Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak
akan menjadi wanita dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap
bahawa lelaki sukar di fahami, begitu jugalah pendapat lelaki.
Berikut dicatatkan apakah sifat–sifat secara umum di mana banyak
antaranya di catat di dalam buku tulisan Bob Berkowitz. Mengenal
lelaki secara umum memudahkan kaum wanita memahami lelaki.
Hidup Lelaki Lebih Mudah
Lelaki lebih mudah hidupnya berbanding wanita. Kerana itu lelaki
sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu di sampaikan dalam
bentuk kiasan. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki
faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa
yang mudah dan jelas, secara berterus terang. Sekiranya wanita tidak
jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada
lelaki.
Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini menyebabkan lelaki
dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir
dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza
dari apa yang di lakukannya berbanding dari apa yang di katakanya.
Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata.
Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif
dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti
tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seseorang lelaki
hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan
untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus
percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti
lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian.
Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya
kehendak lelaki adalah mudah.
Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaanya, mungkin
lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka
mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik
hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan
lelaki, matanya, atau perubahan corak perlakuannya. Jika dia pada
kebiasaanya suka membaca tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu
fikiranya sedang kacau.
Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagai mana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan
wanita lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat
rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra
secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan
kekuatan dan keberanian yang tinggi.
Lelaki pentingkan kejujuran
Jika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain
tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita
lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran
adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan rahsia–
rahsia rumahtangga.
Lelaki tidak suka di kritik
Jangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda bersedia untuk bertikam
lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
Mengkritik di belakangnya, contohnya saudara atau kawannya, mungkin
dapat mengelakan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah
juga apabila perkara tersebut di sampaikan kepadanya. Cara yang baik
untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan dgn lembut. Cara
lelaki mengkritik adalah berlainan, dan ia jarang di lakukan olah
lelaki. Bila mahu mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu di
gabungkan dengan sedikit pujian.
Lelaki juga mahukan sokongan
Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita ,wanita harus
memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan
keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang"
dan `Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang'
Lelaki dan ego
Ramai lelaki menunjukkan egonya di dua masa. Pertama di dalam kerja,
dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi
bosan. Tetapi sebaik- baiknya wanita patut mempertingkatkan ego
suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati
kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahwa
sumbangnya diiktiraf dan di nilai. Jika anda tidak menyatakan
kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia
membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya
akan mendapat feadah, terutamanya yang di cintainya.
Monday, June 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment