Wednesday, April 1, 2009

Kiamat sudah Dekat

Mawar merah di langit....tanda kiamat sudah hampir

Subhanallah
....semoga kita sentiasa beringat hendaknya...


AMBIL IKTIBAR WAHAI ORANG YANG MEMPUNYAI PENGLIHATAN ! GAMBAR INI
DIRAKAM SECARA TIDAK SENGAJA OLEH NASA. TERDAPAT OBJEK
DILANGIT YG PECAH... DLM BEBERAPA BULAN YG LEPAS DALAM AKHBAR AL-AHRAM DAN
LAMAN WEB NASA IANYA MENJADI BUKTI DALIL KEBENARAN
ISLAM.........ALANGKAH BENARNYA ALLAH S.W.T BERFIRMAN;

"SELAIN ITU SESUNGGUHNYA (NGERI) TATKALA LANGIT PECAH-BELAH

LALU...MENJADILAH MAWAR MERAH, BERKILAT SEPERTI MINYAK" ***

AYAT INI MENGGAMBARKAN KEHANCURAN ALAM LANGIT KETIKA HAMPIR KIAMAT

BERINGATLAH DAN JANGAN ALPA KEPADA

KEDUNIAAN..................PERBANYAKKAN KEBAJIKAN DUNIA DAN

AKHIRAT.................... DUNIA KIAN HAMPIR KE AKHIR ZAMAN....

Wassalam...

> Sesiapa yang menerima mesej ini tolong forwardkan kepada teman seagama
> yang lain.

Antara ilmu yang perlu diamalkan yang nak kongsi bersama

InsyaAllah saya sertakan dalil untuk mengambil wudhuk sebelum tidur dan dalam keadaan janabah. Bukan sahaja sebelum tidur org yang dalam keadaan janabah ini diberatkan utk berwudhuk, bahkan utk keperluan lain seperti makan dan sebagainya pun amat digalakkan berwudhuk terlebih dahulu.

Disunnahkan berwudhuk ketika hendak tidur berdasarkan hadis riwayat Barra bin Azib, RasulAllah SAW bersabda: Jika hendak tidur, berwudhuklah seperti untuk solat, kemudian berbaringlah dengan bahagian kanan badan dan ucapkanlah doa berikut :-

Allaahumma Aslamtu Nafsii Ilaika Wawaj-jahtu Nafsii Ilaika Wafau-Wad-tu Amrii Ilaika Wa-Al-jatu Zohri Ilaika Ragh-bataw-warahbatan Ilaika. Allahumma Amantu Bikitaa-bikal-lazii Anz-zalta Wanabiy-yikallazi Arsalta (Ya Allah! Kuserahkan diriku kepadaMu, kuhadapkan jiwaku kepadaMu, dan kulimpahkan urusanku kepadaMu, serta kulindungkan punggungku kepadaMu, demi cinta dan takutku kepadaMu. Ya Allah! Aku beriman kepada Kitab-Mu yang telah Engkau turunkan, dan kepada Nabi-Mu yang telah engkau utus)

Seandainya kamu mati pada malam itu, maka kamu suci seperti baru dilahirkan. Kerana itu, jadikanlah doa tersebut sebagai akhir kata yang akan kamu ucapkan. Barra berkata: Maka saya bacakan lagi doa itu dihadapan Nabi SAW, dan setelah sampai pada Allahumma Aamantu Bikitaabika Allazi Anz-zalta saya katakan Warasuulika, maka Nabi SAW bersabda: Bukan! Tetapi Wa Nabiy-yika Allazii Arsalta.

(Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari dan Tirmizi)

Dan bagi orang yang berjunub dan hendak tidur, anjuran berwudhuk ini lebih ditekankan lagi berdasarkan hadis riwayat Ibn Umar r.a bahawa dia bertanya: Ya RasulAllah! Bolehkah kami tidur dalam keadaan berjunub? Jawab Baginda SAW: Ya boleh! Bila berwudhuk.

Dari Aisyah r.ha, dia berkata: Apabila RasulAllah SAW bermaksud hendak tidur, sedang dia dalam keadaan junub, maka dia membasuh kemaluannya lalu berwudhuk seperti ketika hendak solat.

(Hadis Jamaah)

Apabila RasulAllah dalam keadaan janabat, dan dia hendak makan, minum atau tidur, maka dia (terlebih dahulu) berwudhuk.

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Ammar bin Yasir: Nabi memberi keringanan bagi orang janabat yang hendak makan, minum atau tidur untuk berwudhuk seperti wuduk untuk melakukan solat.

(Hadis Riwayat Ahmad dan Tirmidzi yang menyatakannya sohih)

(Dipetik daripada terjemahan Kitab As-Solaatu alal Mazahibil Arbaah, karangan Abdul Qadir ar-Rahbawi)

Keutamaan Membaca Al-Quran

1.Ibadat yang paling utama dari segi bacaan, manakala sembahyang sebesar ibadat dari segi gerak laku atau perbuatan.
2.Pahala membaca Al-Quran: 1 huruf 10 kebajikan, dan menurut Ibnu Majah diganda sampai 400 dan menurut Ibnu Al Jauzi diganda 700 kali

3.Balasan satu huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga
4.Juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga
5.Pahala membaca satu huruf al-Quran ;-
Dalam sembahyang - 100 kebajikan
Di luar sembahyang berwudhuk 50 kebajikan
Tanpa wudhuk - 10 kebajikan
6.Pembaca al-Quran adalah hartawan dan pahala membaca tidak akan putus mengikut Ibnu Abbas.
7.Untuk selamat daripada api neraka
8.Mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia bersama Malaikat.
9.Di hari kiamat, al-Quran menjadi pembela
10.Pembaca akan memperolehi keamanan
11.Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan Malaikat.
12.Pembaca dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin.

I'tibar.

Untuk suami.. renungkanlah

Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.

Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah

Tidaklah setaqwa Aisyah pun

Tidak setabah Fatimah

Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

· Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya
· Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya
· Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya
· Isteri adalah murid kamu mursyidnya
· Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya
· Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya
· Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya
· Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya..

Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt. kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Rasulullah saw..

Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah

Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri pula.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia

Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw..

Tidaklah setaqwa Ibrahim

Pun tidak setabah Ayyub atau pun

Segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf

Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya

Cita cita membangun keturunan yang soleh...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama

· Suami menjadi pelindung kamu penghuninya
· Suami adalah nakhoda kapal kamu pengemudinya
· Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya
· Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
· Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya
· Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya..

Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa

Untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt

Kerana memiliki suami yang tak segagah mana

Justeru kamu akan tersentak dari alpa

Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga

Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara

Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri. jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya

Suami & isteri ingatlah:

Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia Rasulullah

Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat
Sulaiman

Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha

Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat

Hajar dan Sarah..

Kita sebenarnya......

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
.lebih tahu apa itu
14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
.lebih membesarkan hari
Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
.lebih khusyuk mendengar
lagu daripada mendengar Azan !
.lebih suka
lepak, tidur, tengok TV..dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
.lebih suka menyebut
hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
.lebih suka
menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
.lebih suka memuji
manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
.lebih suka ke
konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
.lebih suka
memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
.lebih suka
mencarut , @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
.lebih suka
kemungkaran daripada membuat kebaikan !
.lebih
bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.lebih cintakan
dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke
Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah???



--
tak guna berpelajaran tinggi, kalau akal ditahap kaki
tak guna berdiploma, berdegree, kalau hanya suka berdengki
tak guna bermuka-muka, kalau sekadar menyakitkan hati
tak guna juga berkata-kata, jika hati itu buta.....

biarlah kita bodoh di depan orang, tapi pandai diakal sendiri.
biarlah kita hodoh di pandang orang, tapi mulia dihati

Pesan Nabi sebelum tidur

Perkara Sebelum Tidur( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, yaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meridloi kamu,
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umroh....

"Bertanya Aisyah :
"Ya Rasulullah.. .. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara
seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas
tigakali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an. Bismillaahirrohmaan
irrohiim, Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad'
walam yakul lahuu kufuwan ahad' (3 x)

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad
wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredloi kamu.
Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa
atuubu ilaih ( 3 x )

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka
seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha
illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.
* Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Muslim yang
lain.Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Wallahualam

Ayat2 Al Quran yang boleh diamalkan

Untuk elak suami/isteri dan anak2 bergaduh

Surah Al Baqarah - Ayat 102

Anak2 pandai belajar

Surah Al Anbiyaa'- Ayat 79

Anak2 lembut hati/ elak panas baran

Surah Al Anbiyaa - Ayat 69,
Surah Al Hasyr - Ayat 22-24

Anak2 malas sekolah

Surah Toha ayat 1-5

Supaya Suami tak kawin lain

Surah Toha - Ayat 39 - mula dari tanda Jim kecil

Ayat pendinding

Ayat akhir surah At Taubah

Bg anak2 yg suka keluar malam

Surah Ar Ruum Ayat 31.. Baca 33x

Untuk jadi pendinding rumah

Surah Al BAqarah dibaca & tiup pd air , dan spray keliling rumah


1 minit untuk mengingat Allah

* Langkah 1:

* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LAA I LAAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LAA ILAAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUR RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK ' ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WA AALIHI
* * WA SAHBIHI AJMA'EEN
* Langkah 2:

* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan


* Langkah 3:

* Sebarkan BLOG dan dakwah ini kepada insan yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT...

* Hasil 2:
* Dalam tempoh satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk
* mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan
* kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat