah oleh agama kerana secara tidak langsung merosakkan akidah islam kerana agama diasingkan dalam segala urusan..Allah telah menjanjikan neraka bagi puak-puak ini..Disinilah timbulnya isu kafir mengkafir dalam politik ini, dimana bolehkah UMNO BUKTIKAN yang perjuangan umno BUKAN seperti Abdullah bin Ubay yang mahu berpada dengan islam sahaja dan BUKAN pertubuhan yang mahu mengasingkan islam dari iman atau sekularisme(politik suku,agama suku)?
Setahu saya dasar umno lebih kepada nasionalisme atau kebangsaan.Dan pemimpin pas , setahu saya sedaya upaya menasihati umno dalam hal ini tetapi pemimpim umno tetap angkuh dengan perjuangan nasionalisme ciptaan yahudi itu.. Persoalan juga timbul,apakah hukumnya jika kita mengangkat dasar nasionalisme lebih tinggi daripada dasar islam padahal majoriti umno ialah islam??Salahkah pemimpin pas @TGNA menegur pemimpin umno tentang ini supaya menerima islam dan tidak islam suku-suku saja?Mengapa UMNO takut bersatu atas dasar Islam?Tidak percayakah umno melayu dengan islam?Walauapapun hujah diberikan , kita sebagai umat Islam TIDAK BOLEH mengkafirkan sesama agama sendiri sebagaimana terdapat dalam kitab “Muhazzab Syarh Al-Aqidah At-Tahawiyyah” karangan Al-Imam Al-Qadhi ‘Ali bin Ali bin Muammad bin Abi Al-‘Iz Ad-Dimasyq yang telah dijelaskan diatas.
Didalam kitab “nawaqid Al-Islam” karangan Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, merupakan bekas mufti kerajaan Saudi Arabia, menyatakan bahawa, ada sepuluh perkara yang membatalkan Islam. antaranya kenyataan beliau;
الرابع : من اعتقد أن هدي غير النبي صلى الله عليه وسلم أكمل من هديه ، أو أن حكم غيره أحسن من حكمه ، كالذين يفضلون حكم الطواغيت على حكمه ، فهو كافر
Maksudnya;
“yang keempat : barangsiapa beri’tiqad bahawa petunjuk yang lain dari Nabi SAW lebih sempurna daripada petunjuknya, atau bahawa sesungguhnya hukum yang lainnya (dari Nabi SAW) lebih baik daripada hukumnya, seperti mereka melebihkan hukum taghut atas hukumnya, maka dia adalah kafir” (Nawaqid Al-Islam : m.s 2)
الخامس : من أبغض شيئا مما جاء به الرسول صلى الله عليه وسلم ولو عمل به فقد كفر ؛ لقوله تعالى : { ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ }
Maksudnya;
“yang kelima : barangsiapa marah akan sesuatu yang dibawa oleh Rasulullah SAW, walaupun dia beramal dengannya, maka dia adalah kafir. Ini disandarkan kepada firman Allah “Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 9)” (nawaqid Al-Islam : m.s 3)
السادس : من استهزأ بشيء من دين الرسول صلى الله عليه وسلم أو ثوابه أو عقابه كفر ، والدليل قوله تعالى : { قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ }{ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ }
Maksudnya;
“yang keenam : barangsiapa yang mempermain-mainkan (mempersenda-sendakan) sedikit dari agama Rasulullah SAW, atau dari pahalanya atau dari azabnya, maka telah kafirlah ia. Dan dalilnya adalah firman Allah : Katakanlah: "Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?" Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu kafir sesudah beriman” (Surah At-Taubah : 65-66)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)
التاسع : من اعتقد أن بعض الناس يسعه الخروج عن شريعة محمد صلى الله عليه وسلم فهو كافر ؛ لقوله تعالى : { وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ }
Maksudnya;
“Yang Kesembilan : barangsiapa beri’tiqad bahawa sesungguhnya setengah manusia mempunyai ruang untuk keluar dari Syariah Muhammad SAW, maka dia adalah kafir. Ini berdasarkan firman Allah : “barangsiapa yang mencari lain dari islam sebagai agama, maka tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat daripada kalangan orang-orang yang rugi” (Surah Al-Imran : 85)” (Nawaqid Al-Islam : m.s 3)
Mengeluarkan isu kafir-mengkafir ekoran berbeza fahaman parti, merupakan satu sikap yang tidak adil. Ini adalah kerana, banyak kenyataan-kenyataan golongan tertentu di akhir tahun 80 an dan di awal 90 an dahulu yang sememangnya membawa kepada murtad.
Masih ingatkah lagi kenyataan-kenyataan berikut;
“apa erti Negara Islam jika mundur”
(Dato’ Abdullah Ahmad Badawi, 13 Nov 1999, berita Harian)
“tujuan menutup aurat ialah kerana di zaman Nabi, Arab jahiliyyah mempunyai nafsu yang kuat sehingga sering menculik dan merogol wanita daripada kabilah-kabilah lain. akibatnya ialah peperangan antara mereka yang tidak pernah tamat”
(Dato Seri Dr Mahathir Muhamad, 5 sep 1997, PWTC, perhimpunan Agung UMNO, Pita rakaman)
“Hukum rejam kepada penzina adalah primitif”
(Kenyataan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad kepada wartawan, 3 Mac 1994 di Nilam puri, Kelantan, Pita rakaman)
“Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?”
(Ucapan Dato Seri Dr Mahathir Mohamad pada 3 mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan, Pita rakaman)
“Melaksanakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam sehingga menjadi masyarakat kucar-kacir dan ditindas oleh orang lain tidak secocok dengan ajaran islam”
(Dato’ Seri Mahathir Mohamad, Ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 ogos 1994, Pita rakaman)
“Negara akan huru hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan”
(Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak, Utusan Malaysia, 20 april 1993) “
apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohammad, 14 Julai 1992, ucapannya kepada wartawan, pita rakaman)
“bagaimana kita boleh maju kalau orang islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa-bangsa lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama”
(Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, 2 mei 1992, ucapannya di papar sabah, pita rakaman)
Dengan kenyataan ini sudah cukup jelas untuk dinyatakan, betapa ketika itu, ungkapan yang membawa kepada murtad dan terkeluar dari islam ini sememangnya berlaku dikalangan golongan-golongan tertentu.
Dalam kitab “Arkan Al-Islam wa Al-Iman min al-kitab wa As-sunnah sahihah”, karangan Muhammad bin Jamil Zino, iaitu salah seorang guru di Darul hadis Al-Khairiyyah di makkah Mukarramah menyatakan;
من نواقض الإيمان عدم الرضا بحكم الله , أو يرى فى حكمه ضيقا و حرجا فى نفسه لحكم الإسلام لقول الله تعالى (فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنْفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا) أو يكره الحكم الذي أنزله الله , لقول الله تعالى : ( وَالَّذِينَ كَفَرُوا فَتَعْسًا لَهُمْ وَأَضَلَّ أَعْمَالَهُمْ , ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ)
Maksudnya;
“Sebahagian dari perkara yang membatalkan Iman adalah tidak redha dengan Hukum Allah atau dia melihat pada hukum-Nya adalah kesusahan pada dirinya bagi hukum Islam. ini didasarkan kepada firman Allah : “Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya” (Surah An-Nisa’ : 65) atau dia membenci akan hukum yang telah Allah turunkan. Ini didasarkan kepada firman Allah : Dan orang-orang yang kafir, maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menyesatkan amal-amal mereka * Yang demikian itu adalah karena Sesungguhnya mereka benci kepada apa yang diturunkan Allah (Al Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka” (Surah Muhammad : 8-9) (Arkan Al-Islam wa Al-Iman : m.s 88)
Persoalan sekarang, adakah semua ahli UMNO menolak dan membenci hukum islam, hudud dan menyokong dasar dan kenyataan pemimpin mereka yang jahil itu??Saya rasa tidak semua ahli UMNO berfikiran begitu. Jika mereka turut serta menolak Islam sebagaimana contoh diatas ianya memang boleh membawa kepada murtad dan terkeluar dari islam. Ahli dan penyokong adalah dua perkara yang berbeza.Itu kita kena FAHAM.
Saya harapkan semoga ahli PAS tidak terlalu taksub dan melampau dalam isu ini.Tunjukan yang anda penjuang Islam yang berilmu dan berakhlak baik. Kerana itu Nabi bersabda :
تَرَكْتُ فِيكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا كِتَابَ اللَّهِ وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya jika kamu berpegang dengan keduanya, kitabullah dan sunnah Nabi-Nya. (Sahih : riwayat Imam Malik no. 1395 dan no. 5248 Sahih wa Dha'if Jami'ush Shaghir -lafaz ini di dalam riwayat Imam Malik)
Jadi, segala-galanya perlu dikembalikan kepada al-Quran dan Sunnah sebelum kita memutuskan apakah sesuatu itu benar atau tidak, sesat atau petunjuk, dosa atau pahala, selagi mana ia terangkum di dalam dua sumber tersebut, pastinya tidak akan binasa dan menyimpang.
Disediakan oleh :
Korie
Rujukan :
http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=6093
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment