Monday, August 30, 2010

Masuk Surau: Nie Ching temui Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu.

Umno jadi macam beruk telan mercun

PERMATANG PAUH, 30 Ogos: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan, Umno kini tidak ubah seperti seekor beruk yang tertelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit akibat letupan ketika bermain bersama tuannya.

Apa tidaknya, tambah beliau, semua bahan dakyah yang direka khas untuk memecahbelahkan PAS dan Pakatan Rakyat mahupun memperlihatkan kepada dunia bahawa PAS tidak patriotik terhadap negara akhirnya memakan diri Umno.

Katanya, kenyataan demi kenyataan pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) semakin hari kian berkumandang di dada akhbar atau media elektronik menghentam PAS dan Pakatan Rakyat.

"Umno tidak ubah seperti beruk yang menelan mercun sehingga mulutnya terpaksa dijahit kerana bahan itu meletup. Bila tuan beruk membakar mercun, dia baling ke atas, maka beruk ingatkan benda apa, lalu melompat dan terus memasukan ke dalam mulutnya.

“Apa lagi, pecah mulut binatang tersebut," ujarnya sinis ketika berucap pada program Ihya Ramadhan Perdana di Tapak Ekspo Seberang Jaya, malam tadi.

Turut berceramah ialah Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Halim Husain

Berucap dalam majlis anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri itu, beliau berkata, rakyat kini sudah matang berpolitik dan tidak menunjukkan reaksi terhadap isu yang ditimbulkan Umno itu.

Katanya, Umno BN begitu cemburu apabila melihat PAS bersama DAP duduk sepentas bercakap soal kebajikan rakyat, penyelewengan, penipuan pemimpin Umno dan banyak lagi.

"Fenomena itu yang membimbangkan Umno dan BN. Mereka kecut bila berhadapan dengan pembangkang seperti PAS yang tahu di mana kelemahan parti asobiah itu," jelas beliau.

Menurutnya, ketakutan Umno kepada PAS bertambah teruk apabila PAS berjaya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang kini berperanan sebagai sebuah sayap terbaru parti untuk berhadapan dengan BN pada masa depan.

Saman Petronas demi maruah rakyat - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 30 Ogos: Tindakan memfailkan saman terhadap Petronas adalah atas dasar menjaga kehormatan harta rakyat negeri Kelantan yang telah dirampas oleh Kerajaan Persekutuan, kata Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menurutnya, sebagai ketua kerajaan bertanggungjawab, beliau perlu memastikan hak rakyat Kelantan dikembalikan walau terpaksa ke mahkamah.

"Wajib atas saya sebagai ketua kerajaan dan penolong-penolong saya menjaga harta Kelantan dengan apa cara sekalipun samaada dengan rundingan, termasuk juga melalui mahkamah.

"Kami hari ini datang kerana menunuaikan tugas agama menjaga harta rakyat Kelantan iaitu petroleum, gas dan sebagainya," kata Nik Aziz pada sidang media selepas selesai memfailkan saman berkenaan dan menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta pagi tadi.

Mursyidul Am PAS itu turut berkata, dalam al-Quran ada dinyatakan mengenai lima perkara yang mesti dijaga iaitu akidah, nyawa, harta, nasab dan maruah.

Justeru, beliau dan exco kerajaan negeri memilih untuk membawa perkara tersebut ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian memandangkan tuntutan secara rundingan agar royalti petroleum dikembalikan kepada negeri tidak diendahkan Kerajaan Persekutuan.

"Kami datang ke mahkamah ini kerana saya sebagai ketua negeri dan rakan-rakan daripada exco mahu mempertahankan harta kami," katanya lagi.

Tambahnya, beliau bagi pihak kerajaan negeri yang mewakili rakyat Kelantan amat berharap agar mahkamah dapat mengadili kes itu seadil-adilnya kerana soal keadilan terkandung dalam al-Quran yang wajib diikuti oleh orang Islam.

"Kami berdoa kepada Allah S.W.T minta semua yang mengendalikan urusan harta kami ini iaitu peguam, hakim dan sebagainya supaya terbuka pintu hati mereka, ingat kepada keadilan. Keadilan ini wajib ditunai dan diseru dalam al-Quran sebelum ada PBB di muka bumi ini, sebelum ada apa-apa akta di dunia ini," katanya lagi.

Kira-kira jam 9.30 pagi tadi kerajaan Kelantan memfailkan saman di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Selepas itu, Tuan Guru Nik Aziz yang diiringi kepimpinan kerajaan negeri, ahli-ahli parlimen PAS, pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) dan kira-kira 200 orang menunaikan solat hajat di Masjid Wilayah.

Sementara itu, Exco kerajaan negeri, Datuk Husam Musa berkata, mereka yakin berada di pihak yang benar kerana segala fakta mengenai royalti petroleum termasuk Akta Pembangunan Petroleum 1974 jelas membuktikan Kelantan berhak mendapat royalti tersebut.

"Kita sebelum ini teleh menghubungi Petronas, Perdana Menteri dan membuat kenyataan yang menjelaskan kedudukan Kelantan dari segi hak petroleum seperti mana perjanjian petroleum 1974 dan Akta Pembangunan Petroleum 1974," katanya.

Menurutnya juga, tiada sebarang kekeliruan dalam perjanjian itu dan mendapat sokongan bekas pengerusi petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah yang menandatangani perjanjian tersbut bagi pihak Petronas dengan negeri-negeri termasuk Kelantan.

Dalam perjanjian tersebut dinyatakan bahawa jika pengeluaran petroleum dan gas berlaku sama ada di daratan atau di lautan sesuatu negeri, maka negeri tersebut berhak mendapat royalti sebanyak lima peratus setahun.

Namun, royalti berkenaan tidak dibayar oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kelantan sejak tahun 2004.

Manakala peguam kanan Tommy Thomas yang mewakili kerajaan Kelantan optimis untuk memnenagi kes tersebut berdasarkan pengalaman beliau berhadapan dengan Kerajaan Terengganu dalam kes yang sama.

"Kita yakin boleh menang kes ini dan kita sangat berharap dapat menang untuk mengembalikan hak rakyat Kelantan," katanya.

Sunday, August 29, 2010

Fitnah: Umno seolah rela kutip dosa di Ramadhan

PERMATANG PAUH, 29 Ogos: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, kepimpinan Umno lebih rela kutip dosa daripada pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT sepanjang Ramadhan dengan melemparkan fitnah semata-mata supaya rakyat terus memarahi kerajaan Pakatan Rakyat.

Katanya, Umno juga sengaja mencari publisiti murahan mengaibkan individu yang dilihat janggal selama ini apabila berkhutbah dengan menyebut nama bukan Islam untuk mendapatkan hidayah.

Selain itu, ujarnya mereka sanggup pula menyanggah keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan bagi Hal Agama Islam Malaysia yang mengharus kemasukan pelancong bukan Islam ke masjid dan ruang solat asalkan mendapat persetujuan jawatankuasa dengan perlakuan dan tingkah laku tidak mencemarkan kesucian masjid serta sentiasa terkawal dan beradab.

"Kepimpinan Umno lebih nampak dosa dari pahala yang dijanjikan oleh Allah SWT di bulan Ramadhan. Sepatutnya mereka tidak bertindak begitu seandainya mereka bijak," tegasnya ketika berucap di majlis Ihya Ramadhan Perdana anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri di Tapak Ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Ujar beliau lagi, pemimpin Umno memang ketandusan idea sehingga melakukan kesalahan yqang disifatkan memberikan bola tanggung untuk pembangkang membidas dengan sepakan kuda sepertimana aksi pemain sepak takraw Thailand.

Katanya, segala tuduhan terhadap dua isu terbaru itu jelas menunjukkan kejahilan para pemimpin Umno sendiri malahan menimbulkan rasa tidak puas hati sebahagian ahli Umno yang bijak menggunakan fikiran.

Sebenarnya, kata beliau tindakan itu yang dianggap Umno boleh memerangkap PAS dan Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya menjatuhkan maruah parti asobiah itu sendiri yang kononnya mewakili serta mementingkan orang Melayu selama memerintah melebihi 53 tahun setelah negara mencapai kemerdekaan.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena mendesak Umno supaya berhadapan dengan PAS dan Pakatan Rakyat secara 'anak jantan' dalam gelanggang politik dengan tidak mencampuradukkan isu perkauman dan agama untuk meraih simpati orang Melayu.

"Persilakan jika Umno 'anak jantan' berada dalam gelanggang sebenar, jangan pula kerana terlalu terdesak mereka gunakan orang luar untuk menyerang dan memukul Pakatan Rakyat," ujarnya.

Turut berceramah pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dr Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik.

Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman

KUALA LUMPUR, 29 Ogos: PAS sedang menimbang untuk mengambil tindakan saman ke atas akhbar Utusan Malaysia ekoran mengaitkan parti itu dengan insiden kunjungan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda, Kajang Ahad lalu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, perkara tersebut telah diputuskan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada mesyuarat mereka siang tadi.

"Utusan menyiarkan laporan bahawa beliau (Nie Ching) hadir untuk memberi sumbangan kepada Ahli PAS, sedangkan sumbangan tersebut untuk membaiki pagar surau.

"Kita akan ambil tindakan mahkamah, dan saya telah berbincang dengan pengerusi surau tersebut, kita akan saman mana-mana pihak yang terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengedarkan risalah keselamatan kepada pengguna jalan raya di Plaza Tol Sungai Besi, hari ini.

Utusan dalam laporanya 27 Ogos lalu mendakwa Nie Ching memasuki ruang solat Surau Al-Huda dalam satu majlis penyampaian bantuan kepada "ahli-ahli PAS".

Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena begaimanapun mendakwa, laporan akhbar itu adalah bohong, berniat jahat dan cuba memburukkan imej PAS.

Beliau tidak menolak kemungkinan, akhbar terebut cuba mewujudkan persepsi bahawa kehadiran Nie Ching tersebut untuk berpolitik dalam masjid.

Sementara itu, beliau juga mendakwa Umno telah mendalangi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dengan memberi maklumat salah kepada Sultan Selangor sehingga Tuanku dudakwa murka.

Ini kerana, tiada sebarang tazkirah yang disampaikan Nie Ching seperti yang didakwa melainkan sekadar ucapan lima minit selepas dijemput berucap oleh jawatankuasa surau.

Selain itu, ucapan ahli parlimen Serdang itu juga jelasnya langsung tidak menyentuh soal politik kepartian melainkan menjelaskan program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

"Saya berani mengatakan bahawa, Mais telah didalangi Umno, menipu pihak Istana.

"Memang tidak ada tazkirah, tidak ada ucapan berkaitan politik dan bukan memberi sumbangan kepada ahli PAS," tegasnya.

Tambahnya, tindakan Umno tersebut telah merugikan Islam apabila masyarakat mungkin berpandangan mereka tidak boleh lagi memasuki masjid atau surau.

Sedangkan kata Mahfuz, itu merupakan salah satu cara dakwah kepada bukan Islam dan sememangnya dibolehkan seperti diputuskan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu.

"Kalau tindakan itu salah, Mais bukan kena hantar surat amaran kepada ahli parlimen Serdang, tetapi kena hantar juga kepada Majlis Fatwa Kebangsaan," katanya.

Friday, August 27, 2010

Imigresen Tidak Amanah, SPRM Tiada Kuasa, Menteri Dalam Negeri Letak Jawatan Segera

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Kerajaan mempertingkatkan Intergriti dan Kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dalam langkah memerangi rasuah dinegara ini. Laporan Berita Harian pada hari ini mengenai aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa kalangan penguatkuasa Imigresen di Pulau Ketam adalah antara contoh kelemahan sistem pentadbiran negara.

Kebanjiran warganegara asing tanpa izin yang dilaporkan melebihi melebihi 2.1 juta orang merupakan ancaman besar pada negara. Tetapi amat malang kerana kehadiran mereka turut didalangi oleh penguatkuasa imigresen yang sepatutnya mengawal kemasukan warganegara asing ke negara ini.

PAS amat kecewa dengan laporan ini dan mahu Menteri Dalam Negeri dan Pengarah Imigresen mengambil tanggungjawab meletakan jawatan dan
penguatkuasa yang tidak amanah ini dipecat segera.

PAS yakin bahawa rakyat masih belum melupakan insiden 20 tahanan warga Afghanistan yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal bulan ini dan kes 16 lagi tahanan yang berjaya melepas diri di depoh yang sama awal tahun ini.

Kelemahan urustadbir Imigresen menjejaskan kredibiliti keselamatan negara. PAS mahu rombak besar dibuat dalam organisasi Imigresen dan mahu SPRM membuat siasatan penuh kepada agensi ini dan beberapa agensi penguatkuasaan lain.

PAS juga mahu kenyataan bekas Ketua Pengarah Biro Pencegahan Rasuah-BPR (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia-SPRM), Datuk Shafee Yahaya yang mengatakan terdapatnya orang-orang politik dalam pentadbiran Kerajaan yang menjadi punca dan mengetuai aktiviti rasuah dan penyalahgunaan kuasa selama ini disiasat.

SPRM seharus menjadi sebuah badan yang bebas dan berani bertindak kepada mereka yang melanggar amanah rakyat termasuklah kalangan wakil rakyat dan Menteri. Kerajaan perlu serius untuk meningkatkan keupayaan SPRM dengan menambahkan kuasanya, meningkatkan jumlah anggota penyiasat serta membekalkan peralatan logistik yang sewajarnya.

PAS yakin, begitu banyak amalan rasuah yang berleluasa dalam agensi Kerajaan kerana setiap tahun Laporan Audit Negara pasti akan membentangkan kecurangan-kecurangan yang sukar diterima rakyat. Oleh itu setiap Kementerian dan Jabatan Penguatkuasaan perlu melantik satu jawatankuasa khas membanteras rasuah bagi membantu menyalurkan maklumat kepada SPRM serta meningkatkan intergriti jabatan mereka.

PAS menasihatkan agar para penjawat awam meningkatkan intergriti mereka dan menunaikan amanah rakyat dengan sebaiknya. Tidak semua penjawat awam mengamalkan rasuah tetapi kerana nila setitik, rosak susu sebelangga. PAS yakin, amalan rasuah dan kecurangan intergriti ini akan dapat dihapuskan jika pemimpin yang menguruskan kerajaan ini terdiri dari orang-orang yang amanah kerana ikan yang busuk hanya bermula dari kepalanya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat.

Lagi sokongan Kelantan saman Petronas

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Tindakan kerajaan Kelantan yang mahu memfaikan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan Royalti 5 peratus, terus mendapat sokongan pelbagai pihak.

PAS pusat dalam satu kenyataan menyokong penuh usaha tersebut dan mengarahkan ahlinya hadir hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini.

"PAS menyeru agar rakyat, khususnya anak-anak Kelantan dapat hadir ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 30 Ogos ini untuk sama-sama memberikan sokongan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan exco Kerajaan negeri yang akan menghantar writ saman berkenaan," kata Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad.

Selain itu PAS juga katanya meminta agar Kerajaan Negeri mengheret sekali Jemaah Menteri Kerajaan Persekutuan yang membuat keputusan bagi menghalang Kelantan menerima hak royalti berkenaan.

Menurutnya, kabinet telah cuba menafikan hak rakyat negeri itu sedangkan Akta 144 Petroleum Development Act 1974 memberikan kuasa penuh kepada Kerajaan Kelantan menuntut hak royalti tersebut.

Selain PAS pusat, kepimpinan PAS di peringkat kawasan di seluruh Lembah Klang juga mula menyeru ahli PAS di kawasan masing-masing untuk sama-sama hadir ke mahkamah pada hari tersebut.

Khidmat Pesanan Ringkas SMS, FaceBook dan Twitter dilihat digunakan sepenuhnya menyebarkan maklumat ini.

Selain itu, Penasihat Persatuan Anak-anak Darul Naim (Persada), Wan Johari Wan Omar juga turut mengarahkan seluruh ahli persatuan itu hadir memberi sokongan.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim turut menyatakan sokongan terhadap tindakan berani kerajaan Kelantan tersebut.

Kelantan akan memfailkan saman tersebut di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada hari Isnin, 30 Ogos ini jam 9 pagi.

Selesai urusan saman tersebut dibuat, satu majlis solat hajat akan dibuat di Masjid Wilayah, Jalan Duta dan dijangka diimamkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Umno mahu Taib Undur, untuk kuasai Sarawak

KUALA LUMPUR, 27 Ogos: PAS melihat Umno kini terdesak untuk menyingkirkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas
kekalahan yang memalukan BN di Sibu baru-baru ini.

Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata, tekanan tersebut sama seperti dilakukan Umno ketika mahu menjatuhkan Mahathir dan Pak Lah.

Ianya sewaktu kedua-duanya dituduh sebagai punca Kekalahan BN dalam pilihanraya Umum 1999 dan 2008.

Umno ujar Idris mahu menguasai Sarawak dengan menyingkirkan Taib yang kini presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Ini kerana di Semenanjung Umno sudah kehilangan sokongan majoriti besar rakyat Melayu.

"PAS melihat, kejatuhan Taib Mahmud akan menjadi perintis kepada pembubaran PBB sama seperti USNO yang lenyap selepas Umno tiba di Sabah.

"Umno kini bercita-cita untuk menjadikan negeri itu sebagai destinasi terbarunya berikutan trend sokongan rakyat kepada BN di Borneo yang masih lagi memberikan ruang untuk Umno-BN bernafas," katanya.

PAS juga katanya sedar parti-parti komponen BN yang lain sudah muak melihat keangkuhan Umno yang mahu mendominasi BN.

"PAS menasihatkan agar parti-parti komponen BN memikirkan kerelevenan untuk mereka bersama Umno yang kini seolah-olah dilihat sedang menjadi "Maharaja dalam BN".

"Pas menyeru supaya parti komponen BN dipersilakan untuk menyertai Pakatan Rakyat untuk kita membentuk satu kehidupan baru," pelawanya.

Masuk surau: DAP mahu Mais siasat terperinci

SHAH ALAM, 28 Ogos: Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah menggesa Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya membuat siasatan terperinci sebelum mengambil tindakan kepada mana-mana pihak.

Beliau merujuk tindakan serta merta Mais berhubung insiden Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki dan berucap di Surau Al-Huda dua hari lalu.

Menurutnya, beliau tidak mahu isu tersebut dipermainkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab seperti Utusan Malaysia, UMNO dan Perkasa sebagai satu isu politik dan perkauman untuk merosakan keharmonian masyarakat kita.

"Saya juga berasa kesal atas tindakan Mais yang mengeluarkan amaran kepada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang dan mengantung Jawatankuasa Surau Al-Huda dengan serta-merta kerana Teo telah berucap di surau tersebut dua hari yang lalu.

"Saya dimaklumkan oleh Teo bahawa beliau telah memberi sumbangan sebanyak RM 1000 kepada Jawatankuasa Surau dan dijemput untuk menyampaikan sepatah dua kata," katanya.

Menurutnya, Teo hanya menerangkan maklumat tentang skim pinjaman pengajian tinggi Negeri Selangor kepada umat Islam yang hadir dan langsung tidak menyentuh apa-apa isu politik dalam ucapan ringkas tersebut.

"Beliau melawat ke surau tersebut dengan hati yang penuh ikhlas sempena bulan Ramadhan yang suci."

"Sebagai seorang wakil rakyat yang bertanggungjawab, beliau perlu membantu semua lapisan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama," katanya.

Umno tentang Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR, 28 Ogos: Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

Tuesday, August 24, 2010

Wan Nik Wan Yussof : Betulkah kerjanya suka mengkafir orang?

Topik tulisan kali ini adalah seperti tertera. Asal topik ini adalah cetusan bila membaca apa yang dicetak oleh Utusan Malaysia melalui versi Mingguan Malaysia ( 15 Ogos 2010) yang bertajuk “Jangan terlalu berani mencabar” hasil tulisan seorang pensyarah universiti di bawah kementerian dipimpin Datuk Ahmad Zahid. Kononnya pensyarah itu berkelulusan doktorat dari UPM, tetapi pernyataan di dalam tulisannya didapati sudah menyindir PAS secara lorat. Apa yang dicetak Utusan Malaysia itu sudah dibaca seperti berikut:

“Kedudukan pribumi dan pandangan mereka diperhalusi. Maka tidak hairanlah lima perkara utama berkaitan Islam dan pribumi difokuskan seperti kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata. Walaupun Pas menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir kerana kerjanya suka mengkafir, ruang untuk Islam dan pribumi berkembang begitu besar, dengan tidak menafikan hak bukan Islam. Kelebihan yang dinikmati oleh Islam dan pribumi inilah yang menimbulkan kedengkian dan rasa tidak puas orang ini dan ultra kiasu yang lain.”

Persoalannya, apakah kaitannya pensyarah Cina Muslim itu yang begitu syok memuji Suruhanjaya Reid yang menggubal perlembagaan negara itu, tiba-tiba menyindir PAS dengan tuduhan bersifat lorat, tidak articulate, mual, meloya dan berupa buah cakap peminum kopi pahit di kedai canggung? Kalaulah suka sangat memuji penggubal perlembagaan yang majoritinya ‘orang luar’ dilantik oleh penjajah Inggeris, janganlah pula meremeh dan mengaitkan secara aib parti PAS. Sedangkan PAS dari sudut sejarahnya turut menyumbang idea kepada penggubalan perlembagaan sehingga Islam diterjemah sebaiknya di dalam perlembagaan negara sekarang.

Sumbangan PAS kepada Suruhanjaya Reid

Realitinya, mungkin ramai tidak pernah membaca Memorandum PAS Kepada Suruhanjaya Reid bertarikh 14 Julai 1956 dan Ulasan PAS Terhadap PeƱyata Perlembagaan Reid bertarikh 2 Mei 1957. Kandungan daripada kedua-dua sumber itu dengan jelas menyentuh dan mengandungi lima syor yang antara lainnya agar dimasukkan asas kepentingan orang Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama yang menjadi panduan hidup bernegara. Justeru arkib sejarah ini adalah saksi mutlak peranan PAS sebagai pendesak pada masa itu sudah mengatasi Umno yang kononnya berjuang untuk merdeka, tetapi lena dengan ulikan penjajah dalam memperkasakan Melayu dan agama Islam.

Mungkin latar sejarah sebelum merdeka tiada dalam pengetahuan pensyarah tersebut yang memang dilahirkan oleh ibunya selepas negara merdeka. Tambah memilukan lagi, pensyarah yang sudah mendapat ruang kolum di dalam akhbar suara Umno itu sebenarnya tidakpun pernah diiktiraf sebagai ‘orang Umno’ tetapi ayat-ayat membodek Umno sudah terang mengalahkan menteri Umno. Namun sayang sekali ia tidak pernahpun memahami konteks luhur akidah apa yang diucapkan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang dicetak oleh Omar Khalid yang sudah jadi orang kuat Umno lalu dibubuh tajuk “Amanat Haji Hadi”. Ini kerana loratnya pensyarah itu menulis mengaitkan PAS dengan kata kunci ‘perlembagaan-Reid-kafir’ itu semacam bersumberkan amanat tersebut. Namun ternyata beliau tersalah faham konteks luhur akidah kandungan yang dikatakan ‘amanat’ itu.

Bagi berlaku adil saya perturunkan apa yang dicetak oleh Omar yang pernah mendapat untung hasil jualan kaset ceramah pemimpin PAS. Cetakan itu dibaca seperti berikut:

“Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

“Percayalah saudara-saudara sekelian,

“Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”

Persoalan di sebalik ‘amanat’ tersebut, adakah dengannya layaklah PAS dituduh kerjanya suka mengkafir? Di manakah pula konteksnya, PAS menuduh Perlembagaan Reid ini perlembagaan kafir? Mungkin persoalan yang terbuku bagi pensyarah itu ialah pada hujah menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku agama suku’. Jika inilah butiran yang disandarkan lalu mengatakan kerjanya suka mengkafir, nyata sekali ia adalah tindakan yang lorat dan mendahului Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudahpun mengadakan perjumpaan dengan Tuan Guru Haji Hadi dalam soal ini pada 1984, dan kesediaan untuk berjumpa lagi telah diulangi balik tahun 2001. Apa yang nyata, majlis itu hanya berpandangan ‘amanat’ yang dicetak secara petikan tanpa bukti sumber asal itu sebagai bertentangan dengan Islam. Namun tiada fatwa mengenainya.

Salah faham

Atas asas itu, semasa berbahas di parlimen tahun 2001, Tuan Guru Haji Abdul Hadi sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk memperbetulkan salah faham terhadap ‘amanat’ yang dicetak itu. Namun, tiada penegasan rasmi pihak majlis tersebut. Apakah dengan kekaburan akademik sedemikian cukup adil (fair and fairness) untuk menghukum bahawa kerjanya (dirujuk kepada PAS) suka mengkafir?

Natijahnya akidah seorang Muslim apabila menegas dan mengamalkan serta menyakini bahawa di dalam Islam tidak ada sistem politik, atau menganggap urusan politik suku urusan agama suku, atau juga mengadakan peraturan yang melarang bercakap agama semasa berpolitik dan melarang bercakap politik semasa bercakap agama, lalu menyimpulkan bahawa politik suku agama suku; apakah akidah Muslim sedemikian luhur dengan akidah Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad? Sedangkan sunah baginda ketika berkuasa di Madinah adalah “pemerintahan negara itu hendaklah ditadbir dengan agama dan agama yang menjadi panduan bernegara.” Demikian pula, di manakah untuk menyesuaikan fekah bernegara (siasah syar’iyyah) “iqamatiddin wa siasatudunyabih” yang mengarahkan pemerintah menjalankan urusan memakmurkan agama dan menjadikan agama sebagai panduan mentadbir? Apa yang jelas, kesan daripada hujah pemimpin PAS bahawa tidak boleh memisah-misahkan politik dengan agama (tidak berlaku sama sekali atas nama Islam, politik suku agama suku), maka pemimpin negara dan sebahagian besar penyokong Umno sudah menerimanya sebagai benar belaka! Justeru, apa yang diungkap mengenai politik suku agama suku, bukannya frasa yang sah untuk mengaitkan parti PAS sebagai kerjanya suka mengkafirkan orang.

Akhirnya, sayugia kebenaran itu tetap benar, maka mengenali perjuangan benar hanya atas petunjuk agama. Tiada kebenaran atas semata-mata kekuatan akal fikiran, melainkan rahmah dan karomah dari Allah jua mengatasi segala akal fikiran. Kembalinya kepada panduan al-Quran, bertunaslah akidah yang luhur bagi menilai mana yang benar dan mana yang palsu.



Penulis adalah Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.

Royalti: Kelantan dijangka fail saman Petronas 30 Ogos

KOTA BHARU, 24 Ogos: Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa (gambar) berkata, kerajaan negeri dijangka memfailkan saman terhadap Petronas kerana pecah kontrak pada 30 Ogos ini di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur.

“Esok writ tuntutan saman itu akan dibawa kepada mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan.

”Dan sekiranya mendapat kelulusan, saman itu akan difailkan terhadap Petronas pada 30 Ogos ini. Seorang peguam terkenal Thomy Thomas akan memfail bagi pihak kerajaan negeri,” katanya tanpa memberitahu mahkamah mana di Kuala Lumpur.

Menurutnya saman tersebut pada peringkat awal dijangka difail pada 31 Ogos dengan kira semangat kemerdekaan.

Bagaimanapun, kata beliau tarikh tersebut merupakan hari cuti, maka tarikh 30 Ogos lebih sesuai dengan semangat kemerdekaan sekarang.

Kata beliau kes saman terbabit berbeza dengan apa yang dilakukan kerajaan PAS Terengganu pada 2000, memandangkan ada afidavit bertulis daripada bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah yang sanggup menjadi saksi utama.

”Biar pun kes tuntutan royalti dibawa ke mahkamah namun perundingan masih terbuka bagi menyelesaikan isu tersebut.

”Dengan mengambil semangat Ramadan sekarang adalah peluang terbaik bagi pihak terbabit untuk membayar royalti kepada Kelantan,” ujarnya yang juga Exco Kerajaan Negeri.

Kerajaan Kelantan menuntut royalti minyak kepada Petronas dan kerajaan pusat berdasar kepada Akta Kemajuan Petroleum 1974 setelah carigali minyak dilakukan di kawasan perairannya.

Ditanya surat Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, katanya Datuk Seri Najib Razak mungkin sibuk untuk menjawab surat penjelasan mengenai royalti petroleum.

Pemuda PAS sedia perjelas hudud

Alternatif

Hukuman setimpal

Islam tidak berhenti di atas hukuman semata-mata. Malah hukuman Islam sebahagiannya jauh lebih ringan berbanding hukuman ciptaan manusia yang ada pada hari ini. Hukuman berat dan keras tidak menjamin sesuatu hukuman itu berkesan seperti hukuman mandatori gantung sampai mati ke atas pengedar dadah , biarpun hukuman itu keras dan berat namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa. Jelas ianya tidak berkesan. Lantaran hukuman itu tidak mempunyai pakej sebagaimana syariat Islam.

DPPP percaya kebaikan sistem syariat Islam sebenarnya disedari oleh semua yang membaca sejarah kerana ia suatu yang praktis bukan teori atau khayalan. Jika tidak masakan YB Lim Guan Eng mahu menjadikan pentadbirannya mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz sedang beliau sendiri tidak pernah menemui khalifah itu.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz melaksanakan syariat Islam justeru itulah ia mampu menonjolkan keadilan, ketelusan dan kesaksamaan dalam pentadbiran dan pemerintahannya. Kehebatan Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan kecemerlangan pentadbirannya adalah kerana beliau komited dengan perlaksanaan syariat Islam.

Sekiranya pemimpin DAP itu dalam satu masa mahu mencontohi Khalifah Umar bin Abdul Aziz dan dalam satu masa lagi sebahagian pemimpin DAP menolak perlaksanaan syariat Islam yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz itu sebagai satu penyelesaian kepada barah sosial hari ini, maka DPPP mengira ia satu kekeliruan yang besar malah dilihat tidak wajar dan ia kelihatan seperti retorik atau hipokrit.

DPPP berharap semua pihak tidak prejudis terhadap perlaksanaan syariat Islam termasuklah Umno dan BN sendiri selaku pemerintah pada hari ini. Islamlah satu-satu penyelesaian yang terbaik untuk konflik dan kemelut yang dihadapi oleh manusia kerana syariat Islam itu datang terus dari Allah, Tuhan yang mencipta manusia.

Ustaz Nasruddin Hassan At-Tantawi,

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.

Idris Ahmad :Takut mahasiswa tidak sokong Umno

Benarkanlah mahasiswa berpolitik, apa yang hendak ditakutkan mahasiswa berpolitik. Adakah kerana takut mahasiswa tidak menyokong Umno? Itu hanya andaian sahaja. Bukankah mahasiswa seorang yang cerdik, kalau bodoh mereka tidak masuk ke universiti. Mereka adalah manusia terpilih dari kalangan 26 juta rakyat di Malaysia. Biarkanlah mereka berpolitik.

Alasan Tan Sri Ibrahim Abu Shah (bekas mantan Naib Canselor UITM) seorang pengampu tegar Umno , takut ganggu pelajaran. Ini alasan yang tidak berpijak kepada kebenaran. Berapa ramai pelajar yang tidak terlibat dalam persatuan dan tidak memperdulikan sekeliling mereka, tetapi kecundang dalam pelajaran. Malahan ramai di kalangan mereka yang hidup berpoya-poya dan gila dengan budaya hidonisme, akhirnya gagal dalam pelajaran. Tidak dengar pula rungutan daripada pihak universiti bising dalam hal ini.

Kalau ada larangan pelajar jangan terlibat dengan politik, ini hanya arahan untuk pelajar yang menyokong pembangkang, tidak kepada penyokong Umno. Begitulah juga amaran hanya diberi kepada pensyarah yang membantu pembangkang. Pihak universiti redha dengan pensyarah yang menjadi tali barut Umno di universiti. Sebenarnya Akta Universiti Kolej (AUKU) hanya untuk mereka yang menentang BN, bukan untuk pengampu umno.

Sekarang universiti sudah hilang daya intelektual, sepatutnya kampus bukan tempat untuk mencari pengaruh politik kepartian sempit. Biarkan mahasiswa berpolitik, biarkan mereka tegakkan idealisma mereka. Usah bimbang kepada kelantangan mahasiswa kerana itulah mahasiswa, tidak perlu takut kepada mereka.

Universti ialah sebagai proses pembelajaran, ia mesti berlaku bukan sahaja di dalam kelas. Sepatutnya pendedahan politik kepada mahasiswa adalah perlu kerana ia sebagai medan mengasah bakat kepimpinan pada masa akan datang. Banyak kepimpinan mahasiswa telah melahirkan tokoh-tokoh politik di pihak pembangkang, kerajaan dan ahli akademik. Perkara ini tidak boleh di nafikan, kerana sejarah telah membuktikan terserlahnya mereka dalam kepimpinan politik adalah hasil; perjuangan mereka di universiti melalui gelanggang Majlis Perwakilan Pelajar dan juga kegiatan persatuan di universiti.

Tokoh-tokoh politik yang berada di persada politik tanah air kini samada berada di gelanggang kerajaan atau pembangkang seperti Anwar Ibrahim (Universiti Malaya), Ibrahim Ali (ITM), Ustaz Halim Arshat, bekas Setiausaha Agung PAS (UKM), Fuad Hassan, bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor (UKM), Dr Fuad Zarkasyi (UM), Shabery Cheek (UM), Tajudin Abdul Rahman Ahli Parlimen Umno Pasir Salak (UM), Kamarul Zaman Yaakob (UM), Mohd Sabu (ITM), Dr Sanusi Osman (UM), Lutfi Othman (UTM), Saifudin Nasution (UPM), Ustaz Fadhlullah Shuaib (UKM), Ustaz Abu Bakar Chik (UKM). Inilah rekod sejarah kepimpinan mahasiswa yang banyak menyumbangkan kepada pembangunan politik dan intelektual di negara ini.

Pimpinan universiti jangan jadikan mahasiswa pelajar sekolah yang masih beruniform tadika Kemas. Jangan lacurkan intelektual, sehingga hilang wibawa dan daya kreatviti. Budaya mengampu inilah menyebabkan kita melihat gred universiti sudah turun macam kelas dewasa tahun 60 an. Mereka hendak membudakkkan pelajar universiti supaya otak yang sama dengan mereka. Sedangkan pemimpin Umno selalu menyebut untuk menjadi universiti world class tetapi realitinya seperti Universiti Jawatankuasa Kemajuan Kampung (UJKK).

Saya pernah menyebut dalam Forum di Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa yang terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar IPTA seluruh negara pada 16 Mei 2005 di Melaka yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara. Majlis yang dipengerusikan oleh Dr Junaidi Abu Bakar yang dulunya pernah bertanding atas tiket Islam Penyelamat Ummah (IPU) di UKM, sekarang telah menjadi orang kuat Umno. Saya memberi tahu kepada majlis, kerana waktu itu ada Timbalan Naib Canselor HEP. Jangan bimbanglah dengan pergerakan pelajar. Kerana ramai di kalangan pimpinan pelajar yang kecundang dalam dakapan pangkat dan wang. Sekadar saya menyebut beberapa nama dahulu merupakan golongan yang anti Umno seperti Dr Fuad Zarkashi daripada PMUM sekarang Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Bahagian Umno Batu Pahat, Datuk Shabery Cheek, Presiden PMUM sekarang Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Zaidi Mohd Zin bekas Timbalan Presiden PMUM, sekarang Umno bahagian Serdang, Johan Che Pa Timbalan Presiden PMUM sekarang Naib Ketua Bahagian Umno Pasir Mas, Abdul Rahman Shaik, Timbalan Presiden PMUPM sekarang AJK Bahagian Teluk Intan, Ismail Said Ahli Parlimen Kuala Krau, Pahang, bekas speaker PMUKM sesi 87/88 zaman saya menjadi presiden PMUKM. Oleh itu pihak universiti biarkan mereka berpolitik secara sihat di atas padang yang rata. Jangan ganggu mereka. Pilihan politik mereka adalah hak mereka, mahasiswa adalah orang cerdik, mereka tidak boleh diperalatkan oleh mana-mana pihak.

Saya ucap tahniah kepada Datuk Saifudin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang memperjuangkan supaya mahasiwa dibenarkan berpolitik. Walaupun cadangan ini ditolak oleh kabinet pada 10 Ogos 2010, sekurang-kurangnya beliau telah membawa aspirasi beliau sebagai bekas pimpinan pelajar di Universiti Malaya satu ketika dahulu.

Kabinet tolak kerana mereka bimbang ia akan memberi kesan yang buruk kepada perjuangan Umno pada masa akan datang. Pemimpin BN dengan penuh tawaduk tahu, sekarang zaman rakyat tidak mahu kepada Umno. Mereka yang menyokong Umno hanya terdiri dari kalangan mereka yang buta maklumat dan yang ada kepentingan projek, itu pun hanya Umno projek, bukan Umno ideologi. Kabinet tahu ketika pelajar tidak dibenarkan terlibat dalam politik sekarang, Umno ditolak di universti apabila calon proksi Umno ditolak setiap kali pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar. Umno terpaksa bertungkus lumus dengan membuat macam-macam cara supaya proksi mereka menang melalui orang suruhan yang menjadi abdi mereka di universiti.

Walaupun tindakan jahat mereka lakukan, namun mereka tetap gagal dalam setiap kali pilihanraya kampus. Maka sekarang mereka mengubah sistem dan peraturan rimba untuk menang dalam pilihan raya seperti dikenakan deposit, ada temuduga, tidak dibenarkan berkempen dan mencetak poster. Mereka melawan bukan sebagai anak jantan . Mungkin mereka belajar daripada bapa mereka Umno di luar kampus.

Friday, August 20, 2010

Kerajaan langgar hudud Allah, rakyat hidup tanpa batas

ŲØِŲ³ْŁ…ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ْŁ…َŁ†ِ Ų§Ł„Ų±َّŲ­ِŁŠŁ…ِ

Ų³ُŁˆŲ±َŲ©ٌ Ų£َŁ†ْŲ²َŁ„ْŁ†َŲ§Ł‡َŲ§ ŁˆَŁَŲ±َŲ¶ْŁ†َŲ§Ł‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŁ†ْŲ²َŁ„ْŁ†َŲ§ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų¢َŁŠَŲ§ŲŖٍ ŲØَŁŠِّŁ†َŲ§ŲŖٍ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖَŲ°َŁƒَّŲ±ُŁˆŁ†َ

-Ų§Ł„Ł†ŁˆŲ± : 1

Yang bermaksud : Ini ialah satu "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat (mengamalkannya).

Alhamdulillah, setinggi-tinggi lafaz syukur kita rakamkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan keizinan daripadaNya, dapat kita bersama-sama berada di dalam Majlis perasmian sambutan Hari Hududulullah negeri Kelantan darul naim untuk kali ini. Tahniah saya ucapkan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan di atas penganjuran sambutan ini. Saya difahamkan majlis ini telah didahului dengan seminar Hukum Sebat di Dalam Islam yang telah bermula semenjak pagi tadi. Sekali lagi tahniah dan syabas kepada pihak penganjur. Saya mulakan dengan serangkap pantun :

Papan tualang mari diukir,

buat penyeri si kayu jati,

siang malam hidup berzikir,

hidup bersendi kehendak rabbi..

Undang-undang hudud merupakan salah satu daripada undang-undang yang difardhukan oleh Allah SWT. Sebagaimana kita wajib bersolat, berpuasa dan mengeluarkan zakat, begitu jugalah wajib untuk kita menegakkan tuntutan melaksanakan undang-undang yang disediakan oleh Allah SWT. Jika kita boleh menerima bahawa di sekolah ada undang-undangnya di mana pelajar perlu mematuhi arahan guru dan pentadbir. Di pejabat ada undang-undangnya di mana pekerja perlu mematuhi arahan majikannya. Di dalam negara ada undang-undangnya di mana rakyat diminta taat patuh kepada pemimpinnya. Maka adakah manusia hidup di dunia Allah ini, tidak dikenakan undang-undang? Sudah tentu lebih daripada itu kerana hidup ini satu urusan yang terlalu sulit dan compilcated sehinggakan di luar daripada kemampuan manusia menguasainya. Siapakah yang berhak menentukan undang-undang hidup di dunia selain daripada pencipta dunia sendiri iaitu Allah SWT? Inilah yang disebut di dalam firmanNya:

Ų„ِŁ†ِ Ų§Ł„ْŲ­ُŁƒْŁ…ُ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ł„ِŁ„َّŁ‡ِ ŁŠَŁ‚ُŲµُّ Ų§Ł„ْŲ­َŁ‚َّ ŁˆَŁ‡ُŁˆَ Ų®َŁŠْŲ±ُ Ų§Ł„ْŁَŲ§ŲµِŁ„ِŁŠŁ†َ – Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„Ų£Ł†Ų¹Ų§Ł… : 57

Yang bermaksud : Hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan.

ŁˆَŲŖَŁ…َّŲŖْ ŁƒَŁ„ِŁ…َŲ©ُ Ų±َŲØِّŁƒَ ŲµِŲÆْŁ‚ًŲ§ ŁˆَŲ¹َŲÆْŁ„ًŲ§ – Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„Ų£Ł†Ų¹Ų§Ł… : 115

Kebenaran itu milik Allah, keadilan juga milik Allah SWT.

Saya dimaklumkan dalam seminar yang diadakan pagi tadi bukan sekadar kertas kerja ada demonstrasi hukuman sebat di dalam Islam. Saya yakin tuan-tuan sekalian telah mendapat pendedahan dan maklumat yang banyak daripada seminar tersebut. Perlulah diingatkan bahawa hukuman sebat merupakan hukuman yang diturunkan oleh Allah SWT. Ayat yang saya bacakan di awal ucapaan tadi merupakan permulaan surah an-Nur. An-Nur memberi makna cahaya. Cahaya matahari, bulan, bintang diperlukan untuk fizikal. Cahaya al-Quran dan al-Sunnah diperlukan untuk rohani manusia:

ŁŠَŁˆْŁ…َ ŲŖَŲ±َŁ‰ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ ŁˆَŲ§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†َŲ§ŲŖِ ŁŠَŲ³ْŲ¹َŁ‰ Ł†ُŁˆŲ±ُŁ‡ُŁ…ْ ŲØَŁŠْŁ†َ Ų£َŁŠْŲÆِŁŠŁ‡ِŁ…ْ ŁˆَŲØِŲ£َŁŠْŁ…َŲ§Ł†ِŁ‡ِŁ…ْ ŲØُŲ“ْŲ±َŲ§ŁƒُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁŠَŁˆْŁ…َ – Ų§Ł„Ų­ŲÆŁŠŲÆ : 12

Yang bermaksud : (yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bergerak dengan cepat di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (Dikatakan kepada meraka): "Pada hari Ini ada berita gembira untukmu

Adapun surah an-Nur itu tadi dimulakan dengan:

Ų³ُŁˆŲ±َŲ©ٌ Ų£َŁ†ْŲ²َŁ„ْŁ†َŲ§Ł‡َŲ§ ŁˆَŁَŲ±َŲ¶ْŁ†َŲ§Ł‡َŲ§ ŁˆَŲ£َŁ†ْŲ²َŁ„ْŁ†َŲ§ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų¢َŁŠَŲ§ŲŖٍ ŲØَŁŠِّŁ†َŲ§ŲŖٍ Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖَŲ°َŁƒَّŲ±ُŁˆŁ†َ

Yang bermaksud : "surah" yang Kami turunkan dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat wahai manusia.

Perhatikanlah bagaimana Allah SWT menggunakan perkataan Ų£َŁ†ْŲ²َŁ„ْŁ†َŲ§Ł‡َŲ§ bermaksud Kami turunkan diikuti dengan ŁَŲ±َŲ¶ْŁ†َŲ§Ł‡َŲ§ bermaksud wajibkan hukum-hukumnya dan setusnya Ų£َŁ†ْŲ²َŁ„ْŁ†َŲ§ ŁِŁŠŁ‡َŲ§ Ų¢َŁŠَŲ§ŲŖٍ ŲØَŁŠِّŁ†َŲ§ŲŖٍ iaitu Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata. Ketiga-tiga ini dinyatakan secara berturutan dan beriringan. Walaupun kita semua sudah maklum bahawa al-Quran memang diturunkan oleh Allah SWT, dan memang difardhukan hukum-hukumnya oleh Allah SWT dan diturunkan ayat-ayatnya dengan terang dan jelas juga oleh Allah SWT. Bagaimanapun apabila ketiga-tiganya dinyatakan secara berturutan di dalam satu ayat, ia merupakan satu isyarat bahawa betapa seriusnya perintah yang akan dinyatakan selepasnya. Perintah itu ialah hukuman sebat yang merupakan salah satu daripada hukuman hudud. Justeru, diakhirkan ayat tersebut dengan perintah Ł„َŲ¹َŁ„َّŁƒُŁ…ْ ŲŖَŲ°َŁƒَّŲ±ُŁˆŁ†َ yang bermaksud supaya kamu benar-benar beringat. Beringat ertinya sentiasa pada setiap masa kita hendaklah mengambil ingatan bahawa perintah-perintah yang mengandungi hukuman-hukuman tersebut telah ditetapkan oleh Allah SWT dan akan disoal olehNya di padang Mahsyar kelak.Ų«ُŁ…َّ Ł„َŲŖُŲ³ْŲ£َŁ„ُŁ†َّ ŁŠَŁˆْŁ…َŲ¦ِŲ°ٍ Ų¹َŁ†ِ Ų§Ł„Ł†َّŲ¹ِŁŠŁ…ِ

Allah SWT berfirman selepas ayat 1 Surah an-Nur tersebut:

Ų§Ł„Ų²َّŲ§Ł†ِŁŠَŲ©ُ ŁˆَŲ§Ł„Ų²َّŲ§Ł†ِŁŠ ŁَŲ§Ų¬ْŁ„ِŲÆُŁˆŲ§ ŁƒُŁ„َّ ŁˆَŲ§Ų­ِŲÆٍ Ł…ِŁ†ْŁ‡ُŁ…َŲ§ Ł…ِŲ¦َŲ©َ Ų¬َŁ„ْŲÆَŲ©ٍ ŁˆَŁ„َŲ§ ŲŖَŲ£ْŲ®ُŲ°ْŁƒُŁ…ْ ŲØِŁ‡ِŁ…َŲ§ Ų±َŲ£ْŁَŲ©ٌ ŁِŁŠ ŲÆِŁŠŁ†ِ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ Ų„ِŁ†ْ ŁƒُŁ†ْŲŖُŁ…ْ ŲŖُŲ¤ْŁ…ِŁ†ُŁˆŁ†َ ŲØِŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŁŠَŁˆْŁ…ِ Ų§Ł„ْŲ¢َŲ®ِŲ±ِ ŁˆَŁ„ْŁŠَŲ“ْŁ‡َŲÆْ Ų¹َŲ°َŲ§ŲØَŁ‡ُŁ…َŲ§ Ų·َŲ§Ų¦ِŁَŲ©ٌ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ¤ْŁ…ِŁ†ِŁŠŁ†َ – Ų§Ł„Ł†ŁˆŲ± Ų£ŁŠŲ© 2

Yang bermaksud : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.

Hudud bukanlah bererti hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud telah diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular di dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap tentang hudud. Hakikatnya hudud bermakna batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah SWT itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al-Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja di dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumahtangga dan nikah cerai. Allah SWT berfirman:

ŁˆَŁ„َŲ§ ŁŠَŲ­ِŁ„ُّ Ł„َŁƒُŁ…ْ Ų£َŁ†ْ ŲŖَŲ£ْŲ®ُŲ°ُŁˆŲ§ Ł…ِŁ…َّŲ§ Ų¢َŲŖَŁŠْŲŖُŁ…ُŁˆŁ‡ُŁ†َّ Ų“َŁŠْŲ¦ًŲ§ Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų£َŁ†ْ ŁŠَŲ®َŲ§ŁَŲ§ Ų£َŁ„َّŲ§ ŁŠُŁ‚ِŁŠŁ…َŲ§ Ų­ُŲÆُŁˆŲÆَ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ – Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„ŲØŁ‚Ų±Ų© Ų£ŲØŲ© 229

Yang bermaksud : Dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang telah diceraikan itu), kecuali jika keduanya (suami isteri ) takut tidak dapat menegakkan hudud Allah yakni aturan-aturan hukum Allah.

Di dalam masalah pembahagian harta pusaka, turut disebut perkataan hudud. Firman Allah SWT:

ŁَŲ„ِŁ†ْ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ Ų£َŁƒْŲ«َŲ±َ Ł…ِŁ†ْ Ų°َŁ„ِŁƒَ ŁَŁ‡ُŁ…ْ Ų“ُŲ±َŁƒَŲ§Ų”ُ ŁِŁŠ Ų§Ł„Ų«ُّŁ„ُŲ«ِ Ł…ِŁ†ْ ŲØَŲ¹ْŲÆِ ŁˆَŲµِŁŠَّŲ©ٍ ŁŠُŁˆŲµَŁ‰ ŲØِŁ‡َŲ§ Ų£َŁˆْ ŲÆَŁŠْŁ†ٍ ŲŗَŁŠْŲ±َ Ł…ُŲ¶َŲ§Ų±ٍّ ŁˆَŲµِŁŠَّŲ©ً Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŁ„ِŁŠŁ…ٌ Ų­َŁ„ِŁŠŁ…ٌ (12) ŲŖِŁ„ْŁƒَ Ų­ُŲÆُŁˆŲÆُ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ... –Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„Ł†Ų³Ų§Ų” Ų£ŁŠŲ© 12-13

Yang bermaksud: Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada satu pertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dengan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayarkan hutangnya; wasiat-wasiat yang tersebut hendaknya tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). Ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Penyabar. Itulah hudud (batas-batas Syariat) Allah.

Hari ini negara sedang berada pada keadaan yang sangat memalukan. Kita sering kedengaran berlaku rasuah, penyelewengan dan pecah amanah semakin meningkat. Peningkatan gejala sosial pula kini sampai ke tahap sangat-sangat membimbangkan, ditambah lagi dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian di negara kita. Kes-kes buang bayi pula semakin membimbangkan di mana ia meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Kenapakah undang-undang yang ada tidak mampu membendung masalah inni? Tidak lain hanyalah kerana undang-undang yang ada tiada kemampuan untuk pencegahan. Undang-unadang yang dicadang oleh Allah SWT itulah yang merupakan satu pencegahan. Firman Allah SWT:

ŁˆَŲ§Ł„Ų³َّŲ§Ų±ِŁ‚ُ ŁˆَŲ§Ł„Ų³َّŲ§Ų±ِŁ‚َŲ©ُ ŁَŲ§Ł‚ْŲ·َŲ¹ُŁˆŲ§ Ų£َŁŠْŲÆِŁŠَŁ‡ُŁ…َŲ§ Ų¬َŲ²َŲ§Ų”ً ŲØِŁ…َŲ§ ŁƒَŲ³َŲØَŲ§ Ł†َŁƒَŲ§Ł„ًŲ§ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ł„َّŁ‡ِ ŁˆَŲ§Ł„Ł„َّŁ‡ُ Ų¹َŲ²ِŁŠŲ²ٌ Ų­َŁƒِŁŠŁ…ٌ – Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„Ł…Ų§Ų¦ŲÆŲ©: 38

Yang bermaksud : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Kita di Kelantan dengan dasar Membangun Bersama Islam sudah lama menyedari hakikat ini. Di antara maksud Membangun Bersama islam ialah :

1) Mendidik, mentarbiah qalbu manusia supaya bertaqwa kepada Allah SWT sejak kecil-kecil lagi sampai ke peringkat remaja dan terus kepada meningkat dewasa.

Bayi di atas riba diperdengarkan bismillahir Rahmanir Rahim setiap kali susuan dilakukan. Yang terbaik lagi ibu perlu berwudhuk sebelum susuan dilakukan. Nama Allah, nama al-Rahman, nama al-Rahim, adalah suntikan ajaib untuk mengukir berkat dan qudus ke atas qalbu bayi yang baru mengenali alam dunia. Tidak ada doktor, tidak ada alat canggih yang boleh mengesan seni Asmaul Husna ke atas qalbu bayi.

2) Bila anak memasuki alam persekolahan, guru pula mencambah, membajai benih-benih yang telah ditabur oleh golongan ibu di rumah tadi. Dan bila mereka melepasi alam persekolahan dan memasuki alam pekerjaan, menjadi rakyat, bergerak dalam semua bidang hidup, pihak kerajaan pula menyambung, membimbing, dan melaksana segala benih yang ditabur di rumah, dan di sekolah, supaya ianya berubah dan mendatangkan hasil yang memenuhi kehendak : iman dan taqwa kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

ŁˆَŁ„َŁˆْ Ų£َŁ†َّ Ų£َŁ‡ْŁ„َ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±َŁ‰ Ų¢َŁ…َŁ†ُŁˆŲ§ ŁˆَŲ§ŲŖَّŁ‚َŁˆْŲ§ Ł„َŁَŲŖَŲ­ْŁ†َŲ§ Ų¹َŁ„َŁŠْŁ‡ِŁ…ْ ŲØَŲ±َŁƒَŲ§ŲŖٍ Ł…ِŁ†َ Ų§Ł„Ų³َّŁ…َŲ§Ų”ِ ŁˆَŲ§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŁˆَŁ„َŁƒِŁ†ْ ŁƒَŲ°َّŲØُŁˆŲ§ ŁَŲ£َŲ®َŲ°ْŁ†َŲ§Ł‡ُŁ…ْ ŲØِŁ…َŲ§ ŁƒَŲ§Ł†ُŁˆŲ§ ŁŠَŁƒْŲ³ِŲØُŁˆŁ†َ – Ų³ŁˆŲ±Ų© Ų§Ł„Ų£Ų¹Ų±Ų§Ł، Ų£ŁŠŲ© 96

Yang bermaksud : Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, Pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka segala macam berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.

Adalah mendukacitakan sangat-sangat kerana kita yang pandai-pandai menolak pencegahan daripada Allah SWT. Bagaimana rakyat mahu menjaga batas sekiranya kerajaan yang berkuasa sendiri tidak mempedulikan batas hududullah sendiri? Bila kerajaan melanggar hudud Allah, dengan sendirinya rakyat hidup tanpa batas. Di sana sini berlaku pelanggaran terhadap hudud Allah SWT dengan sewenang-wenangnya.

Tersebarnya gambar-gambar dan video yang merosakkan melalui media massa maupun internet dan disaksikan oleh anak-anak muda kita setiap hari semakin mendekatkan mereka kepada gejala keruntuhan moral dan akhlak. Lantas dengan kudrat yang ada, kekangan undang-undang dan kewangan, kita di Kelantan telah melakukan setakat yang termampu untuk meletakkan Islam sebagai syariah yang memerintah bukannya diperintah. Lahirlah Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan pada tahun 1993 hasil sumbangan idea dan garapan beberapa tokoh undang-undang yang terkenal seperti Allahyarham Prof. Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmud Saidun Awang Osman dan beberapa nama-nama yang lain. Namun, sekeping surat bertarikh 8 Jun 1994 daripada Perdana Menteri Malaysia pada masa itu kepada Menteri Besar Kelantan telah menghalang hasrat murni kerajaan negeri Kelantan ini.

Kita tidak pernah berputus asa. Apa yang mampu untuk kita laksanakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri akan dilaksanakan. Kita membataskan penjualan arak, mengharamkan riba, melarang acara tari-menari di majlis-majlis keramaian, menguatkuasakan larangan menghidangkan minuman alkohol di hotel-hotel dan banyak lagi perubahan yang telah kita perkenalkan yang kesemuanya bersumberkan dari ajaran al-Quran.

Untuk memastikan kewajipan menutup aurat terlaksana, kita mewajibkan mana-mana papan iklan hanya menayangkan gambar yang menutup aurat, kita juga mewajibkan para peniaga beragama Islam di premis-premis perniagaan berpakaian menutup aurat selain turut mewajibkan kakitangan kerajaan yang beragama Islam menutup aurat dengan sempurna. Manakala bagi yang tidak beragama Islam, kita pohon supaya dapat berpakaian dengan baik dan sopan. Semua ini bagi memastikan suasana sekitar tidak tercemar dengan amalan pendedahan aurat yang menyebabkan berlakunya seks bebas dan zina. Apa yang mampu kita lakukan mengikut bidang kuasa kerajaan negeri sudah kita laksanakan. Selebihnya terletak pada bahu kerajaan pusat kerana kita menghormati konsep federalisme. Tepuk dada tanya iman.

Akhir kata, saya sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada pihak JAHEIK di atas kejayaan menganjurkan sambutan hari hududullah pada tahun ini. Semoga dengan penganjuran ini, kita sentiasa mengingatkan rakyat Kelantan khususnya bahawa kewajipan melaksanakan dan menjaga undang-undang Allah SWT sentiasa terpikul setiap masa. Semoga setiap amalan kita mendapat ganjaran di sisi Allah SWT.

Artikel di atas adalah teks ucapan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Hudud Negeri Kelantan pada 9 Ramadhan 1431H bersamaan 19 Ogos 2010 di Dewan Besar Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

PR jamin pendapatan isi rumah minimum 2020

PENCAPAIAN SETENGAH TAHUN EKONOMI NEGARA

PAKATAN RAKYAT MENJANJIKAN PENDAPATAN ISI RUMAH MINIMUM MENJELANG 2020

Pencapaian setengah tahun ekonomi negara bersama dengan angkanya telah diedar/dikeluarkan semalam. Ianya seperti yang dijangkakan. Pertumbuhan sebanyak 8.9% pada suku kedua dan 10.1% pada suku pertama, sungguhpun memberansangkan, hakikatnya angka tersebut berdasarkan ekonomi yang menguncup pada tahun 2009, iaitu pada kadar 1.9% . Jika dibandingkan dengan Indonesia dan Singapura, pertumbuhan yang dicatatkan ini membolehkan kita membandingkannya dengan pencapaian negara-negara jiran pada masa akan datang sekiranya reform/perubahan tidak dilaksanakan segera- Singapura dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 13%-15% pada tahun 2010, manakala Indonesia dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 6% kelansungan dari pertumbuhan yang dicatat pada tahun lalu iaitu 4.9% tatkala Malaysia dibelenggui kemelesetan.

ANGKA CUBA MENGABURI HAKIKAT SEBENAR

Apa yang pasti pengumuman semalam tidak mencerminkan realiti ekonomi buat kebanyakan rakyat negara ini. Sejumlah 2.4juta keluarga bersamaaan 40% isi rumah negara ini hanya berpendapatan RM 2300 sebulan, membentuk golongan termiskin di negara ini. Wajar diberi perhatian adalah 75% dari jumlah itu merupakan keluarga Melayu dan peribumi.

Upah yang rendah begitu menekan rakyat Malaysia tatkala mereka terpaksa berdepan dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat. Kebanyakan graduan yang berjaya mendapat pekerjaan bergelut hanya untuk membayar segala macam bil, jauh sekali mampu untuk menabung.

Hakikat ekonomi buat kebanyakan rakyat Malaysia yang berbeza dengan apa yang diumumkan semalam memperlihatkan sebuah pengurusan ekonomi yang gagal membasmi ketidaksamaan dalam masyarakat. Setiap kali kita membincangkan kedudukan ekonomi negara, terutama apabila menyentuh jurang yang kian melebar, pastinya kedudukan ekonomi dapat disimpulkan sebagai “Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana.”

Program Transformasi Ekonomi(ETP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 17 Ogos 2010 tidak menjelaskan sebarang peta jalan(road map) untuk merapatkan jurang tersebut. Program Transformasi Ekonomi menjanjikan ekonomi yang sihat dan lebih baik serta peningkatan pendapatan negara kasar dari RM 600billion (yang dijanjikan pada tahun 2009) kepada RM 1.7 billion menjelang tahun 2020. Peningkatan tersebut dikatakan mencipta 3.3 juta pekerjaan baru dan pendapatan per kapita sebanyak RM 49 500 menjelang 2020.

SASARAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI MUSTAHIL

Sebagai satu pelan ataupun kebijakan, ianya pasti sedap didengar. Namun sepertimana kebijakan atau dasar yang dibentangkan sebelum ini, Kerajaan Persekutuan sering melontar angka-angka besar dan bersembunyi di belakang asumsi serta premis yang akhirnya terbukti salah.

Demi untuk mencapai matlamat yang digariskan itu, Malaysia memerlukan RM 2.2 trilion pelaburan, 92% dari jumlah tersebut dijangka dari sektor swasta. Manakala itu 75% dari 92% tersebut sepatutnya dari pelaburan tempatan secara langsung dan bakinya dari pelaburan asing secara langsung.

Berasaskan inilah matlamat yang digariskan oleh pentadbiran sekarang pada pandangan kita tidak berpijak pada hakikat ekonomi yang sebenarnya. Mengumumkan sebuah kebijakan yang bercita-cita tinggi manakala untuk mencapainya berasaskan pelaburan swasta semata merupakan satu perancangan yang tidak bertanggungjawab sedangkan selama 12 tahun ini Malaysia begitu bergantung kepada “pump priming” dan pertumbuhan pelaburan swasta begitu kecil. Perancangan tersebut cuba mencapai yang mustahil dan menafikan rekod sebelumnya hanya demi sebuah pengumuman.

Begitu juga dengan sasaran untuk mencipta 3.3 juta pekerjaan baru dan pendapatan per kapita sekitar RM 49, 500 menjelang 2020 merupakan satu matlamat yang terpisah dari hakikat kesusahan rakyat sepanjang 10 tahun ini. Hakikatnya 34% dari tenaga kerja kita berpendapatan di bawah paras kemiskinan(kurang dari RM 700 sebulan) dan peningkatan upah hanya pada kadar 2.6%(berbanding 10% yang dicapai Indonesia di antara 2007 dan 2009)

Usaha untuk mengalihkan perhatian dengan membentangkan angka-angka baru telah membenihkan sikap untuk tidak cuba berdepan dengan punca permasalahan yang sebenar. Walaubagaimanapun saya yakin rakyat sedar ini merupakan satu lagi upaya untuk menyogok khabar muluk demi mengelirukan serta mengalihkan perhatian mereka dari hakikat kedudukan ekonomi yang sebenarnya tidak berubah sepanjang dua tahun ini.

SASARAN PR SETIAP ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 4000

Saya menegaskan kebijakan ekonomi yang mampu membasmi kemiskinan merupakan satu perancangan yang tidak terpisah dengan hakikat ekonomi rakyat dan akar umbi.

Sejumlah dua pertiga dari penduduk negara ini, pendapatan isi rumahnya berada di bawah RM 4000 sebulan. 4juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, kecualilah ada upaya yang menjurus untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan kadar segera.

Oleh itu selepas beberapa siri perbincangan dan penelitian, Keadilan bersetuju untuk menetapkan serta mensasarkan pendapatan isi rumah minimum pada kadar RM 4000 dalam jangka masa 5 tahun pentadbiran persekutuan Pakatan Rakyat nanti. Dasar yang dibentangkan ini akan dibawa ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk perbincangan selanjutnya.

Keadilan akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa kebijakan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah RM 4000. Di antara dasar tersebut ialah iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reform terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung(FDI).

Negara ini tidak boleh lagi menabur janji serta membentangkan perancangan yang tidak mampu dicapai dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. 30% pegangan ekuiti yang dijanjikan Umno masih gagal dipenuhi dan ternyata memberi kesan yang nyata kepada keluarga Melayu yang sentiasa bergelut dengan upah rendah serta kos sara hidup. Namun demikian dasar itu sering di war warkan sebagai anugerah Umno kepad rakyat.

Asas kepada kebijakan pembangunan kita sewajarnya menjurus kepada penciptaan masayarakat yang adil serta memberi penumpuan kepada pengagihan adil khazanah dan sumber nagara.

YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
19 OGOS 2010

Idris Ahmad : Sudah sampai masa PAS ganti Umno

PAS berpandangan Umno yang bertanggungjawab menggagalkan pencapaian kouta 30% ekonomi Bumiputera. Malahan isu ini akan dijadikan modal selagi Umno hidup atas muka bumi ini.

Kegagalan untuk mencapai kouta 30% melambangkan kegagalan Umno dalam menguruskan amanah rakyat, khususnya Bumiputera di negara ini. Tiba-tiba Umno menjerit kegagalan ini kerana orang bukan Melayu yang membolot kekayaan di negara ini. Ini satu telahan yang tidak tepat.

PAS dan Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan apa telah termaktub di dalam perlembagaan negara mengenai Islam, Melayu, Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu. Inilah pesepakatan di Konvensyen Pakatan Rakyat yang di tandatangani oleh pemimpin PAS, PKR dan DAP pada 19 Disember 2009.

Umno sepatutnya malu, setelah mengepalai negara hampir 53 tahun selepas merdeka, ekonomi bumiputera semakin jauh ke belakang. Kalau dinilai dalam peperiksaan, Umno mendapat nombor corot, kerana 53 tahun di dalam kelas masih buta huruf. Kenapa Umno perlu melalak hendak menyalahkan orang lain kerana gagal mencapai tahap ekonomi Bumiputera.

PAS mencadangkan kepada Umno kena banyak muhasabah diri, kenapa terjadi demikian. Pemimpin Umno kena fikir, mereka ada kuasa membuat dasar, melaksana, semuanya berada di dalam gengaman Umno. Pemimpin Umno yang memerintah di negara ini, bukan Umno menjadi pembangkang. Banyak perkara mereka boleh lakukan, kalau pemimpinnya jujur untuk rakyat dan negara.

PAS berpandangan pencapaian ini tidak tercapai kerana Umno melaksanakan dasar Umnoputera. Agih projek bukan kepada mereka yang sepatut dapat, merekalah yang menjadi jutawan 10% dengan mengalibabakan projek yang dapat melalui “hak istimewa orang Umno”.

Siapakah yang menjual ekuiti 30% yang diperuntukkan kepada Bumiputera setiap kali syarikat yang hendak di senaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur? Ke mana pergi dana RM54 bilion untuk ekuiti Bumiputera, sekarang hanya tingga RM2 bilion, bermakna RM52 lesap?

Sekiranya pemimpin Umno amanah dan jujur dengan dana sebanyak RM54 bilion, sudah tentu pencapaian ekuiti Bumiputera sudah melebihi 30%.

PAS pernah terlibat di dalam Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) tahun 1990 dengan cadangan yang bernas untuk peningkatan ekonomi Bumiputera dan pembelaan kepada kaum lain.

Cadangan PAS disambut baik termasuk di kalangan ahli MAPEN yang terdiri dari kalangan orang bukan Melayu di dalam majlis tersebut. PAS kemukakan cadangan berdasarkan kepada prinsip keadilan dalam Islam yang sejagat. Malangnya cadangan tersebut dibangkul sampah oleh Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri waktu itu.

PAS lebih berjaya menguruskan ekonomi dengan adil, iaitu membantu kepada mereka yang wajib dibantu. Pengalaman PAS di Kelantan selama 20 tahun berjaya mengangkat taraf hidup orang Melayu dan membantu bukan Melayu yang dhaif. Kesejahteraan dan keharmonian dapat dilihat dengan mata kasar.

Begitu juga kejayaan Terengganu sewaktu pemerintahan PAS pada tahun 1999 hingga 2004 telah berjaya menaikkan taraf hidup rakyat Terengganu daripada miskin nombor dua kepada miskin nombor empat.

Kerajaan PAS Trrengganu juga telah memberi tanah khususnya tapak rumah kepada orang Cina dan kaum lain yang tidak bertanah, kerana mereka adalah golongan yang perlu dibantu.

Kerajaan Kedah baru sahaja diambil alih oleh PAS dan Pakatan Rakyat, telah berjaya menunjukkan prestasi yang baik sehingga menjadi kehairanan bekas pimpinan Umno Kedah, macam mana Datuk Seri Azizan Razak berjaya memerintah Kedah walaupun dengan kekangan kewangan yang parah.

Sampailah masanya PAS menggantikan Umno berdasarkan rekod dan prestasi negeri yang PAS pimpin untuk kesejahteraan rakyat berbagai kaum di negara ini.

Zahid Hamidi fitnah, bohong - Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Ogos: Kegagalan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak memahami nurani rakyat Malaysia keseluruhannya yang mahukan sebuah negara yang kekal aman dan sejahtera dizahirkan oleh kenyataan berunsur fitnah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memandang serius fitnah terbaru yang dimainkan pimpinan Umno untuk menyemarakkan api kebencian di negara ini.

Katanya, tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bahawa nama Yang di-Pertuan Agong telah digantikan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah terbukti merupakan satu pembohongan semata.

“Saya sendiri memantau perkembangan tersebut, membaca teks khutbah yang diedarkan dan menerusi rakan-rakan di Pulau Pinang mendapati tuduhan tersebut tidak berasas bahkan ianya merupakan satu fitnah demi laba politik pemerintah yang kian hari kian terdesak,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh menambah, pimpinan Umno menerusi akhbar Utusan Malaysia berterusan menggunakan aksi politik perkauman sempit yang usang.

“Kita yakin usaha pimpinan Umno ini tidak akan berhenti di situ sahaja. Mereka pasti menganyam fitnah yang lain pula demi memecah belahkan muafakat masyarakat di negara ini yang mahu hidup dalam kerukunan dan sejahtera,” ujarnya.

Mereka, katanya menyedari rakyat Malaysia mempunyai keyakinan yang teguh untuk terus beriltizam dengan perubahan dan demi Malaysia yang adil.

“Oleh demikian, saya menyeru rakyat Malaysia untuk perteguh keazaman bersama Pakatan Rakyat dan mara mengharungi serangan yang tidak akan kunjung diam dari pimpinan Umno itu,” katanya lagi.

Menurutnya, hanya dengan melakukan perubahan, politik perkauman sempit akan berjaya dihalang.

Khutbah: Kenyataan politik sempit Zahid Hamidi

GEORGETOWN, 20 Ogos: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak pernah mengeluarkan arahan supaya nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng dimasukkan dalam doa khutbah ke dua solat Jumaat bagi menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Abdul Malik Abul Kassim dalam sidang medianya di Tingkat 28 Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) pagi tadi menafikan kenyataan Zahid itu dengan menganggap ia adalah kenyataan berbau politik yang sempit.

"Kerajaan negeri dan JHEAIPP menafikan perkara itu dan menggangap ia adalah mainan politik Datuk Zahid Hamidi untuk bangkitkan kemarahan masyarakat Islam," terangnya.

Abdul Malik berpendapat kejadian itu merupakan sabotaj untuk menggambarkan kerajaan negeri tidak prihatin terhadap khutbah yang disampaikan di masjid-masjid.

Ini katanya, setelah gagal memainkan isu kononya Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat menzalimi peniaga Melayu di Bazar Ramadhan, peniaga Melayu tepi jalan serta bermacam-macam usaha lagi.

Tindakan tersebut disyaki sengaja dicipta untuk melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana sepertimana yang berlaku di Johor dalam isu kain rentang sehingga mencetuskan kemurkaan Sultan Johor.

Katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung, Umno dan Barisan Nasional (BN) amat cemburu setelah dua tahun pentadbiran kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan agama Islam mendapat keutamaan.

"Tidak lain mereka hanya cemburu bila kerajaan negeri berjaya membuktikan perkembangan Islam diberikan keutamaan, contohnya menambah peruntukan kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (Maipp) dari RM12.5 juta kepada RM24.3 juta iaitu pertambahan 100 peratus selain bantuan Ihya Ramadhan dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan semasa pemerintahan BN dulu," ujar beliau.

Umno, kata Malik, lebih tertekan apabila kerajaan negeri mengambil sikap terbuka untuk menganjurkan program Sambutan Bulan Al-Quran, anugerah kepada para huffaz sejak diperkenalkan pada tahun 2008 yang mana mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Keprihatian Ketua Menteri hadir dalam majlis agama Islam umpamanya program Ihya Ramadhan, Maulidur Rasul dan majlis berbuka puasa yang sedang rancak disusun di masjid-masjid sememangnya menggusarkan pihak tertentu kerana sebelum ini tidak pernah dilaksanakan oleh Ketua Menteri terdahulu.

Kepada rakyat, pesannya, jangan terpengaruh dengan usaha buruk itu jika mahukan Negeri Pulau Pinang terus maju.

"Kita yakin majoriti rakyat tidak mudah terpengaruh dengan cara sebegini. Cabaran yang diterima tidak akan membantut dan melemahkah usaha kita memartabatkan agama Islam di negeri ini," tambahnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria ketika dihubungi menafikan apa yang diperkatakan oleh Zahid Hamidi dan menyifatkan semua itu merupakan kenyataan palsu.

Zahid dicabar dedah nama khatib, masjid

PULAU PINANG, 20 Ogos: Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang mencabar Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengemukakan nama khatib dan masjid yang menyebut nama Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk digantikan dengan nama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di dalam khutbah.

Ketuanya, Ustaz Yusni Mat Piah dalam kenyataan kepada Harakahdaily pagi ini berkata, sekiranya ada pun bukan menggantikan nama Yang di-Pertuan Agong cuma meminta Guan Eng dilimpahkan hidayah kerana sikapnya yang luhur terhadap masyarakat Islam keseluruhanya.

Baginya, apa yang dituduh itu menggambarkan Umno Pulau Pinang 'gelabah biawak' kerana tidak lagi mampu berhadapan dengan senario politik terkini yang terus menyebelahi Pakatan Rakyat.

"Jika ada khatib yang berbuat demikian, saya harap dedahkan dan buat siasatan serta mahu tahu di masjid mana yang beliau khutbah. Jangan buat serkap jarang dari golongan yang cemburu terhadap perkembangan sokongan rakyat yang masih rendah terhadap Umno dan Barisan Nasonal (BN), " jelasnya.

Tambahan lagi, katanya mereka rasa lebih tertekan apabila Lim mengisytiharkan memberi RM1.5 juta kepada kakitangan awam negeri ini pada 3 September depan.

Pemberian itu semata-mata untuk mengenang jasa dan pengorbanan mereka yang selama ini berjaya meningkatkan prestasi di semua aspek pembangunan.

Bukan itu sahaja, malahan Lim juga berjaya menunjukan kelainan dalam Kerajaan Pakatan Rakyat apabila memberikan peruntukan kepada guru agama, pelajar tahfiz, Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dibekukan semasa pemerintahan BN dan lain-lain lagi demi memartabatkan Islam di Pulau Pinang.

"Umno dah gagal untuk buat sesuatu waktu ini melainkan mencari berbagai isu untuk kepentingan politik sempit mereka serta menimbulkan kemarahan rakyat Islam kononnya tertindas di negeri ini," tegas Yusni.

Wednesday, August 18, 2010

Subky Latif : Jangan kembali ke era Tun Razak dan Hussein

DUNIA media cetak di Malaysia selepas merdeka sememangnya dirundung suasana seperti gerhana matahari.

Jika sebelum era Dr. Mahathir, di era Tun Razak dan Tun Hussein Onn, siangnya seperti gerhana matahari penuh dan malamnya seperti tidak berbulan. Itulah yang dinamakan gelap. Zaman mereka adalah zaman gelap bagi media cetak.

Tetapi di zaman Dr. Mahathir ada sedikit cahaya. Cahaya itu seperti dunia menghadapi tiga suku gerhana matahari. Ia tidak gelap gulita, tetapi lebih teruk dari mendung.

Ketika UMNO mula berkuasa di zaman Tunku, cahaya media belum tercemar. Bukan saja UMNO ada lidah rasminya, Malaya Merdeka, Parti Negara dan Partai Rakyat bebas memiliki akhbar.

Dato Onn menerbitkan mingguan untuk Parti Negara bernama Kritik. Dato Onn tidak disyaratkan oleh kerajaan meletakkan di muka depan akhbarnya penjelasan seperti Untuk Ahli Parti Negara Saja. Mingguan Partai Rakyat yang dikelolakan oleh Ahmad Boestamam tidak disyaratkan meletakkan Untuk Ahli Partai Rakyat Saja.

Malah sebelum merdeka kerajaan penjajah Inggeris tidak menyaratkan kepada Malaya Merdeka mencetak Untuk Ahli UMNO Saja.

British tidak mensyaratkan kepada Tunku supaya Malaya Merdeka dijual di pejabat UMNO saja dan Dato Onn tidak diperintah menjual Kritik di pejabat Parti Negara saja. Ia boleh dijual di mana-mana di pasaran terbuka.

Malaya Merdeka terkubur kerana tidak laku. Kritik terkubur kerana Dato Onn dan Parti Negara mati. Lidah Rasmi Partai Rakyat jadi mendiang kerana parti itu tidak cukup dana.

Di hujung era Tunku dan sepanjang era Tun Razak dan Hussein dunia media cetak bukan saja malap tetapi gelap. Parti pembangkang tidak diberi permit penerbitan. Apa yang dibuat oleh pembangkang ialah penerbitan haram. Berkeliaran polis memburunya.

Datang ke era Dr. Mahathir dengan dia sendiri menjadi Menteri Dalam Negeri yang menjaga permit penerbitan dibenarkannya PAS menerbitkan Harakah tetapi disyaratkan sebagai penerbitan dalaman, tidak boleh dijual kepada orang ramai – untuk ahli saja.

PAS tidak pernah minta permit terhad tetapi yang Mahathir beri permit terhad.

Harakah diedarkan oleh ahli-ahlinya. Tetapi kerana ia mendatangkan rezeki kepada pengedar, ramailah pengedar akhbar mengambil terus dari pejabat Harakah.

Tetapi polis yang dulunya dipanggil mata-mata gelap betul-betul menjadi mata-mata gelap mengacau pengedar-pengedar akhbar. Mata-mata gelap itu tidak pula terus menerus mengacau. Ikut angin dan mood UMNO.

Apa yang berlaku itu adalah gambar demokrasi Mahathir. Dia buli Harakah seperti kucing tangkap tikus. Kucing tidak terus makan tikus yang ditangkapnya. Tetapi dikepungnya hingga tikus itu tidak bertenaga.

Dr. Mahathir dari semasa ke semasa mengeluarkan amaran tetapi dibenarkannya pula Harakah diterbitkan dua kali seminggu. Walaupun Harakah mengamalkan demokrasi, mengkritik politik Dr. Mahathir, UMNO dan kerajaan BN, dia sekadar beri amaran tetapi pula menghalang KDN mengeluarkan permit baru apabila lama tamat.

Apabila Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Dalam Negeri, kerja pertama yang dibuatnya ialah menyekat permit dua kali seminggu yang dibenarkan oleh Dr. Mahathir kepada dua kali sebulan,

Dari tak ada langsung seperti di zaman Tun Razak dan Tun Hussein, dua kali sebelum adalah lebih baik dari zaman sebelum Dr. Mahathir. Walau pun tak dapat semua, jangan tak dapat semua.

Tetapi di pertengahan era Pak Lah yang singkat itu dibenarkannya pula Harakah terbit semula dua kali seminggu dan dikeluarkannya pula permit untuk Roket untuk DAP dan Keadilan untuk PKR.

Seminggu sebelum Pak Lah ‘dipaksa’ bersara dia cuba bawa balik alam media cetak era Tun Razak dan Tun Hussein yang gelap dulu. Disekatnya permit Harakah. Tetapi apabila Najib mengambil alih kuasa dibatalkannya perintah Pak Lah itu.

Cuma selepas KDN diserahkan kepada Dato Seri Hishamuddin, dilambatkannya pengeluaran permit baru Harakah hingga ia tidak dapat diterbitkan seminggu dan Roket serta Keadilan digantung permitnya.

Perdana Menteri Najib adalah anak Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Dato Hishamuddin adalah anak Tun Hussein. Keduanya seolah-olah sepakat mahu kembali ke era gelap ayah mereka dulu.

Dengan perubahan masa, anak Felda saja sudah 200 ada PhD, dunia media bertambah maju, zaman ini bukan seperti 30 tahun, orang sudah tidak sekuno dulu, biarlah keduanya tidak jadi sekolot ayah mereka.

Datuk Seri Hisham patut ingat apa yang datoknya, Dato Onn bebas menerbitkan akhbar partinya, tidak pernah disekat oleh kerajaan masa itu. Yang Dato Onn buat dulu kira-kira sama dengan PAS, PKR dan DAP buat sekarang. Dato Onn tidak dihalang mengapa cucu Dato Onn dan anak Tun Razak cuba buat apa yang orang dulu tidak buat terhadap Dato Onn.

Najib dan Hisham jangan ulang kelemahan ayah masing-masing!

Mohd Rashidi Hasan : Kisah Zambry si 'penyamun tarbus'

SEMUA pihak sama ada golongan istana, mufti, orang politik, pegawai kerajaan NGO dan sesiapa sahaja yang membantu Umno-Barisan Nasional Perak merampas kuasa dari kerajaan Pakatan Rakyat, seharusnya berasa malu dan berdosa.

Mereka harus berasa malu kerana mereka tersilap langkah, mengembalikan Umno-BN sebagai kerajaan negeri secara yang tidak demokratik dan melantik Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang bacul sebagai Menteri Besar.

Mereka harus rasa berdosa kerana akibat daripada pengambil alihan kuasa secara haram, negeri Perak Darul Ridzuan sudah tidak demokratik lagi.

Zambry mencemar kebanggaan Perak, walaupun Rajanya pernah menduduki kerusi Ketua Hakim Negara, yang terkenal dengan keadilan dan kebijaksanaanya.

Mereka juga harus berasa malu dan berdosa kerana menabalkan seorang yang bacul sebagai MB. Apa tidak baculnya. Jika Zambry 'anak jantan' beliau harus berani berhadapan dengan Adun-Adun Pakatan Rakyat secara terbuka, gentleman dan demokratik, sama seperti yang dilakukan Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sepanjang 11 bulan setengah pentadbirannya.

Sekarang ini BN majoriti dalam Dun Perak, kerana mereka dibantu oleh tiga Adun pengkhianat. Oleh itu, jika Zambry 'anak jantan' apa yang beliau hendak takutkan.

Sama ada hendak bentang belanjawan negeri, soal dasar pemerintahan, soal bajet tambahan, sepatutnya dibuka ruang seluas-luasnya untuk berbahas dan berbincang secara matang dalam Dun.

Apa pun biar dibincang dalam Dun, selepas itu dengan majoriti yang Umno-BN ada, luluskanlah, apa masalahnya?

Walaupun Pakatan Rakyat tidak pernah menerima kerajaan haram Umno-BN memerintah Perak, namun atas keterbukaan dan sifat toleran yang tinggi, Pakatan Rakyat 'menghormati' keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan Zambry sebagai MB.

Pakatan Rakyat mahu menjadi 'pembangkang' yang efisyen. Bekerjasama untuk membangunkan Perak, mengajak Zambry dan Umno-BN bersemuka, berdialog untuk kebaikan rakyat.

Justeru, selepas Zambry 'dilantik' Mahkamah sebagai MB, seharusnya beliau mentadbir negeri, memanggil sidang Dun dan melaksanakan tugas-tugasnya sebagai pentadbir, selaras dengan prinsip demokrasi yang diamalkan dalam negara.

Tetapi apa yang berlaku di Perak adalah sebaliknya. Demokrasi sudah tidak wujud. Zambry, Umno-BN selaku pemerintah, membuat sesuatu tindakan secara 'diam-diam'. Sampaikan bayang-bayang sendiri pun Umno-BN takut.

Sidang Dun dikawal ketat. Mengalahkan amalan undang-undang negara komunis. Semuanya dihadkan dan disekat, seolah-olah kerajaan negeri mentadbir dalam keadaan curfew (darurat).

Lagak Zambry di Perak seumpama 'penyamun tarbus' yang merampas kuasa secara haram, tetapi sentiasa dalam keadaan kegusaran dan kebimbangan kerana kesalahannya merampas kuasa.

Akibat daripada kegusaran itu juga Zambry mempergunakan polis begitu ramai, semacam mengiyakan bahawa Malaysia adalah negara polis.

Seperti kata Nizar, yang memperjelaskan ketakutan Zambry, "Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Persidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di pekarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat."

Di sebalik kawalan ketat anggota polis yang begitu ramai, Zambry tetap tidak mampu menyembunyikan ketakutannya, sehingga terpaksa mengatur dan memaksa bajet tambahan negeri sebanyak RM80 juta diluluskan dengan perbahasan yang amat singkat dan dalam keadaan tergesa-gesa.

Itu pun keseluruhan sidang Dun diadakan hanya dalam tempoh yang singat, dua atau tiga jam sahaja. Lagak takut Zambry, macam orang hendak menyamun di siang hari.

Zambry harus ingat, jawatannya sebagai MB hanyalah amanah seketika. Beliau harus mentadbir kewangan negeri secara telus dan transparen. Duit kerajaan negeri adalah duit rakyat, bukan duit 'mak bapak' pemimpin Umno. Jangan hendak membahagi atau membidak-bidak sesuka hati.

Oleh kerana itu, rakyat keseluruhannya berhak mengetahui dari mana sumber wang itu diperolehi, ke mana ianya dibelanjakan dan untuk apa ia dibelanjakan.

Golongan agama, khususnya mutfi harus mengingatkan Zambry, bahawa setiap sen yang dibelanjakan secara yang tidak halal akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di akhirat kelak.

Peranan mufti ialah, beliau harus mengingatkan Raja, MB, Exco, orang-orang politik dan pegawai kerajaan, supaya tidak membazir, jangan menyeleweng wang rakyat, jangan berjudi, jangan meminum arak dan sebagainya. Bukan hanya cakap soal perpaduan Melayu-Islam sahaja.

Peranan mufti yang utama antaranya, ialah membantu sesebuah kerajaan negeri, melaksanakan pemerintahan mengikut panduan Islam, terutamanya dalam soal menjaga halal haram.

Dalam soal hukum minum arak misalnya, jika ianya dilakukan pemimpin, tetapi mufti tidak menegur. Mufti akan turut bersubahat dan sama-sama menanggung dosa.

Jangan kerana mufti dilihat terlalu akrab dengan pemimpin, maka jika dia membuat kesalahan, mutfi hanya mendiamkan diri. Takut-takut nanti beroleh gelaran ulama bisu pula.

Berbalik soal politik Perak. Jelas Zambry bukan tandingan Nizar. Tiada karisme langsung. Beliau jauh lebih bacul jika dibandingkan dengan bekas MB, Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali yang dilihat 'lembik' oleh orang-orang Umno.

Zaman Tajol, sidang Dun dibuat selama beberapa hari. Boleh bahas enakmen atau perbekalan tambahan dua tiga hari, zaman Zambry pintu demokrasi disempitkan akibat ketakutan yang melampau.

Ketakutan Zambry diungkapkan oleh Adun Pantai Remis Nga Kor Ming, katanya, "Berani kerana benar, takut kerana salah. Jika tidak buat salah, mengapa BN begitu takut mendengar suara rakyat dari Pakatan Rakyat."

Maka di atas ketakutan itu, sejak memerintah Perak, Zambry terpaksa mempergunakan ramai anggota keselamatan, kononnya untuk mengendurkan tekanan Pakatan Rakyat.

Namun Zambry tersilap langkah. Beliau masih tidak sedar bahawa rakyat tidak takut kepada gertakan polis. Rakyat tidak takut kepada Umno.

Rakyat tidak takut kepada sesiapa pun yang melanggar prinsip demokrasi, walaupun jika pemerintah berselindung di sebalik istana.

Hal ini diperkatakan rakyat kebanyakan. Apa yang Zambry hendak takut kalau dia memerintah secara halal? Inilah akibatnya, apabila mengambil kuasa secara haram.

Memerintah dalam keadaan takut-takut.Seolah-olahnya banyak perkara yang hendak Umno-BN sembunyikan daripada rakyat.

Barangkali dengan mengehadkan sidang Dun, Zambry fikir beliau boleh menghalang suara Pakatan Rakyat.

Namun sebenarnya, tindakan yang dibuat Zambry semakin membuatkan rakyat semakin membenci Umno-BN, kerana hanya menunjukkan pemerintahan kerajaan negeri Umno-BN terumbang ambing dan caca merba.

Umno-BN tidak boleh mempersalahkan Pakatan Rakyat dalam hal ini. Selepas Nizar dan anggota Exconya digugurkan, mereka langsung tidak ada access dengan pentadbiran negeri.

Kelemahan yang berlaku berpunca daripada Umno-BN sendiri. Umno serta parti-parti yang berada dalam komponen BN semua lemah dan tidak stabil.

Bagaimana sebuah parti atau coalition boleh mentadbir negeri dengan baik, jika dalaman mereka berpecah belah dan tidak mendapat sokongan rakyat?

Apa yang berlaku di Perak, jelas menunjukkan bahawa, Zambry sendiri tiada karisme, tidak tahu mentadbir. Oleh kerana itu Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak sepatutnya berasa malu mempunyai MB yang spesies seperti Zambry.

Zambry menjatuhkan maruah Umno, memalukan Umno dan semakin merosakkan imej Umno-BN di Perak. Inilah hasilnya jika mengambil alih kuasa secara haram. Kesemua ini sudah disimpulkan kartunis Zunar dalam idea klasik beliau dalam majalah bertajuk 'Perak Darul Kartun'.

Maka dalam soal ini bukan Zambry seorang yang salah sahaja. Ramai yang terbabit. Terutama mereka-mereka yang bersekongkol dengan Umno-BN untuk merampas kuasa dari rakyat.

Dosa-dosa akibat tangan-tangan kotor mereka yang membantu Umno-BN terlalu banyak dan harus dibersihkan. Angkara mereka ini hanya memperkukuhkan tekad rakyat untuk memastikan Perak bersih daripada najis, kotoran dan daki Umno-BN, dengan mengembalikan kuasa kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Dr. Dzulkefly Ahmad : Nazir bela Najib tentang FDI?

Saya ditanya oleh pihak media mengapalah pelaburan langsung asing (FDI) begitu penting sangat untuk Malaysia dalam situasi kini, sejurus selepas penglibatan saya dalam Forum Ekonomi Negeri Selangor sempena Majlis Dialog Bejt 2011. Saya cuba rumuskan di sini jawapan tersebut untuk pengetahuan umum.

Benar, mengikut Laporan Pelaburan Dunia (WIR, 2009), yang diterbitkan baru baru ini oleh Perdagangan dan Pelaburan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) telah menegsahkana bahawa FDI Malaysia merosot 81 peratus kepada US$1.38 bilion (RM4.43 bilion) pada 2009 daripada US$7.32 bilion (RM23.47 bilion) pada 2008.

Meskipun negara-negara ASEAN juga mengalami penurunan kemasukan FDI, ternyata tidaklah separah Malaysia. Thailand mendapat pelaburan sebanyak US$4.44 atau RM14.24 bilion sementara Indonesia sebanyak US$2.60 billion atau RM8.32 billion sekaligus meletakkan Malasyia, antara negara tercorot sebagai negara pilihan pelaburan pelabur asing langsung bersama dengan Cambodia, Brunei dan Timor-Leste. Vietnam juga mendahului kita sekarang ini.

Trend kemerosotoan FDI ini telah dikesani beberapa tahun dalam dekad mutakhir ini. Keadaan menjadi lebih buruk lagi tatkala diperhatikan bahawa bukan sahaja kemasukan FDI menjunam, pengaliran keluar dana tempatan adalah juga yang terbesar berbanding semua negara ASEAN sebanyak RM25.77 bilion.

Apakah makna semua ini? Mengapa FDI faktor penting dalam ekonomi negara?

Jawapannya mudah. Ketika negara tidak mampu lagi melakukan perbelanjaan besar (G-factor, termasuk mengepam ekonomi atau pump-priming) kerana telah terbeban dengan hutang awam (kerajaan) sehingga ke paras 52.6% dari KDNK (RM362 bilion), maka pertumbuhan negara mesti dipacu oleh pelaburan pihak swasta. Ini tidak termasuk hutang GLCs atau pihak swasta.

Pihak pelaburan swasta ada dua komponen. Satu pelaburan tempatan dan kedua pihak luar. Kini apa yang kita tahu ialah bukan sahaja dari luar kurang masuk (FDI) dari dalam pun banyak yang keluar. Antara lain ini bermaksud, keyakinan terhadap negara sebagai destinasi pelaburan yang baik, belum pulih.

Apabila ini berlaku ia membawa dua kesan besar. Satu, kesan pada pertumbuhan. Kerana kekurangan dana untuk memacu kegiatan ekonomi dan pelaburan dalam pelbagai bidang khsususnya pembuatan dan perkhidmatan, maka pertumbuhan 6% yang disasar tidak dapat akan dapat dipacu. Keadaan akan menjadu lebih buruk apabila permintaan global dan serantau merosot kerana akan menjejaskan faktor eksport dalam KDNK.

Lebih parah lagi kalau sentimen pengguna juga turut terjejas. Terkini laporan MIER (Malaysian Institute of Economic Reserach) turut menunjukkan bahawa indeks sentimen pengguna merosot. Faktor Penggunaan (Consumption) akan turut memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan. Penarikan subsidi terkini bahkan pengenalan GST nanti, tentunya akan memburukkan faktor Perbelanjaan khususnya ketika tercetusnya inflasi.

Apabila sasaran 6% pertumbuhan gagal dicapai, ini meninggalkan kesan langsung secara negatif kepada usaha untuk menjana pendapatan per kapita yang tinggi seperti yang diharapkan PM. Situasi ini jelas adalah tidak selesa sama-sekali untuk Najib bahkan ini mencemaskan dan berpotensi menyebabkan kesemua ’target-makro’ dalam RMK-10 tersasar.

Oleh kerana Malaysia adalah sebuah model ekonomi terbuka yang kecil (KDNK sebanyak ~RM700 bilion) serta bergantung kepada kegiatan ekspot maka menghasilkan barangan ekspot yang bernilai-tambah tinggi adalah penting untuk mengekalkan dayasaing negara.

Lain kiranya kalau kita mampu memacu pertumbuhan secara permintaan dan dana domestik seperti negara negara Scandinavia yang punya ekonomi kecil seperti Denmark, Norway atau Sweden yang mampu memacu pertumbuhan ekonomi dengan permintaan domestik.

Untuk memenuhi matlamat pertumbuhan negara, dana untuk pelaburan adalah cukup kritikal. Dana itu datang dari luar(FDI) atau dari pelabur tempatan. Kedua-dua ini mengikut laporan UNCTAD jelas merosot.

Itulah sebabnya pimipinan Najib dan BN mesti melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan situasi ini berlaku ataukah kita akan kekal dalam penafian seperti yang ditanggapi umum oleh kenyataan adik Najib, DS Nazir Razak, boss atau CEO CIMB itu, sebuah Investment Bank yang terulung di negara ini yang banyak mendapat habuan besar dari kegiatan kewangan korporat seperti M&A, IPO, terbitan Bon dan Sukuk dsbnya.

Sementara saya memahami apa yang beliau maksudkan dengan quality investment’dan timingnya, namun komentarnya itu tidak dapat menyangkal bahawa Malaysia, sebagai destinasi pelaburan, sudah tidak lagi berada dalam ‘radar pelabur’ asing dan juga tempatan. Ada dua bentuk pelaburan asing; satu FDI dan kedua pelaburan ‘Portfolio’ dalam Bursa Malaysia.

Kedua-dua penting. Yang lebih penting ialah FDI melalui Syarikat Multi-Nasional (MNCs) kerana ianya bersifat jangka-jauh dan terkadangkali membawa perpindahan teknologi disamping menjana pekerjaan. Namun portfolio atau ‘hot-money’ juga penting dalam Pasaran Saham.

Ia berperanan mengagihkan dana untuk syarikat-syarikat tersenarai (PLCs) untuk membuat pengembangan bisnes dan juga R&D&C dengan suntikan dana yang dilabur oleh poengurus dana ini. Malangnya aliran masuk dana ke paaran Saham juga muram dan akhirnya pelabur institusi tempatan juga yang melabur seperti KWSP, Tabung Haji, KWAP, LTAT dsbnya.

Tidak dapat dielakkan komentar Nazir semacam mahu membela abangnya. Ia agak semacam tak kena atau misplaced, dengan izin.

Tuan Ibrahim Tuan Man: Gejala sosial bukti kegagalan BN

Peningkatan gejala sosial kini sampai ke tahap sangat membimbangkan, dengan purata setiap 16 minit satu kes kecurian berlaku, perzinaan. Pembuangan bayi pula meningkat 154%, dengan 54 kes dari Januari hingga kini, berbanding hanya 42 kes pada tempoh yang sama tahun lalu. Begitu juga dengan peningkatan kes pembunuhan, rogol, ragut dan pelbagai jenayah lain.

Semua ini adalah gambaran kegagalan kerajaan melaksanakan amanah mendidik rakyat agar takut kepada Allah serta gerun untuk melakukan maksiat. Walaupun media arus perdana sering meletakkan kesalahan kepada ibubapa dan masyarakat; namun rakyat sedar bahawa kegagalan ini berpunca dari kegagalan kerajaan.

Ibubapa boleh mengawasi tingkahlaku anak-anak di dalam lengkungan rumahtangganya, guru-guru boleh mengawasi pelajar dalam lengkungan sekolah, namun siapa lebih bertanggungjawab terhadap sistem pendidikan yang mengabaikan soal akhlak, pendidikan kerohanian, soal dosa dan pahala dalam kehidupan.

Dasar penyiaran yang bebas dengan pelbagai adegan yang merosakkan minda anak-anak, media cetak yang mempamirkan budaya liar dan pendedahan tubuh, internet yang tidak dikawal sehingga remaja dan kanak-kanak terdedah kepada pelbagai web-site pornografi; tentulah ini dalam bidangkuasa dan tanggungjawab kerajaan.

Sebagai sabuah negara yang di dakwa sebagai negara Islam contoh, kita merasa malu bilamana negara China, Indonesia, India dan lainnya menyekat puluhan ribu web site yang tidak bermoral ini, sedangkan kerajaan 1 Malaysia terus membiarkan rakyat khususnya remaja melayarinya tanpa batas.

Sikap kerajaan yang takut untuk memberi penekanan kepada pendidikan agama sehingga mata pelajaran agama bukan sahaja menjadi mangsa keadaan sehingga ianya tidak pernah menjadi subjek penting dalam mana-mana peperiksaan utama, bahkan kerajaan sangat bimbang kalau rakyat memahami agama, kerana dikhuatiri akan menjadi penyokong pembangkang. Akibat dari itu, kerajaan lebih rela membiarkan nilai negetif berlaku dalam masyarakat.

Sedangkan program bercorak agama disekat. Masjid lebih rela kosong dari diisi oleh tanaga muda yang pulang dari pelbagai universiti timur tengah atas alasan mereka tiada tauliah. Sepatutnya kalau mereka tiada tauliah, maka berikan tauliah dan galakkan mereka mengisi program keagamaan di masjid-masjid, surau dan jabatan-jabatan kerajaan. Bilamana jiwa remaja yang kosong dengan nilai-nilai aqidah terpaksa berhadapan dengan kebebasan media baru, maka tidak mustahil mereka mudah terjerumus kepada maksiat.

Kerajaan mesti menyekat web site pornografi, mengawal media cetak yang menjurus ke arah nilai negetif dan di waktu yang sama mewajibkan pendidikan agama sebagai subjek wajib lulus bagi semua peringkat peperiksaan. Tapi yakinlah hanya kerajaan bermoral akan melaksanakan program bermoral.

Selena Tay: Awasi strategi Chua Soi Lek

Pada 29hb Julai 2010, Chua Soi Lek telah memulakan rancangan strateginya untuk meraih undi Cina dalam PRU-13 yang akan datang dengan menyeru semua Anggota Parlimen MCA dan ADUN-ADUN MCA supaya memulakan blog dan Twitter untuk membongkar kesalahan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat (PR) dengan memberi maklumat yang benar di alam cyber.

Sejak tarikh 29hb Julai itu, Chua telah mengeluarkan beberapa kenyataan. Diantaranya ialah:-

) Jika PR menang PRU-13, yang akan menjadi Perdana Menteri ialah orang PAS, bukannya orang dari PKR atau DAP;

2) Negara-negara Islam tidak progresif; dan

3) DAP mesti menyoal Tuan Guru Nik Aziz mengenai matawang dirham dan dinar.

Dalam Kongres Ekonomi Cina yang baru berlangsung minggu yang lepas, Chua telah bertungkus-lumus memuji pentadbiran Najib dan menyeru orang Cina untuk menyokong Barisan Nasional (BN) sebab masa depan orang Cina terletak di tangan BN.

Pada 15hb Ogos 2010, Chua telah memberi taklimat kepada ahli-ahli MCA terutama Ssayap Wanita dan Pemuda supaya bekerja keras untuk mendaftarkan ahli baru dan pengundi baru terutamanya dari golongan muda.

Penulis yang tinggal di Kepong dan biasa pergi ke pasar pagi pada hari Ahad sentiasa berpeluang berbual-bual dan bersembang dengan para peniaga di pasar di situ dan para peniaga ini berpendapat Chua hari-hari mesti mengatakan sesuatu supaya akan nampak mukanya di kaca TV ataupun dalam suratkhabar Cina.

Kata seorang penjual sayur, "ekonomi negara sudah jatuh, cari makan pun susah, tak usahlah Cina ini pokpek pokpek sana sini hari-hari, dah muaklah tengok muka dia."

Penulis berpendapat bahawa Chua sedang berhempas-pulas mahu menjadi 'The Last Great Action Hero' yang memainkan peranan yang penuh dramatis untuk menarik perhatian kaum Cina dan ingin memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya jangan pandang rendah terhadap strategi Chua.

Walaupun terpalit dengan skandal seks, beliau masih berjaya memenangi pilihanraya MCA dan menjadi pemimpin MCA. Beliau adalah seorang pakar strategi yang amat licik dan pintar dan oleh itu beliau telah berjaya menghidupkan kerjaya politiknya yang pada suatu masa hampir terkubur.

Strategi yang digunakan oleh Chua untuk menyerang PR ialah:

a) Strategi Semut Dalam Dubur - tujuan strategi ini ialah untuk menggangu fikiran para pemimpin Pakatan Rakyat. Dalam bahasa Inggeris ia dihuraikan sebagai 'to unsettle and irritate the enemy'.

b) Strategi Gadis Senyum Manis Menyembunyikan Pisau - tujuan strategi ini ialah untuk memberi gambaran bahawa penggunanya lemah dan tidak merbahaya padahal ia adalah sebaliknya. (Strategi Smiling Girl Hides A Dagger adalah strategi yang sering digunakan dalam zaman dinasti Cina dalam peperangan lebih dari 1,600 tahun.)

Penulis berharap amaran ini akan diberi perhatian sepenuhnya oleh pakar-pakar strategi Pakatan Rakyat. Ingat! Jangan leka, terpedaya nanti!

TG Nik Abdul Aziz Nik Mat : Di sini, Dinar dan Dirham Di sana, dengki dan dendam

Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan, itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh Umno. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin Umno ‘menunjuk cerdik’ memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini. Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika Umno BN enggan memulakan, jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah matawang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.

Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak. Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya, seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas.

Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya matawang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1 bukan bernilai RM1 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1 kerana itulah nilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5 atau RM10. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikiran seorang timbalan menteri, apa pula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkan dengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1,082. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM108,200 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun sehingga merugikan. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbangan yang rugi RM535 juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duit itu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usaha kerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnis yang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai ’aparteid agama’. Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagi wanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-Allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud: ”Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan.”