Monday, June 8, 2009

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI

> 1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
> bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
> buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
> tidak boleh bimbing saya soal agama
>
>
> 2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri
> selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang
> hantaran dan mas kahwin.. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli
> rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
>
>
> 3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas
> di Sabah . Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias
> cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju
> perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
> dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas
> pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa
> anaknya..
>
>
> 4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
> saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur
> semua di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
>
>
> 5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
> belum pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar
> lampin. Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
>
>
> 6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama
> juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
>
>
> 7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
> memang nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami
> mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
>
>
> 9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
> dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
>
>
> 10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
> tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
> penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
>
>
> 11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
> Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama
> jenis.
>
>
> 12.. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga
> apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
>
>
> 13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar
> dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya
> kerana menuruti kehendak emaknya.
>
>
> 14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik
> sahaja dilahirkan dahulu.
>
>
> 15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si
> anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.
> Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
>
>
> 16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa
> dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa
> mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
>
>
> 17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
> untuk saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3
> tahun dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
>
>
> 18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
> seminggu dan rumah tidak boleh bersepah.. walaupun saya sedang sarat
> mengandung.
>
>
> 19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk
> belanja bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju
> sendiri, tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami
> jemput,
> kalau tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
>
>
> 20.. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
> anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
> kereta kesayangannya.
>
>
> 21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
> suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
> berselera besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
> Terpaksalah saya menyara anak2.
>
>
> 22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
> 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan
> saja
> gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
>
>
> 23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka
> 1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
> mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
>
>
> 24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari
> bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi
> 'bersangkak'.
>
>
> 25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
> nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
> digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami
> dibaling tahi.
>
>
> 26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
> lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka
> kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
> menganggu hidupnya.
>
>
> 27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
> setahun. Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya,
> dia
> kena 'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
>
>
> 28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang
> dah ada tanda2 HIV.
>
>
> 29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
> saya tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling
> barang2
> rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
>
>
> 30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
> Mula2 cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2
> ribu. Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya
> sara
> anak sementara dia di dalam penjara.
>
>
> 31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
> Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
> perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
> negeri. Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
>
>
> 32. Dulu hidup kami senang juga. Tetapi, selepas suami kena buang
> kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja
> kilang nak sara anak2.
>
>
> 33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
> kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati
> saya selama ini?
>
>
> 34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
> pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang,
> upah
> sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"..
> siang
> dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
>
>
> 35.. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab..
> Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
> kering. Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan
> cinta" perempuan lain di badannya.
>
>
> 36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
> besar. Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai.. Tetapi
> selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
> Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati
> seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang
> saya dan pihak hospital.
>
>
> 37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,
> suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
> orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah
> sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
>
>
> 38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam
> kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
> beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
> Dia sendiri pun tak pernah buat.
>
>
> 39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
> mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,
> dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak
> percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara
> keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan
> silap haribulan berendam airmata...
>
>
> 40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.
> Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
> amat dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks
> hanya 2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik
> benar
> kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.

No comments: