"Assalamualaikum.... Agak lama tidak menulis disini, apapun saya mengharapkan dalam masa mendatang untuk cuba berhubung dengan rakan-rakan dalam facebook. Sebenarnya saya sangat teruja dengan kejayaan Pakatan Rakyat berjaya mengadakan Konvensyen nya yang pertama, Alhamdulillah saya salah seorang dari pesertanya, mengikuti konvensyen dari pagi sehinggalah tamat program."
Diawal program saya menitiskan airmata dalam kegembiraan dan kebanggaan yang amat sangat melihat kejayaan besar itu.Semasa bersiap untuk meninggalkan hotel penginapan dengan keluarga, saya tunjukkan kad peserta kepada anak-anak, kata saya "ini adalah satu catatan sejarah politik Malaysia", Anak bongsu yang sering mengungkapkan "BN jahat" cuma menjawab ringkas "cheewahh...semangat...."
Rupanya hari bersejarah itu langung tidak terdapat dalam berita yang dipaparkan oleh media yang pro-BN seperti Utusan dan Berita Harian.Saya cuba meneliti laporan edisi internet dan tidak menemukan laporan mereka mengenai Konvensyen Pakatan Rakyat itu.Apapun saya pun tidak hairan dengan tindakan itu kerana saya sangat yakin bahawa kejayaan ini telah tersebar luas dalam banyak media lain, walaupun kedua media itu masih mahu mengekalkan sikap yang tidak cerdik dalam memberi laporan berita kepada rakyat yang dahagakan maklumat yang sebenar.Malah saya yakin rakyat telah punya sikap dan pandangan bahawa kalau hendakkan maklumat yang sebenar jangan cuma baca dua media "jahat" itu.
Bagi saya mungkin jika ada arahan yang dianggap ada keuntungan jika tidak menyiarkan kejayaan Pakatan Rakyat itu, namun apakah cerdik dengan berita pertelagahan sesama sendiri mengenai perebutan jawatan pengerusi BN Pulau Pinang.Selain itu saya ucapkan tahniah kepada Sinar Harian yang memberi liputan muka hadapan mengenai konvensyen bersejarah itu, walaupun selain itu secara lebih adil memberi ruang kepada beberapa "pecacai" yang memberi komen mengenai Konvensyen itu.Ditambah lagi sejak lama lagi saya melihat, perkataan 'Pakatan Rakyat" tidak digunakan secara meluas dalam dua media pro-UMNO/BN itu dan mereka terus menerus menggunakan kalimat pakatan pembangkang yang sebenarnya sudah hampir terpadam dalam peta politik Malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment