Saturday, May 22, 2010

Maulud Nabi dan Tuhan Mencarut : Manipulasi media terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz (TGNA)

Dahulunya kita digembar- gemburkan oleh media arus perdana isu “tuhan pun mencarut” yang disalah ertikan oleh media arus perdana kepada masyarakat untuk menunjukkan peribadi TGNA bukanlah mengambarkan seorang Tok Guru yang memperjuangkan Islam. Kesan manipulasi media ini saya rasa amat buruk. Saya berpendapat, sampai sekarang pun, masyarakat terutamanya negeri bukan dari pantai timur , masih tidak memahami apa maksud yang cuba disampaikan oleh TGNA.Begitu juga isu maulud nabi,yang diputarbelitkan oleh media arus perdana menggambarkan seolah-olah TGNA seorang sesat dan wahhabi.Saya rasa jika isu ini tidak diberi perhatian, kesannya masyarakat diluar khususnya diluar Kelantan akan memandang serong kepada TGNA akibat fitnah ini.

Dalam isu “tuhan pun mencarut” apa yang perlu difahami ialah makna mencarut itu sendiri. Mencarut asal dari perkataan carut. Mengikut Kamus Dewan, carut bermaksud perkataan yang keji dan kotor (cabul): berbagai-bagai perkataan yang keji-keji dan kotor. Mencarut, mencarut-carut bermaksud mengeluarkan perkataan yang keji-keji dan kotor, memaki-maki. Dalam konteks apa yang dimaksudkan oleh TGNA ialah sumpah seranah atau makian yang dinyatakan dalam al-Quran.Bukan “menyampung” atau lebih tepat lagi perkataan berbau lucah .Media menggambarkan seolah-olah TGNA menyatakan dalam al-Quran tuhan menyampung dan sebenarnya ianya bukanlah apa yang dimaksudkan oleh TGNA.

Ada ke dalam al-Quran ayat sumpah seranah dan makian??Dalam konteks ini TGNA memberi banyak contoh kepada UMNO bahawa Allah ada menyumpah golongan tertentu yang terdapat di dalam al-Quran. . Saya ambil dua sahaja daripada ayat al-Quran yang diberi hujah oleh TGNA.Pertamanya Surah Al Baqarah (ayat 18), bermaksud, “Mereka TULI, BISU DAN BUTA (kerana tidak dapat menerima kebenaran, meskipun pancaindera mereka sihat), maka tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar)”. Allah berfirman TULI, BISU DAN BUTA kepada orang tak nampak jalan kebenaran iaitu jalan islam yang dibawa Nabi Muhammad. Bukankah TULI,BISU dan BUTA merupakan cacian dan makian Allah kepada golongan munafiq atau orang yang muka-muka, orang yang kita panggil orang sekular?Ada pada masa kini setengah daripada Melayu kita sendiri, mengaku Islam tetapi pada masa yang sama menentang islam dan berpegang kepada sekular iaitu kefahaman yang memisahkan urusan dunia samada urusan pemerintahan,politik, pendidikan dan lain-lain urusan pentadbiran daripada urusan-urusan agama. Agama mereka tolak tepi dan mahu berpada dengan Islam sahaja.Mengapa?Tidak percayakah mereka ini pada Islam?? Golongan macam ini Allah kata TULI,BISU dan BUTA walaupun pada zahirnya pancaindera sihat tetapi mereka tidak dapat menerima kebenaran Islam.

Yang kedua, Allah berfirman (al-A’araf, ayat 179 bermaksud), “dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah, yakni al-Quran) dan mereka mempunyai mata (tetapi tidak mempergunakan) untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakan untuk mendengar (ayat-ayat Allah, peringatan yang benar). Mereka itu semua seperti BINATANG TERNAKAN, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai” . Allah mengibaratkan orang serupa itu serupa binatang, bukankah itu satu MAKIAN atau SUMPAH SERANAH tuhan kepada mereka yang menolak Islam? BINATANG TERNAKAN boleh dikatakan seperti lembu, kerbau,unta,kambing bahkan Allah kata lebih sesat lagi.Lebih teruk dari BINATANG TERNAKAN ini!!

Begitu juga dalam isu maulud nabi, media mengambarkan TGNA seolah menolak sambutan maulud nabi ini. Benarkah begitu??Apa sebenarnya hujah TGNA?

Bila sebut tentang maulud nabi, tentu anda semua sedia maklum bahawa abu Jahal dan abu Lahab yang dijanjikan neraka pun bergembira dan menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad saw..Bahkan kalau kita baca dalam kitab-kitab yang berkaitan dengan hari kelahiran baginda.. bahawasanya bapa saudara Nabi ni siap tawaf Kaabah, buat kenduri kendara..Tapi pasal apa mereka ni dijanjikan neraka? Adakah mereka tak sayang ke Nabi? Sayangnya lebih dari kita dan mereka tu siap ada pertalian darah lagi dengan Nabi Muhammad saw... Tapi pasal apa??? Mudah saja.Sebabnya mereka menolak Islam dan mereka tidak beriman.

Begitu jugak dengan kita.Kalau kita setakat sambut kelahiran Nabi, berarak bagai nak rak.. Dengan berzanjinya, marhaban dan macam-macam lagi. tapi kalau kita TOLAK ISLAM kita ni sama la macam Abu Lahab dan Abu Jahal.

Isu ini tercetus apabila, TGNA berkata kepada pemberita ketika ditemui sewaktu berkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binajaya Sdn Bhd sempena sambutan Tahun baru Cina :


“Boleh jadi, orang negeri lain sambut Maulud besar-besaran. BULAN MAULUD sendiri tidak ada sebarang fadilat tidak sebagaimana BULAN RAMADAN. Bulan Ramadan memang ada fadilat dan kelebihannya. Bulan Maulud tidak ada apa. Di rumah saya sendiri, saya tak pernah buat Maulud. Sebenar-benar Mau-lud bagi saya, bagi orang seperti kami (gerakan Islam) ialah mewujudkan suasana Islam dalam sebuah negara. Ini sebenar-benar Maulud.Saya di Kelantan ditugas menjaga Kelantan betul-betul berasas kepada Islam. Ekonomi cara Islam, sosial cara Islam, budaya cara Islam yang dilaksanakan sepanjang tahun, itu Maulud bagi saya. MAULUD BAGI SAYA SEPANJANG TAHUN.”

Untuk memahami Islam itu diajarkan Rasulullah S.A.W berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah bukannnya dengan akal fikiran semata-mata . BULAN MAULUD dan BULAN RAMADHAN . Sememangnya kelebihan bulan ramadhan itu jelas disebut . Manakala bulan maulud pula tiada disebut . Malah memang tiada dinyatakan fadilat dan pahala bagi mereka yang menyambut bulan maulud berbanding bulan ramadhan . Jadi ianya jelas dan tiada kekeliruan dengan kenyataan ini . Lainlah kalau TGNA kata Rasulullah itu tiada kelebihan dan fadilat dalam mencintainya berbanding bulan ramadhan . Nah ! ketika ini sudah tentulah kenyataan TGNA itu salah dan menyimpang .

Bagi TGNA, penerapan nilai-nilai Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan pimpinan Pas di negeri ini sepanjang tahun adalah Maulud sebenar.

Allah SWT mengutus para nabi dengan tujuan untuk mengajak manusia mengabdikan diri kepada-Nya. Para nabi tidak diutus semata-mata untuk mengajar manusia membangunkan bumi ini semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah bagaimana menyelamatkan diri di akhirat kelak.

Di atas dasar itulah, para nabi termasuklah Nabi Muhammad saw diutus oleh Allah SWT. Lantaran itu, kebangkitan Rasulullah saw adalah untuk memastikan umat manusia hidup di dalam dakapan hidayah berpaksikan kepada keimanan dan ketakwaan.

Sehubungan dengan itu, sambutan Maulidur-Rasul tidak boleh hanya sekadar memperingati tarikh lahir baginda semata-mata, ia tidak boleh terhenti setakat perayaan dan majlis-majlis keramaian sahaja. Lebih jauh lagi, ia perlu diiringi dengan kehendak untuk mematuhi sunnah Rasulullah saw.

Semangat Maulidur-Rasul tidak boleh hanya hidup pada bulan Maulud sahaja, tetapi ia perlu untuk terus hidup setiap hari dan sepanjang tahun.

Ia tidak boleh disambut dengan perarakan yang besar dan hebat semata-mata dengan menepikan hasrat sebenar dari kebangkitan Rasulullah saw iaitu mengajak manusia beriman dan melaksanakan perintah Allah SWT.

Kita sebagai muslim wajib menjauhi dosa fitnah dan selidiki secara mendalam segala fakta dan isu yang timbul,membuat penilaian adil dan jangan berlaku zalim.Bertaqwalah dengan firman Allah yang bermaksud :

"WAHAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN! JIKA DATANG KEPADA KAMU SEORANG FASIK MEMBAWA SESUATU BERITA, MAKA SELIDIKILAH (UNTUK MENENTUKAN) KEBENARANNYA, SUPAYA KAMU TIDAK MENIMPAKAN SESUATU KAUM DENGAN PERKARA YANG TIDAK DIINGINI - DENGAN SEBAB KEJAHILAN KAMU (MENGENAINYA) - SEHINGGA MENJADIKAN KAMU MENYESALI APA YANG KAMU TELAH LAKUKAN.." (AL-QUR'AN,AL-HUJURAT (49):6).

Disediakan:

Korie

Rujukan :

http://maben.multiply.com/journal/item/55

http://greenboc.blogspot.com/2010/02/tak-perlu-sambut-maulud-tgna.html

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/35/maulidur-rasul-amalkan-setiap-hari-dan-sepanjang-tahun

http://tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&thold=-1&mode=flat&order=0&sid=2694



No comments: